18/08/2021
5 Tips Memilih Buku untuk Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.
1. Material/ Bahan - Sediakan buku yang sesuai dengan ‘tindakbalas’ anak kita. Contoh, anak di fasa ‘makan’ buku, jadi bolehlah bagi anak buku jenis kain. Jika anak di fasa ‘koyak’ buku, jadi bolehlah bagi anak buku jenis hardboard. Dengan cara ini boleh terus pupuk minat membaca anak-anak.
2. Banyak gambar dan kurang perkataan - Pilih buku yang banyak gambar, ayat ringkas. Terutama di fasa awal perkenalkan buku pada anak-anak supaya dapat tarik perhatian anak untuk baca buku tersebut.
3. Buku yang anak minat - Sediakan buku yang mempunyai ilustrasi atau jalan cerita yang anak minat. In syaa Allah dia akan teruja nak membaca.
4. Apa yang kita mahu anak kita belajar - Contoh kepercayaan kita. Bagi yang Muslim kita mesti nak didik anak kenal Allah dan Islam. Jadi kita bacakan buku Islamik pada anak-anak kita agar mereka dapat belajar tentang agama. Atau mungkin nak ajar anak berkaitan emosi, kesopanan, tentang kasih sayang ibu dan anak atau menghormati sesama manusia. Jadi, sediakan buku tentang itu.
5. Books with Predictable sentences - Buku yang menggunakan perkataan berulang-ulang. Ini akan membantu tingkatkan keyakinan diri anak-anak dan mereka akan terlibat secara aktif dalam sesi pembacaan kerana mereka akan rasa yang mereka dapat ‘baca’ (mereka dapat jangka ayat seterusnya). Jadi, mereka dapat lihat bahawa proses membaca ini tidaklah susah sangat.
Kredit: Aisyah Samsul ( A Mom’s Journey)