08/02/2026
Ujian Kenaikan Bengkung
PSSGM Kebangsaan
Alhamdulillah Selesai.
Mengajar Senibela Diri Silat Seni Gayong Malaysia seawal usia 6 tahun. bertempat di Presint 14
08/02/2026
Ujian Kenaikan Bengkung
PSSGM Kebangsaan
Alhamdulillah Selesai.
20/01/2025
Selesai Majlis Penerimaan Murid Baru dan Ujian Kenaikan Bengkung Bagi Tahun 2025. Semoga Terus bersemangat Semua
04/01/2025
Latihan Pertama Bagi Tahun 2025. Syukur Alhamdulillah masih diberikan peluang dan tanggungjawab untuk meneruskan perjuangan memartabatkan warisan seni melayu.
Silat adalah singkatan kepada Silaturrahim (Ukhwah). Berlatih Silat bukan hanya mempelajari Ilmu seni mempertahankan diri malah dapat memupuk dan membina disiplin, sahsiah, kebertanggungjawaban supaya anak bangsa menjadi seorang yang berjaya dimasa akan datang. Ayuh semua sama-sama menyertai Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan. Pelajari ilmu GAYONG.
Nama Gelanggang: PSSGM Kebangsaan - Pusat Latihan Ibnu Khaldun Presint 14 Putrajaya
Masa Latihan: 9.00 malam hingga 11.00 malam
Hari Latihan: Setiap hari Jumaat
Lokasi: Dewan Awam di Presint 14-7 Putrajaya
09/06/2024
Alhamdulillah..Syukur Kehadrat Illahi..Dengan limpah kurnia dann keizinanNya maka selesai Majlis Penyampaian Bengkung PSSGM Kebangsaan Cawangan Putrajaya. Tahniah diucapkan kepada semua Pesilat-Pesilat PSSGM Kebangsaan - Pusat Latihan Ibnu Khaldun Presint 14 Putrajaya .Semoga dapat menjadi pencetus semangat dan teruskan istiqomah untuk meneruskan lagi warisan seni Melayu. Hanya dengan Belajar silat barulah dapat menghimpun dan menyatukan Bangsa Melayu. Terima Kasih kepada ibu bapa yang tak henti-henti menyokong perjuangan saya dalam menyebarkan ilmu persilatan. Diharap agar ukhwah yang dibina akan terus kekal sepanjang zaman. Mohd Fuad
08/03/2024
Latihan Malam Ini. Alhamdulillah ramai pesilat hadir..Syukur
20/01/2024
Program Ujian Kenaikan Bengkung dan Majlis Perlimau Tapak dan Seni Perdana PSSGM Kebangsaan Putrajaya. Tahniah kepada anak-anak gayong PSSGM Kebangsaan - Pusat Latihan Ibnu Khaldun Presint 14 Putrajaya kerana menyertai program ini.
07/11/2023
Latihan Gantian PSSGM Kebangsaan - Pusat Latihan Ibnu Khaldun Presint 14 Putrajaya
27/10/2023
Alhamdulillah Selesai Tanggungjawab untuk latihan Malam Nie. PSSGM Kebangsaan - Pusat Latihan Ibnu Khaldun Presint 14 Putrajaya Teruskan Semangat.
09/09/2023
Alhamdulillah Selesai Sudah Majlis Penyampaian Bengkung Di PSSGM Kebangsaan - Pusat Latihan Ibnu Khaldun Presint 14 Putrajaya . Tahniah diucapkan kepada semua pesilat yang berjaya. Semoga teruskan bersilat kerana pelajaran GAYONG tiada penghujungnya..Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Muhammad bin Md Nor, PPN Kipas Emas Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan. Tidak lupa juga kepada Ibubapa anak-anak Gayong yang tidak putus-putus memberi sokongan.
03/09/2023
Alhamdulillah Syukur. Semoga Menjadi Pemangkin Semangat untuk meneruskan warisan Senibela Melayu. 26 tahun bukan satu tempoh masa yang singkat. Ilmu yang dipelajari diberkati dan diwariskan kepada anak-anak generasi baru.
In sha Allah.
28/07/2023
Alhamdulillah..Selesai Latihan Malam Ini. Terima Kasih kepada semua ibu bapa pesilat yang sentiasa memberi sokongan untuk PSSGM Kebangsaan - Pusat Latihan Ibnu Khaldun Presint 14 Putrajaya