Unit Pengurusan Psikologi Wisma Putra

Unit Pengurusan Psikologi Wisma Putra Unit Pengurusan Psikologi

WEBINAR GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI PERINGKAT KEMENTERIAN LUAR NEGERIAlhamdulillah, pada...
15/07/2026

WEBINAR GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI PERINGKAT KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Alhamdulillah, pada 15 Julai 2026 Unit Pengurusan Psikologi KLN telah menganjurkan Webinar bertajuk Ganggguan Seksual Di Tempat Kerja: Dari Perspektif Psikologi Peringkat Kementerian Luar Negeri Tahun 2026.

Penceramah jemputan webinar ini adalah Puan Nurul Ain binti Md Johari Pegawai Psikologi daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) merupakan pegawai yang berpengalaman dalam mengendalikan dan membincangkan isu-issue yang melibatkan gangguan seksual terutama sekali yang melibatkan kaum wanita.

Terima kasih atas penyertaan warga KLN dalam siri webinar kali ini. Semoga ceramah ini dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada peserta mengenai isu-isu yang melibatkan gangguan seksual di tempat kerja dan dapat mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, professional dan saling menghormati.

KURSUS PRA PENEMPATAN UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI HOME BASED SERTA PASANGAN SIRI 3/2026Pada 10 Julai 2026, Unit Pengurusan Psi...
15/07/2026

KURSUS PRA PENEMPATAN UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI HOME BASED SERTA PASANGAN SIRI 3/2026

Pada 10 Julai 2026, Unit Pengurusan Psikologi KLN telah diundang oleh Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) bagi menyampaikan ceramah bertajuk Mental Health at Work. Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Nazuha Shamsuddin, Ketua Pegawai Psikologi KLN.

Kursus ini bertujuaan untuk mempersiapkan para pegawai dari pelbagai Kementerian/ Jabatan dan Agensi yang bakal ditugaskan di luar negara agar lebih memahami tugas dan tanggungjwab mereka, memberi kefahaman tentang persediaan kesihatan mental di luar negara serta pendedahan dan personaiti diri.

Semoga maklumat berkaitan kesihatan mental ini memberi ilmu dan manfaat berguna kepada pegawai yang terlibat dalam memahami dan mengendalikan isu ini pada masa akan datang.

Alhamdulillah…pada 29 Jun 2026 telah diadakan sesi Coaching On Policy Enhancement (COPE) bersama Puan Siti Hajar daripad...
30/06/2026

Alhamdulillah…pada 29 Jun 2026 telah diadakan sesi Coaching On Policy Enhancement (COPE) bersama Puan Siti Hajar daripada Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs) JPA.

Unit Pengurusan Psikologi KLN ingin merakamkan jutaan terima kasih atas inisiatif pihak BPPs melaksanakan sesi ini sebagai usaha untuk memantapkan lagi perkhidmatan psikologi di Kementerian dan agensi.

Semoga melalui sesi ini dapat meningkatkan prestasi dan penyampaian perkhidmatan psikologi di KLN🤲🏻.

KURSUS PEMBANGUNAN KARAKTER: MENGENALI PERSONALITI DIRIPada 22 Jun 2026 bertempat di Bilik Tengku Ahmad Rithaudden( Bili...
25/06/2026

KURSUS PEMBANGUNAN KARAKTER: MENGENALI PERSONALITI DIRI

Pada 22 Jun 2026 bertempat di Bilik Tengku Ahmad Rithaudden( Bilik Sidang Akhbar)telah diadakan kursus anjuran Unit Psikologi KLN melibatkan 35 orang peserta terdiri daripada warga KLN.

Kursus ini menggunakan pendekatan tulisan tangan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai personaliti dan potensi diri agar dapat membentuk peribadi unggul, berintegriti dan berdaya saing dalam menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkesan pada masa hadapan.

Penceramah jemputan merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang grafologi iaitu Pn Azura binti Hashim. Beliau juga merupakan mindset dan leadership coach dari Madipro Ventures.Pelbagai aktiviti menarik dan ilmu yang sangat bermanfaat telah disampaikan kepada peserta sepanjang kursus ini berlangsung.

Semoga kursus ini dapat memberi impak yang positif kepada peserta dalam mengurus dan mengembangkan potensi diri mereka ke arah kehidupan yang lebih baik dan sejahtera.

CERAMAH: KESEJAHTERAAN EMOSI WANITA NAVIGASI HARMONI DALAM PELBAGAI FASA KEHIDUPANPada 15 Jun 2026 bertempat di Bilik Tu...
16/06/2026

CERAMAH: KESEJAHTERAAN EMOSI WANITA NAVIGASI HARMONI DALAM PELBAGAI FASA KEHIDUPAN

Pada 15 Jun 2026 bertempat di Bilik Tun Dr. Ismail,WP1 telah diadakan ceramah yang disampaikan oleh Puan Nazuha binti Shamshuddin, Pegawai Psikologi KLN.

Program ini adalah anjuran Biro Sosial dan Lawatan PERWAKILAN & PUSPANITA CKLN sempena Program Coffee Morning bersama ahli PERWAKILAN & PUSPANITA CKLN 2026. Tujuan program ini adalah memberi pendedahan mengenai kepentingan memelihara kesejahteraan emosi, membina ketahanan diri serta mengekalkan keseimbangan kehidupan harian.

Tahniah kepada peserta yang hadir…Semoga perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat berguna demi kesejahteraan hidup pada masa hadapan.

WEBINAR LITERASI PSIKOLOGI : KEMURUNGAN LUKA YANG TERSEMBUNYI 10 JUN 2026Terima kasih kepada Dr. Mohammad Fitri bin Hj Z...
11/06/2026

WEBINAR LITERASI PSIKOLOGI : KEMURUNGAN LUKA YANG TERSEMBUNYI

10 JUN 2026

Terima kasih kepada Dr. Mohammad Fitri bin Hj Zainuddin, Psikiatri, Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Webinar ini diadakan untuk memperkasa penjawat awam dengan kemahiran mengurus bebanan emosi terpendam bagi mencegah kelesuan kerjaya (burnout), sekaligus memastikan kesejahteraan mental yang mampan demi kecemerlangan penyampaian perkhidmatan awam.

Kemurungan boleh dirawat dan anda berhak untuk sihat. Terima kasih juga kepada semua warga Wisma Putra yang turut hadir. Semoga bermanfaat!

WEBINAR LITERASI PSIKOLOGI : MATRIKS PERSONALITI ORGANISASI14 MEI 2026Terima kasih kepada Prof. Dr. Mohammad Aziz Shah M...
14/05/2026

WEBINAR LITERASI PSIKOLOGI : MATRIKS PERSONALITI ORGANISASI
14 MEI 2026

Terima kasih kepada Prof. Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Pensyarah Psikologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Webinar ini diadakan untuk memberikan kefahaman mendalam mengenai kerumitan personaliti serta teknik navigasi konflik interpersonal yang efektif untuk keharmonian tempat kerja. Selain itu, ia memfokuskan kepada pemerkasaan literasi psikologi demi membina ekosistem organisasi yang sihat, berdaya tahan, dan sejahtera.

Raikan kepelbagaian personaliti, cari titik persamaan dan bukan perbezaan untuk memperkukuh hubungan dan budaya kerja yang lebih positif. Terima kasih juga kepada semua warga Wisma Putra yang turut hadir. Semoga bermanfaat!

Info Psikologi Siri 4/2026 - Cara Bijak Hadapi Personaliti Narsisistik Info pada kali ini menerangkan ciri-ciri utama da...
13/05/2026

Info Psikologi Siri 4/2026 - Cara Bijak Hadapi Personaliti Narsisistik

Info pada kali ini menerangkan ciri-ciri utama dan strategi untuk berhadapan dengan personaliti narsisistik. Strategi-strategi ini dapat membantu mewujudkan budaya kerja yang sihat bagi memastikan kesejahteraan mental terpelihara serta meningkatkan prestasi dan produktiviti di tempat kerja.

Info Psikologi Siri 3/2026 - Urus Kemarahan AndaInfo pada kali ini menggariskan kaedah dalam mendepani situasi tegang de...
13/05/2026

Info Psikologi Siri 3/2026 - Urus Kemarahan Anda

Info pada kali ini menggariskan kaedah dalam mendepani situasi tegang dengan mengamalkan teknik berhenti seketika, mengubah persepsi minda dan menggunakan komunikasi berhemah seperti "I Statements". Dengan memilih untuk tidak mengejar kemenangan dalam pertikaian dan fokus kepada penyelesaian harmoni, kita dapat mewujudkan persekitaran kerja yang lebih profesional dan produktif.

Address

Unit Pengurusan Psikologi Wisma Putra
Putrajaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pengurusan Psikologi Wisma Putra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Unit Pengurusan Psikologi Wisma Putra:

Shortcuts

Share

Category