20/08/2023
FORUM KESERAKANAN PIBG 11(1)
SToP (SEKELUARGA TOLAK PORNOGRAFI)
📆 TARIKH : 20 OGOS 2023 (AHAD)
⏰ MASA : 8.30 - 11.30 PAGI
📍 TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA, KOMPLEKS SEKOLAH PRESINT 11(1)
Dalam zaman siber ini, anak-anak amat terdedah kepada penyebaran bahan lucah dan kes jenayah siber. Sekiranya tidak dibendung, ia akan semakin berleluasa.
Sebagai usaha untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa bagi menangani isu ini, Keserakanan PIBG SKPP11(1) dan SMK PP11(1) dengan kerjasama pertubuhan SALWA, Polis Putrajaya dan pihak sekolah berganding bahu menganjurkan Forum SToP ini.
Antara objektif utama forum ini ialah supaya ibu bapa lebih cakna dengan perkembangan jenayah siber, dapat mempelajari bagaimana untuk membuat "checking" peranti anak-anak serta belajar mengawal situasi jika anak-anak kita terjebak dalam isu ini.
Panel forum terdiri daripada;
👩✈️Panel 1: Inspektor Noor Sahzriniee binti Mohd Noor (Inspektor Siasatan Perundangan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Putrajaya)
👩💼Panel 2: Prof Madya Ts. Dr. Nur Izura Udzir (Tim. Dekan FSKTM, UPM/ Pengerusi SALWA)
🎙️Moderator: Puan Faradilla binti Mhd Sidin (JPWPP)
Alhamdulillah, forum ini mendapat sambutan yang baik. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir.
Ayuh, bersama tangani gejala pornografi.
USAHA KESERAKANAN :
PIBG SK DAN SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)
SMK Putrajaya Presint Sebelas Satu
SK Putrajaya Presint 11 -1
PIBG Elevenone