Akhiruddin Syari'atullah

Akhiruddin Syari'atullah

Share

Selepas berMakrifah... Galas Amanahbillah, teguhkan Syariatullah

18/06/2022
18/02/2021

“KHUTBAH TERAKHIR
NABI MUHAMMAD”
(Sallallahu’alaihi Wasallam)

Khutbah ini disampaikan pada
09 Zulhijjah Tahun 10
Hijrah di Lembah
Uranah Gunung Arafah.

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak Ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah Aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu p**a.
Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti akan membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.
ALLAH SWT telah mengharamkan riba.
Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan Agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak keatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak
mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk dibari makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang lain yang tidak kamu sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata Ku ini,
“Sembahlah
ALLAH SWT, Dirikanlah Sembahyang lima (5) kali sehari, Berpuasalah dibulan Ramadhan, dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu, Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu”.
Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Takwa dan Beramal Soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap ALLAH SWT pada suatu hari untuk dipertanggung-jawabkan diatas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanKu.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasKu dan tidak akan lahir Agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataKu yang telah Ku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kamu dua (2) perkara; yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya itulah “Al-Quran dan SunnahKu”.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapan Ku menyampaikan p**a kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya p**a kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata Ku dari mereka yang mendengar terus dariKu.
Saksikanlah YA ALLAH, bahawasanya telah Aku sampaikan RisalahMU kepada hamba-hambaMU.

Riwayat : Al Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daut, Ibnu Majah dan Lain-Lain.

15/02/2021

ADAP ADAP TAUHID

TAUHID ASAS yaitu seseorang yang berpuashati dengan hanya mengetahui Rukun Iman Rukun Islam sahaja sama seperti seseorang yang baru masuk islam, Ini seperti kulit bahagian luar kelapa yang hijau jika muda dan coklat bila masak.

TAUHID ORANG AWAM yaitu seseorang hanya mentashdiqkan dihati bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Tauhid yang sebegini tidak mengamalkan NAFI ISBAT dalam Kalimah Syahadahnya.
Orang pada tingkat ini beriman ia bahawa Manusia itu ialah Manusia dan manakala Tuhan ialah Tuhan. Perbuatannya ialah perbuatan dia selaku Manusia dan Perbuatan Allah tidak ada kena mengena dengannya. Tauhid sebegini ibarat SABUT KELAPA yang tebal.

TAUHID ORANG KHUSUS/KHAWAS yaitu seseorang disamping mengakui akan Ketuhanan Allah dan Kerasulan Muhammad juga mentashdiqkan pengakuannya dengan NAFI ISBAT.
Kalimah Tauhid ditashdiqkan sebagai : Aku mengaku dengan bersaksikan DiriKU sendiri bahawa TIADA YANG NYATA didalam DiriKU melainkan Allah semata-mata.
Yang mengaku itu ialah YANG BERSUARA itu Nyawa/Ruh manakala saksinya ialah YANG MENYAMPAIKAN SUARA itu Jasad/Badan.
Kalimah Rasul ditashdiqkan bahawa : Aku mengaku dengan bersaksikan DiriKU sendiri bahawa AKULAH MUHAMMAD menyampaikan HAQ ALLAH.
Yang mengaku itu ialah yang bersuara itu Nyawa atau Ruh dan saksinya ialah Jasad atau Badan yang menyampaikan suara.

Seseorang pada tingkat ini beriman bahawa Manusia itu tidak mempunyai apa-apa daya upaya dan perbuatan. Segala daya upaya dan sebagainya adalah Sifat Sifat Allah belaka.
Segala daya upaya dan sebagainya pada Hakikatnya adalah AFAAL ALLAH belaka. Anggota anggota Jasadnya merupakan ALAT atau SANDARAN bagi Allah melaksanakan PerbuatanNya.
Tauhid ini juga disebut TAUHID AFAAL yakni Tauhid Peringkat Pertama bagi orang Hakikat. Tauhid sebegini diibaratkan seperti ISI atau SANTAN KELAPA.

TAUHID ORANG KHUSUS AL KHUSUS yaitu Tauhid tingkat Tertinggi, Seseorang pada tingkat ini mentashdiqkan Dua Kalimah Syahadah itu sebagai TIADA YANG WUJUD dialam Mayapada ini.
YANG WUJUD HANYA ALLAH atau dalam bahasa Tasawufnya LA MAUJUDA ILLALLAH. Tiada Kalimah Rasul kerana pada mereka Nabi Muhammad itu pada Hakikatnya ialah Sifat Allah Yang Agung. Orang yang bertauhid sebegini beriman bahawa Dirinya sendiri sebagai Manusia pada Hakikatnya tidak Wujud. Dirinya merupakan Penampakan Allah Yang Nyata diDunia ini atau dalam bahasa Tasawufnya disebut sebagai Tajalli Allah. Diri Yang Sebenarnya Diri yang meliputi Jasadnya ialah RUH AL-QUDSI ALLAH. Jasadnya yang dianggap Hidup itu pada Hakikatnya mati dan dihidupkan oleh RUH AL-QUDSI ALLAH iaitu nyawanya. Dirinya sebagai Manusia merupakan alat atau sandaran Allah untuk menunjukkan KeAgunganNya, Kesempurnaan dan Kebesaran Allah. Sekiranya Anda menganggap bahawa Anda adalah penganut Ilmu Hakikat sewajarnyalah Anda bertauhid pada peringkat Tauhid Khusus Al-Khusus ini.
Tauhid ini disebut juga TAUHID DZAT yang merangkumi Tauhid Sifat, Asma ’Afaal. Mengumpamakan Tauhid ini dengan RASA LEMAK SANTAN KELAPA iaitu ZAT dalam santan kelapa itu. Orang pada tingkat ini bersaksi bahwa TIADA YANG WUJUD diseluruh Alam ini YANG WUJUD HANYA ALLAH.
LA MAUJUDA ILLALLAH. orang pada tingkat ini sudah MENGETAHUI bahwa Dirinya merupakan sebagai Tajalli Allah.

25/01/2021

HAKIKAT SEMBAHYANG

Berdiri menyaksikan Diri Sendiri kita bersaksi dengan Diri kita sendiri bahwa tiada yang nyata pada Diri kita hanya Diri Bathin Allah dan Diri Zahir kita Muhammad adalah yang membawa dan menanggung Rahsia Allah Swt
Hal ini terkandung dalam surat Al-Fatehah yaitu
Alhamdu Alif, Lam, Ha, Mim, Dal
Kalimat Alhamdu ini diterima ketika Rasulullah Isra’ dan Mi’raj dan mengambil pengertian akan Hakikat Manusia pertama yang diciptakan Allah Swt Yaitu Adam AS Tatkala Roh Diri Bathin Adam AS Sampai ketahap dada Adam AS pun bersin dan berkata Alhamdulillah Artinya Segala puji bagi Allah
Apa yang di puji adalah
Zat Allah
Sifat Muhammad
Asma’ Adam
Af’aal Manusia
Jadi Sembahyang itu bukan Sekali-kali berarti
Menyembah tapi suatu istiadat penyaksian Diri Sendiri dan sesungguhnya tiada Diri kita itu adalah Diri Allah Semata Kita menyaksikan bahwa Diri kitalah yang membawa dan menanggung Rahsia Allah Swt Dan tiada sesuatu pada Diri kita hanya Rahsia Allah Semata serta tiada sesuatu yang kita punya kecuali Hak Allah Semata.
Sesuai dengan firman Allah
Inna ‘aradnal amanata ‘alas samawati wal ardi wal jibal fa abaina anyah milnaha wa’asfakna minha wahamalahal insanu.
Artinya
Sesungguhnya kami telah menawarkan suatu Amanat kepada langit Bumi dan Gunung-Gunung tapi mereka enggan menerimannya memikulnya kerana merasa tidak akan sanggup, lantas hanya Manusia yang sanggup menerimanya
Dan kerana firman Allah inilah kita mengucap
Asyahadualla Ilaaha Illallah Wa Asyahadu Anna Muhammadar Rasulullah
Yang berarti
Kita bersaksi dengan Diri kita Sendiri bahwa tiada yang nyata pada Diri kita Sendiri hanya Allah Semata dengan tubuh Zahir kita sebagai tempat menanggung Rahsia Allah dan akan menjaganya sampai dengan tanggal yang telah ditentukan.
Manusia akan berguna disisi Allah jika ia dapat menjaga Amanah Rahsia Allah dan berusaha Mengenal Dirinya Sendiri.
Kerana bila Manusia dapat Mengenal Dirinya maka dengan itu p**alah ia dapat Mengenal Allah
Hadits Qudsi
MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU
Artinya
Barang siapa Mengenal Dirinya maka ia akan Mengenal Allah
ALIF ITU ARTINYA NIAT SEMBAHYANG
LAM ITU ARTINYA BERDIRI
HA ITU ARTINYA RUKU
MIM ITU ARTINYA SUJUD
DAL ITU ARTINYA DUDUK
TANPA WUJUD DIRI
YANG WUJUD ALLAH

16/01/2021

CARILAH JALAN KEMBALI

Wahai orang-orang yang beriman Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepada Allah dengan mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah dan berjuanglah pada jalan Allah untuk menegakkan Agama supaya kamu beroleh kejayaan.

Jasad kita berasal daripada Tanah Ia harus kembali kepada Asal kejadiannya untuk mencapai kepuasan.

Disebabkan itulah kita makan apa yang tumbuh daripada Tanah juga Binatang-Binatang yang memakan hasil Tanah.

Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan semuanya tumbuh daripada Tanah.

Apabila Jasad memperoleh sumber makanan daripada permukaan Bumi maka ia akan kenyang tenang dan bertenaga.

Ruh kita datang daripada Allah ditiupkan ke dalam Jasad.

Maka Ruh takkan mencapai ketenangan selagi ia belum kembali kepada Allah.

Untuk mencapai kepuasan Ruh/Jiwa/Hati, tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada Allah Maka carilah jalan kembali.

Bukan kembali dengan kematian Jasad tetapi kembali dengan menghidupkan Hati. Ya, jiwa yang kering kontang menggambarkan jauhnya kita daripada Allah.

Jiwa yang tak terisi dengan Ruh Iman dan Taqwa akan diisi dengan keDuniaan. Hakikatnya Dunia itu takkan habis dikejar.

Makin kita punya harta, makin jiwa kacau tak senang duduk. Terikat dengan Duniawi

Makin kita punya pangkat, makin tinggi yang ingin kita kejar dan capai.

Makin kita punya apa sahaja yang kita inginkan, makin kita inginkan sesuatu yang lebih lagi untuk kepuasan.

Hakikatnya jiwa kita menderita, tak puas dan tak mencapai ketenangan, ketenteraman.

Bukan Artinya kita harus terkurung meninggalkan Dunia luar, itu adalah satu fahaman yang salah.

Sebaliknya, gunakanlah apa sahaja yang ada atas Dunia ini Demi mencari jalan kembali kepada Allah.

Biar Jasadmu keluar mencari Anugerah Allah di atas muka Bumi, tapi jangan sekali-kali membiarkan Hatimu melayang hilang terputus daripada pergantungan kepada Ilahi.

Jangan sekali-kali memisahkan Dunia daripada Allah dan meminggirkan Allah dalam segenap kehidupan.

Padahal Allah tak memerlukan kita, kita yang memerlukan Allah

Dan kembalilah kamu kepada Allah kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada Allah sebelum kamu didatangi Azab kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

Allah telah menyeru dan akan sentiasa menjawab panggilan kita saat kita mencari Allah.

Cuma kita yang belum benar-benar tekad untuk kembali kepada Allah

Atau mungkin kita sering berusaha kembali, namun Dunia tetap memesongkan kita dan lebih menarik Hati kita.

Maka kita tak jadi kembali.

Kita berputus Asa dan tak mahu lagi mencuba untuk kembali, padahal Allah tak pernah jemu menunggu kita menyeru melainkan kita sendiri yang jemu untuk meminta dan meniti jalan menuju Allah.

Ingat, jangan berputus Asa daripada Rahmat Allah:

Katakanlah Wahai Muhammad Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap Diri mereka Sendiri dengan perbuatan-perbuatan maksiat janganlah kamu berputus Asa dari Rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala Dosa sesungguhnya Allah lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Wahai Jiwa yang Sentiasa menyesali Diri, di ceruk manapun kau berada, apakah kau merasa bebas daripada pengawasan Allah?

Dalam keadaan manapun kau berada, adakah kau merasakan Allah tidak mengetahui isi Hatimu? Sombongnya Engkau tatkala kau pergi memalingkan Wajahmu daripada Ilahi.

Sedangkan Allah tak pernah menutup pintu taubat bagimu.

Maka Wahai Manusia, kembalilah kepada Allah. Jika kau tak temui jalan, Carilah Kau tidak bertemu kerana kau tidak mencari.

12/01/2021

ALLAH WUJUD ALLAH

Allah menyatakan Wujud tidak lebeh dari SATU. Yang sama itu menzahirkan kepada DiriNya dengan DiriNya saperti Air menzahirkan Dirinya dalam bentuk Ais. Jadi tiada yang Fana Ianya Hu Hu. Yang lain tidak lebeh dari hanya nama nama dan benda benda pada fikiran sahaja. Hakikatnya Dia Yang Satu.

Semua nama nama adalah penzahiran daripada satu Hakikat. Kadang kadang Hakikat itu lautan, kadang kadang Bueh, kadang kadang Ombak, kadang kadang Ais kadang kadang Salji, kadang kadang Allah, kadang kadang Makhluk

Nama itu banyak yang dinamakan itu hanya Satu.

Bentuk bentuk adalah DiriNya sendiri pada Zahirnya dan pada Hakikatnya.

Semua benda benda Wujud kerana Wujud Allah Dengan sendirinya mereka itu TIDAK ADA. Huruf tidak ada , yang ada ialah Dakwat.
Yang Tidak Ada ialah Cerminnya Wujud Mutlak

Ulamak Syariat mengatakan Wujud benda benda Dunia adalah Tambahan pada Zat. Para Sufi mengatakan Wujud Mutlak ialah Allah. Pembatasannya ialah DiriNya sendiri.

Zat mengetahui DiriNya sendiri
Dari segi mengetahui
Dia Menjadi wajib. Pelaku tanpa kualiti, Pencipta Yang Berkuasa dan lain lain

Dari segi Diketahui
Dia menjadi Yang Dilakukan . Yang diberi kualiti. Yang Dijadikan tanpa kuasa yaitu Hakikat Insan.
Dan Dia bersama kamu dimana sahaja kamu berada.

Allah ialah hakikat semuanya Hakikat segala-galanya tiada yang kecuali.
Apabila Allah beserta dengan semua, Dia juga tanpa semua.

Selagi Anda Wujud dalam pandangan Anda , DIA TIADA NAMPAK dan apabila Anda tidak Wujud dalam pandangan Anda DIALAH YANG ANDA NAMPAK.

Allah menzahirkan DiriNya pada sesuatu benda yang dicari oleh seseorang itu. Tajallinya tidak terkira banyaknya . Penyembahan Yang Terhad oleh Yang Terhad adalah Syirik.

CINTA ALLAH ialah KEMAHUAN UNTUK PENZAHIRAN. Wujud adalah gerak dari KEADAAN YANG TERPENDAM Kunza Mahfiyyan – Adom Idhafi kepada KEADAAN YANG TERNAMPAK. Ini adalah Gerak Cinta. Tanpa Cinta ianya terpendam dalam Ilmu buat selama-lamanya.

Wujud itu adalah HANYA TAJALLI dan Tajalli itu menjadi Hakikat seseorang dalam Tajalli. Hakikat benda ialah ZAT ALLAH sendiri. Wujud diluar dan Wujud didalam tidak berbeza. Semuanya adalah Satu Diri Yang Sama itu jua yakni ALLAH.

Want your school to be the top-listed School/college in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Putrajaya