16/04/2026
Gambar sempena Majlis Sambutan Hari Raya KAFA Surau Ar-Rahman
KAFA SURAU AR-RAHMAN, PRESINT 16, PUTRAJAYA
16/04/2026
Gambar sempena Majlis Sambutan Hari Raya KAFA Surau Ar-Rahman
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
KAFA SURAU AR-RAHMAN PUTRAJAYA
Pada hari ini, Khamis, 16 April 2026 bersamaan , 28 Syawal 1447H , telah berlangsung dengan meriah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KAFA Surau Ar-Rahman, Putrajaya.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Asmaul Husna, diikuti Lagu Negaraku dan Lagu Wilayah sebagai tanda semangat dan kecintaan kepada agama serta negara.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas sebagai santapan rohani, diikuti dengan sambutan hari kelahiran murid-murid.
Kemuncak acara adalah Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut dengan penuh kegembiraan dan ukhwah.
Kehadiran murid amat memberangsangkan.
Pihak KAFA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa yang telah bermurah hati menyumbang makanan bagi menjayakan majlis ini. Semoga segala kebaikan yang diberikan dibalas dengan ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
- Admin KAFA Surau Ar-Rahman , Putrajaya
16/04/2026
Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Ustaz Dr. Abdul Halim El-Muhammady, tokoh ilmuwan yang banyak menyumbang dalam pemikiran Islam, dakwah dan pendidikan Islam, antaranya melalui karya Dinamika Dakwah.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan umat. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikan beliau dan menempatkan beliau dalam kalangan para solihin.
Al-Fatihah.