05/08/2026
π Tadika MAIWP Putrajaya Naib Johan Karnival Sukan Prasekolah Putrajaya 2026!π₯π
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Skuad cilik bola jaring kendalian Cikgu Fiza dan Cikgu Ira berjaya melangkah sehingga ke pentas akhir sebelum muncul sebagai Naib Johan selepas perlawanan sengit menentang pasukan bola jaring Prasekolah SKPP 9(2).
Walaupun belum ada rezeki untuk bergelar juara, anak-anak telah membuktikan kesungguhan, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan, bermula dari peringkat kumpulan sehinggalah ke perlawanan akhir. Kalian telah memberikan yang terbaik dan kami amat berbangga dengan setiap usaha yang dipamerkan.
Perjuangan tidak terhenti di sini. Pasukan bola jaring Tadika MAIWP Putrajaya akan meneruskan latihan dan persiapan sebagai persediaan menghadapi Karnival Sukan Prasekolah Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 13β15 September 2026.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar anak-anak ini sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat yang tinggi sepanjang menjalani latihan, seterusnya diberikan kejayaan dalam menghadapi pertandingan di peringkat kebangsaan nanti.
Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, ibu bapa serta semua yang sentiasa memberi sokongan dan doa.
In Cikgu Fiza & Cikgu Ira, We Trust! ππ