Yayasan Didik Negara

Yayasan Didik Negara Yayasan Didik Negara merupakan yayasan rasmi dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berfungsi sebagai badan penyelaras sumbangan dan bantuan di dalam ekosistem KPM.

πƒπˆπƒπˆπŠπŸπ”: π“π„πŒππ€π“ πŒπŽπ‡πŽπ 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐁𝐔𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 πŽππ‹πˆππ„Siapa yang boleh menerima bantuan?βœ… Ibu bapaβœ… Muridβœ… Sek...
07/09/2026

πƒπˆπƒπˆπŠπŸπ”: π“π„πŒππ€π“ πŒπŽπ‡πŽπ 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐁𝐔𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 πŽππ‹πˆππ„

Siapa yang boleh menerima bantuan?

βœ… Ibu bapa
βœ… Murid
βœ… Sekolah dan komuniti yang memerlukan

Bagaimana caranya?

1️⃣ Daftar akaun DIDIK2U

Layari https://didik2u.com atau gunakan aplikasi DIDIK2U.

2️⃣ Daftar sebagai penerima bantuan

Isi maklumat yang diperlukan untuk semakan kelayakan.

3️⃣ Terima kod atau kredit bantuan

Penerima yang layak akan menerima kod penebusan atau kredit dalam akaun DIDIK2U.

4️⃣ Pilih barangan pendidikan

Gunakan kod atau kredit tadi untuk memilih barangan yang diperlukan melalui DIDIK Shop.

5️⃣ Tebus secara online

Dah pilih barang, terus buat penebusan. Barangan akan dihantar kepada penerima.

Siapa p**a yang boleh menyumbang?

βœ… Syarikat dan pihak korporat
βœ… NGO
βœ… Kerajaan
βœ… Pihak lain yang mahu membantu

Penyumbang boleh menyalurkan bantuan melalui DIDIK2U, menyemak rekod transaksi dan melihat bagaimana dana tersebut digunakan.

Pembekal p**a boleh menawarkan barangan pendidikan melalui DIDIK Shop.

Senang cerita, yang memerlukan boleh memohon dan menebus bantuan. Yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan. Semuanya melalui DIDIK2U.

DIDIK2U diselaraskan bersama Yayasan Didik Negara (YDN).

Online educational products platform.

π’π„π‹π€π†πˆ 𝐀𝐃𝐀 π€ππ€πŠ π˜π€ππ† 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ„π€πƒπ€π€π 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐀 πŠπ„πŠπ”π‘π€ππ†π€π, πŠπ„π‘π‰π€ π˜πƒπ ππ„π‹π”πŒ π’π„π‹π„π’π€πˆ.Di SJKT Sungai Bakap, bilik darjah ...
07/09/2026

π’π„π‹π€π†πˆ 𝐀𝐃𝐀 π€ππ€πŠ π˜π€ππ† 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ„π€πƒπ€π€π 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐀 πŠπ„πŠπ”π‘π€ππ†π€π, πŠπ„π‘π‰π€ π˜πƒπ ππ„π‹π”πŒ π’π„π‹π„π’π€πˆ.

Di SJKT Sungai Bakap, bilik darjah semakin sempit. Kemudahan sekolah p**a mula dimakan usia, sedangkan jumlah murid terus bertambah.

Jadi YDN berkolaborasi bersama Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) akan membina sebuah sekolah baharu untuk mereka. 🏫

Bila siap nanti, seluruh warga SJKT Sungai Bakap akan berpindah ke sekolah yang lebih luas dan lengkap.

Ada enam bilik darjah tambahan berbanding sekolah lama. Kemudahan sokongan untuk murid dan guru pun akan ditambah.

Kos keseluruhan projek ini ialah RM12.6 juta. Tempoh pembinaannya p**a 56 minggu.

Majlis pecah tanah dan penyerahan Surat Setuju Terima telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Anak-anak SJKT Sungai Bakap nanti tak perlu lagi belajar dalam suasana serba kekurangan. Mereka akan ada ruang yang lebih selesa dan selamat untuk belajar.

Terima kasih kepada YB Menteri Pendidikan, MITRA dan semua yang membantu menjayakan projek ini.

Sekarang, fokus kita cuma satu, pastikan sekolah ini siap seperti yang dijadualkan.



𝐉𝐀𝐆𝐀-𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐂𝐇𝐀𝐓𝐆𝐏𝐓, ππ„π’π€πˆππ† 𝐀𝐍𝐃𝐀 π€πŠπ€π π“πˆππ€!Tapi rileks, jangan gelabah dulu. Projek ini pun baru nak masuk peringkat rint...
03/09/2026

𝐉𝐀𝐆𝐀-𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐂𝐇𝐀𝐓𝐆𝐏𝐓, ππ„π’π€πˆππ† 𝐀𝐍𝐃𝐀 π€πŠπ€π π“πˆππ€!

Tapi rileks, jangan gelabah dulu. Projek ini pun baru nak masuk peringkat rintis. πŸ˜„

Yang ini memang betul. Yayasan Didik Negara (YDN) bersama Aras Integrasi sedang membangunkan sebuah platform AI khusus untuk murid Malaysia.

Namanya AISLE, singkatan bagi AI in Student Learning Environment.

AISLE bukan dibina untuk murid tanya soalan, kemudian terus salin jawapan.

Kita nak AI ini bantu mereka belajar, tahu bawa diri, lebih kuat bila berdepan tekanan dan makin minat STEM.

Pendek kata, AI untuk murid Malaysia, gaya Malaysia.

Kalau semuanya berjalan lancar, projek rintis AISLE akan melibatkan semua Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara.

Langkah pertama dah dibuat.

Pada 28 Julai 2026, Ketua Pegawai Eksekutif YDN, En. Mohd Nasrul Khairi dan Ketua Pegawai Teknologi Aras Integrasi, En. Farul Mohd Ghazali telah menandatangani MoU bagi memulakan kerjasama ini.

Turut menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato’ Zainal bin Abas dan Pengarah Urusan Aras Integrasi, YBhg. Dato’ Che Nasir.

AISLE baru nak mula. Kita kasi jadi!





πŸ•πŸπŸ 𝐓𝐀𝐁𝐋𝐄𝐓 π”ππ“π”πŠ 𝟐𝟐 𝐁𝐔𝐀𝐇 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡!πŸ“±Ini tahun 2026. Pembelajaran dah masuk dunia digital. Tapi realitinya, tak semua murid...
03/09/2026

πŸ•πŸπŸ 𝐓𝐀𝐁𝐋𝐄𝐓 π”ππ“π”πŠ 𝟐𝟐 𝐁𝐔𝐀𝐇 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡!πŸ“±

Ini tahun 2026. Pembelajaran dah masuk dunia digital. Tapi realitinya, tak semua murid mempunyai akses kepada peranti yang mereka perlukan.

Sebab itu Yayasan Didik Negara (YDN) menyumbang 712 unit tablet bernilai RM300,000 menerusi Program Sokongan Dasar Pendidikan Digital 2026 bersama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), KPM.

Sejak 10 April 2026, semua tablet ini telah disalurkan kepada 22 buah sekolah terpilih di tujuh negeri.

Johor ada. Sarawak ada. Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perak pun ada.

Lepas ini, cikgu nak buat aktiviti digital dalam kelas pun lebih mudah. Murid bukan sekadar tengok. Mereka boleh buka bahan, cuba aplikasi dan buat sendiri.

Cukup ke 712 tablet ini?

Belum.

Masih banyak sekolah dan murid yang memerlukan kemudahan sama. Tapi kita tak boleh tunggu semuanya cukup baru nak mula.

22 buah sekolah dahulu. Lepas ini, YDN akan terus cari jalan supaya lebih banyak sekolah mendapat bantuan yang sama. ❀️



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 MALAYSIA MADANI, RAKYAT DISANTUNISemoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kit...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026

MALAYSIA MADANI, RAKYAT DISANTUNI

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, memperkukuh perpaduan serta membina Malaysia yang sejahtera, berilmu dan berakhlak mulia.

Bersama YDN, kita menyantuni rakyat, memperkasa pendidikan dan membina masa depan negara.

Jiwa Merdeka, Malaysia Sejahtera.

πŸ‘πŸŽπŸŽ 𝐁𝐀𝐔𝐂𝐀𝐑 π‚π„π‘πŒπˆπ πŒπ€π“π€ ππ„π‘π‚π”πŒπ€!πŸ‘“Inilah yang dibawa oleh Yayasan Didik Negara (YDN) untuk murid terpilih di Sekolah Menen...
28/08/2026

πŸ‘πŸŽπŸŽ 𝐁𝐀𝐔𝐂𝐀𝐑 π‚π„π‘πŒπˆπ πŒπ€π“π€ ππ„π‘π‚π”πŒπ€!πŸ‘“

Inilah yang dibawa oleh Yayasan Didik Negara (YDN) untuk murid terpilih di Sekolah Menengah Sains Jeli dan Sekolah Menengah Sains Machang.

Kita tahu, nak buat cermin mata bukan murah. Anak dah rabun, memang kena buat. Tapi bila tengok harganya, mak ayah kena fikir juga nak cari duit dari mana.

Sebab itulah 300 baucar ini besar maknanya. Murid dapat cermin mata. Mak ayah tak perlu pening fikir kosnya.

300 baucar ini diserahkan sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato' Wan Hashim bin Wan Rahim menerusi inisiatif Sekolah Angkat MADANI Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ingatkan abang angkat dan kakak angkat sahaja yang ada. Sekolah angkat pun ada rupanya.

Lepas ini, tak adalah lagi tulisan di depan kelas nampak kabur. Tapi kalau result Matematik Tambahan masih nampak kabur, itu dah cerita lain.

Yang itu, YDN kena datang lagi. Kali ini bawa kismis minda p**a. πŸ˜„



𝐀𝐏𝐀 π˜π€ππ† π’π€π˜π€ 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ π…πŽπ‘π”πŒ πˆπ‹πŒπ”π–π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆApabila teknologi menjadi semakin pintar, manusia bagaim...
27/08/2026

𝐀𝐏𝐀 π˜π€ππ† π’π€π˜π€ 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ π…πŽπ‘π”πŒ πˆπ‹πŒπ”π–π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ

Apabila teknologi menjadi semakin pintar, manusia bagaimana yang perlu dilahirkan oleh sistem pendidikan kita?

Daripada perbincangan dalam Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 13, ini 10 perkara yang paling melekat dalam fikiran saya.

1. Pendidikan masa depan bukan perlumbaan membeli teknologi

Papan pintar, tablet dan AI hanyalah alat. Bilik darjah tidak menjadi lebih baik secara automatik hanya kerana kelihatan lebih canggih.

Teknologi hanya berguna apabila guru tahu menggunakannya dan setiap murid mendapat peluang untuk mengaksesnya.

2. Gred tidak cukup untuk membina manusia

Sekolah bukan kilang peperiksaan. Adab, empati, pemikiran kritis dan kebolehan membuat pertimbangan perlu dibentuk bersama pencapaian akademik.

Kita bukan hanya mahu melahirkan murid yang tahu memberikan jawapan, tetapi manusia yang mampu menimbang baik dan buruk sebelum membuat keputusan.

3. Karamah insaniah mesti bermula di dalam bilik darjah

Setiap murid datang dengan latar, cabaran dan potensi yang berbeza.

Sistem pendidikan yang baik bukan hanya meraikan mereka yang sudah berada di hadapan. Sistem itu juga perlu melihat, memahami dan membantu mereka yang masih tertinggal.

4. Jurang digital sebenarnya ialah jurang peluang

Murid yang tidak mempunyai peranti, akses Internet atau sokongan pembelajaran bukan sekadar ketinggalan teknologi. Mereka bermula dengan peluang yang lebih kecil.

Sebab itu pendigitalan pendidikan tidak boleh diukur melalui jumlah peranti semata-mata. Kita juga perlu melihat siapa yang benar-benar dapat menggunakannya.

5. Kebajikan murid juga sebahagian daripada pendidikan

Sukar meminta seorang murid memberikan tumpuan jika keperluan asasnya belum dipenuhi.

Makanan, peranti dan bantuan persekolahan bukan perkara sampingan. Semuanya menentukan sama ada seorang murid benar-benar mempunyai peluang untuk belajar.

6. Universiti tidak boleh melahirkan pemimpin jika mahasiswa takut bersuara

Mahasiswa memerlukan ruang untuk bertanya, berbeza pandangan, mengurus organisasi dan membahaskan dasar.

Kematangan tidak lahir apabila segala-galanya ditentukan untuk mereka. Ia terbentuk apabila mereka diberi ruang untuk berfikir, membuat keputusan dan belajar daripada akibatnya.

7. AUKU perlu beralih daripada mengawal kepada memperkasa

Pindaan undang-undang sahaja tidak memadai jika budaya kampus masih melihat mahasiswa sebagai kelompok yang perlu sentiasa dikawal.

Autonomi mesti wujud dalam pengalaman sebenar mahasiswa, bukan sekadar tertulis dalam undang-undang.

8. Kebebasan datang bersama tanggungjawab

Kampus yang terbuka bukan kampus tanpa batas.

Mahasiswa perlu menggunakan kebebasan dengan fakta, hujah dan adab. Mereka juga perlu bersedia bertanggungjawab terhadap pandangan dan tindakan sendiri.

9. Generasi akan datang tidak boleh sekadar menjadi pengguna AI

Mereka perlu tahu mencipta, menilai dan mempersoalkan teknologi.

Lebih penting, mereka mesti tahu bila AI boleh membantu dan bila pertimbangan manusia tidak boleh diserahkan kepada mesin.

10. Sekolah dan universiti tidak boleh bergerak sendiri-sendiri

Apa yang dibentuk di sekolah akan dibawa ke universiti.

Pengalaman di universiti p**a akan membentuk manusia yang akhirnya memimpin, mencipta dan menentukan arah negara.

Teknologi akan terus berubah. AI akan menjadi semakin pintar. Undang-undang dan kurikulum juga akan berkembang mengikut keperluan zaman. Namun semua itu belum menjamin masa depan pendidikan yang lebih baik.

Nilai teknologi akhirnya bergantung pada manusia yang menggunakannya.

𝐍𝐀𝐒𝐑𝐔𝐋 πŠπ‡π€πˆπ‘πˆ
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Didik Negara

26/08/2026

SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG FORUM ILMUWAN MALAYSIA MADANI SIRI 13

πŸ“Œ Topik: Pendidikan Masa Depan Negara dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)

🎀 Moderator:
β–ͺ️YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Perdana Menteri

🎀 Panel:
β–ͺ️YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir
Menteri Pendidikan Tinggi;

β–ͺ️YB Datuk Seri Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan; dan

β–ͺ️YM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen
Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM).

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim
Universiti Malaya




Kursus apa yang sesuai?Universiti mana yang patut dipilih?Ke mana arah selepas tamat sekolah?Inilah antara persoalan bes...
26/08/2026

Kursus apa yang sesuai?

Universiti mana yang patut dipilih?

Ke mana arah selepas tamat sekolah?

Inilah antara persoalan besar yang bermain dalam fikiran anak-anak muda ketika hadir ke Higher Education Fair 2026 pada 22 dan 23 Ogos lalu di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.

Yayasan Didik Negara (YDN) berbesar hati dapat bersama-sama menjayakan pameran ini sebagai Rakan Strategik rasmi.

Bagi seorang pelajar, memilih laluan selepas sekolah bukan keputusan kecil. Pilihan yang dibuat hari ini boleh menentukan perjalanan hidup mereka untuk tahun-tahun yang akan datang.

Sebab itu mereka memerlukan maklumat yang betul, pendedahan yang luas dan sokongan daripada orang dewasa untuk membuat keputusan dengan yakin.

Terima kasih kepada pihak penganjur, rakan-rakan strategik, institusi pendidikan serta semua yang telah menjayakan Higher Education Fair 2026.

Bagi YDN, penyertaan ini bukan sekadar tentang sebuah pameran pendidikan. Ia tentang membantu anak-anak Malaysia melihat dengan lebih jelas ke mana mereka mahu pergi selepas ini.



Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026MπŸŒ™βœ¨Mari kita bersama-sama menghayati dan meneladani keperibadian serta akhlak mulia Bag...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026MπŸŒ™βœ¨

Mari kita bersama-sama menghayati dan meneladani keperibadian serta akhlak mulia Baginda Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian. Semoga ajaran dan nilai-nilai murni yang dibawakan Baginda terus menjadi panduan untuk kita membina generasi yang berilmu, berakhlak, dan berprestasi.

"Madani Dihayati, Ummah Diberkati"

Ikhlas Daripada:

Pengerusi & Ahli Lembaga Pemegang Amanah Serta Warga Kerja Yayasan Didik Negara





Address

Aras 1, Blok E14, Kompleks Kerajaan Parcel E
Putrajaya
62604

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601151148123

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Didik Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Yayasan Didik Negara:

Shortcuts

Share

Category