20/08/2026
18 Ogos 2026 — Dengan penuh rasa syukur, Daurah Khas Syarahan Kitab Tajalliyat Yang Luhur Atas Miftah Al-Ma‘iyyah telah berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran dalam suasana penuh ilmu, mahabbah dan keberkatan.
Alhamdulillah, Nasyrul Quran berbesar hati menerima kehadiran para pencinta ilmu dari pelbagai negeri untuk bersama-sama mengikuti daurah yang disyarahkan sendiri oleh penulis kitab, Al-Fadhil Al-‘Allamah Al-Muhaddith Sheikh Dr. Mustafa An-Nadwi Al-Hasani.
Kesempatan bertalaqqi secara langsung bersama seorang ulama serta mendengar huraian daripada penulis kitab sendiri merupakan suatu nikmat yang besar. Majlis ini menjadi ruang untuk para peserta mendalami ilmu, mengambil manfaat daripada nasihat dan mutiara hikmah yang disampaikan, serta menghidupkan hati dengan majlis ilmu.
Semoga Allah SWT menjadikan pertemuan ini sebagai asbab tersebarnya ilmu dan manfaat, serta memberkati setiap langkah para peserta dalam menuntut ilmu dan mendekatkan diri kepada-Nya. Semoga Allah SWT memelihara Sheikh, memberkati usia dan ilmu beliau serta mengurniakan kepada kita manfaat yang luas daripada ilmu yang disampaikan.