Sekolah Al-Faizeen Putrajaya

Sekolah Al-Faizeen Putrajaya KEMASUKAN MURID SESI 2026 MASIH DIBUKA! Telah beroperasi sejak tahun 2001 bermula di Kota Damansara.

(Tahun 1 hingga Tahun 6)
Kurikulum Akademik, Diniyah dan IQMP

Klik di sini untuk pertanyaan ==> https://alfaizeenputrajaya.wasap.my

Di bawah pengurusan Pusat Pendidikan Al-Faizeen Sdn Bhd (1047194-D) Sehingga hari ini, Sekolah Al-Faizeen mempunyai 3 buah cawangan iaitu di Kota Damansara, Putrajaya dan Kota Warisan. Dengan adanya misi dan visi sekolah, Insya-Allah kami sentiasa berdoa agar instit

usi ini dapat melahirkan generasi mukmin profesional selaras dengan tuntutan agama, umat Islam perlu menguasai kedua-dua bidang ilmu, baik ilmu duniawi mahupun ilmu ukhrawi. Salam mahabbah dari kami warga AL-FAIZEEN.


Assalamualaikum wbt,Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada seluruh guru Al-Faizeen Putrajaya!Di kesempatan Syawal yang mu...
21/03/2026

Assalamualaikum wbt,

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada seluruh guru Al-Faizeen Putrajaya!

Di kesempatan Syawal yang mulia ini, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala nikmat dan peluang yang telah dilalui.

Semoga kehadiran Syawal membawa sinar kebahagiaan, mengeratkan ukhuwah, dan memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.

Moga segala ilmu yang disampaikan terus diberkati dan menjadi asbab kebaikan di dunia dan akhirat.

Andai ada khilaf tutur bicara, tersalah laku sepanjang kami mendidik, kami memohon seribu kemaafan.

Maaf zahir dan batin.

Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada,
Guru-Guru Sekolah Al-Faizeen Putrajaya

20/03/2026

โœจTAKBIR RAYA SRII AL-FAIZEEN PUTRAJAYAโœจ

Dalam damainya malam Syawal, gema takbir bergema menyentuh jiwa, mengingatkan kita akan kebesaran Ilahi serta nikmat kemenangan selepas sebulan penuh menahan diri dan memperbanyakkan ibadah. Dengan doa yang dipanjatkan dan zikir yang dilafazkan, kita menyambut Aidilfitri dengan hati yang penuh keinsafan, kesyukuran dan kasih sayang. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

Bersama-sama kita semarakkan suasana Syawal ini dengan alunan takbir raya yang penuh makna daripada murid-murid Tahap 2 Al-Faizeen Putrajaya, di bawah bimbingan guru-guru yang berdedikasi.

Semoga keindahan Syawal ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua.

Maaf zahir dan batin daripada kami. Terima kasih.

WARGA SEKOLAH AL-FAIZEEN PUTRAJAYA

18/03/2026

Assalamualaikum w.b.t,

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.โœจ

Anak desa bermain layang,
Terbang tinggi di waktu pagi,
Dari guru penuh kasih sayang,
Andai tersalah mohon dimaafi.

Indah suasana di pagi raya,
Takbir bergema menyentuh hati,
Terima kasih atas sokongan semua,
Semoga ukhuwah kekal abadi.

12/11/2025

โœจ Hari Ketiga Taadib Thani โœจ
Hari ini penuh keceriaan apabila majlis penyampaian anugerah diadakan bagi menghargai murid yang menunjukkan adab, semangat dan kesungguhan sepanjang program berlangsung. ๐Ÿ…๐Ÿ’ซ

Tahniah kepada semua penerima anugerah! ๐ŸŒŸ
Semoga terus menjadi contoh teladan dan inspirasi kepada rakan-rakan lain. ๐ŸŒฟ

04/11/2025

Alhamdulillah, selesai sudah UASA 2025! ๐Ÿ™Œ
Tahniah semua murid atas usaha dan semangat sampai ke garisan akhir ๐Ÿ’ซ Moga keputusan nanti seindah usaha kalian, insyaAllah ๐Ÿค

17/10/2025

Trowback: Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSRA

Waktu "Kilang Mumtaz" Beroperasi! โœจ
โ€‹Flashback sesi intensif UPSRA dengan Penceramah Jemputan Khas. Hasilnya? Cemerlang! โ€‹Moga kejayaan berulang lagi! Aamiin.

โ€‹

๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—”๐—Ÿ-๐—™๐—”๐—œ๐—ญ๐—˜๐—˜๐—กBuat julung kalinya, Sekolah Al-Faizeen akan mengadakan Majlis Sambutan Jubli Perak sempena ...
09/07/2025

๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—”๐—Ÿ-๐—™๐—”๐—œ๐—ญ๐—˜๐—˜๐—ก

Buat julung kalinya, Sekolah Al-Faizeen akan mengadakan Majlis Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun penubuhan kami! ๐ŸŽ‰

Kami menjemput semua alumni dan keluarga besar Al-Faizeen untuk hadir bersama meraikan legasi ini, mengimbau memori lama dan membina jaringan baharu untuk generasi akan datang.

๐Ÿ“… ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ (๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ)
๐Ÿ•ค ๐Ÿต.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ โ€“ ๐Ÿฎ.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐Ÿ“๐—•๐—น๐˜‚๐—ฒ๐—ฑ๐—ผ๐—บ๐—ฒ ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐˜€, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป

Jika anda ALUMNI dan berminat untuk hadir, sila hubungi Urusetia Program untuk pendaftaran awal dan maklumat lanjut.

๐‘€๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘—๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› #๐ด๐ฟ๐น๐ด25

Bawa keluarga, sahabat dan cerita indah anda ke sini!
โ€œ๐‘ป๐’‚๐’Œ๐’† ๐‘ถ๐’‡๐’‡ ๐’•๐’ ๐‘ณ๐’†๐’ˆ๐’‚๐’„๐’šโ€

๐Ÿ“ž ๐—›๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ถ: ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿฎ-๐Ÿฐ๐Ÿฏ๐Ÿฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿฒ / ๐——๐—  ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—œ๐—š & ๐—™๐—•

"Waktu ujian, kita bukan sekadar diuji atas kertas, tapi diuji juga sabar, jujur dan yakin pada usaha sendiri. Anak-anak...
30/06/2025

"Waktu ujian, kita bukan sekadar diuji atas kertas, tapi diuji juga sabar, jujur dan yakin pada usaha sendiri. Anak-anak ini mungkin kecil, tapi semangat mereka besar. Semoga setiap penat lelah belajar dibalas dengan kejayaan dunia & akhirat. Amin. ๐ŸŒธ๐Ÿ“–"


โœจ Salam Maal Hijrah 1447H โœจHari ini kita melangkah ke tahun baru Hijrah. Saat terbaik untuk memperbaharui azam, memperba...
27/06/2025

โœจ Salam Maal Hijrah 1447H โœจ

Hari ini kita melangkah ke tahun baru Hijrah. Saat terbaik untuk memperbaharui azam, memperbaiki diri dan memperkukuh iman.

Mari kita doakan keselamatan dan keberkatan untuk seluruh umat Islam. Semoga tahun ini membawa sinar harapan, kejayaan dan rahmat dari-Nya.




Assalamualaikum wbt,Selamat Hari Raya Aidilfitri dari pihak guru-guru Al-Faizeen Putrajaya! โœจ Semoga kemeriahan syawal i...
28/03/2025

Assalamualaikum wbt,

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari pihak guru-guru Al-Faizeen Putrajaya! โœจ

Semoga kemeriahan syawal ini memperkukuhkan lagi tali silaturahim di antara kita semua.

Mari terus memperkasa ilmu dan keberkatan dalam segala usaha.

Maaf zahir dan batin dari kami di sekolah! ๐Ÿซ

Sekian terima kasih.
Guru-Guru Al-Faizeen Putrajaya

Address

No. 1 Jalan P18F, Presint 18
Putrajaya
62150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601111672260

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Al-Faizeen Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Al-Faizeen Putrajaya:

Shortcuts

Share