05/08/2026
SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH
Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dan izin Allah SWT, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PIBG Kali Ke-7 Sesi 2026/2028 SRAI Ar Raudhah, Putrajaya telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan jayanya pada Sabtu, 1 Ogos 2026.
Bagi pihak SRAI Ar Raudhah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan masa, tenaga, idea, kepakaran, sokongan dan doa dalam menjayakan mesyuarat ini.
Penghargaan khusus dirakamkan kepada:
β’ Yang Berbahagia Puan Norazlin Syahidah binti Ali, Focal Person PIBKS Daerah Hulu Langat, atas kesudian hadir sebagai Tetamu Kehormat, Perasmi dan Pemerhati.
β’ Encik Mohd Fauzi bin Bidin, Pengerusi Raudhah Islamic Sdn. Bhd. atas kesudian hadir bagi memberikan sokongan kepada penganjuran AGM PIBG.
β’ Ts. Mohd Amir bin Mohd Azir, Yang Dipertua PIBG serta seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2026 atas segala khidmat bakti, komitmen dan kerjasama sepanjang tempoh perkhidmatan. Segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.
β’ Tahniah dan Selamat Menjalankan Amanah kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2026/2028 yang telah dipilih. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, keikhlasan dan tanggungjawab demi memperkukuhkan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa serta meningkatkan kecemerlangan SRAI Ar Raudhah, Putrajaya.
β’ Semua guru dan kakitangan SRAI Ar Raudhah atas komitmen serta semangat kerja berpasukan dalam memastikan keseluruhan perjalanan AGM berlangsung dengan lancar.
β’ Semua ibu bapa dan penjaga yang hadir sama ada secara fizikal mahupun melalui Google Meet. Kehadiran, sokongan dan pandangan yang diberikan amat dihargai serta menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan pengurusan sekolah.
β’ Prudential PRUBSN atas penyertaan dan pembukaan booth sepanjang program berlangsung.
β’ Kelab Guru SRAI Ar Raudhah atas inisiatif mengendalikan jualan makanan sepanjang AGM berlangsung.
β’ Semua penyumbang hadiah cabutan bertuah atas sumbangan yang telah menceriakan majlis serta menambah kemeriahan program.
β’ Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin, Ahli Parlimen Putrajaya, atas sumbangan tunai sebanyak RM300.00 bagi menyokong penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PIBG pada tahun ini.
Sesungguhnya setiap sumbangan, sama ada besar atau kecil, telah memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan penganjuran AGM PIBG Kali Ke-7.
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan yang telah dicurahkan, memberkati setiap usaha yang dilakukan serta mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada semua pihak yang terlibat.
Semoga jalinan kerjasama erat antara sekolah, PIBG dan ibu bapa akan terus diperkukuhkan demi merealisasikan visi serta misi SRAI Ar Raudhah, Putrajaya dalam melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.
"TARBIAH SYUMUL, SAHSIAH UNGGUL."
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
Penasihat PIBG
SRAI Ar Raudhah, Putrajaya