17/03/2022
SIRI 2 PERTANDINGAN VIDEO RESENSI BUKU SELANGOR MEMBACA 2021 - BUKU DIGITAL PPAS
Maklumat lanjut tentang pertandingan dan pendaftaran, di sini: https://bit.ly/ResensiSiri2Siri3
SIRI 2 BUKU DIGITAL PPAS - Resensi bahan bacaan digital yang terdapat di PPAS Digital Library | PPAS Elib (http://ppas.elib.com.my/) dan PPAS Overdrive (http://ppas.celex.com.my/)
Bagi TAHUN 2021, pertandingan ini telah dibahagikan kepada 2 KATEGORI dengan pecahan Fiksyen dan Bukan Fiksyen.
1. Kategori Bahasa Melayu FIKSYEN
2. Kategori Bahasa Melayu BUKAN FIKSYEN
3. Kategori Bahasa Inggeris FIKSYEN
4. Kategori Bahasa Inggeris BUKAN FIKSYEN
Hadiah WANG TUNAI menanti para pemenang!
Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Peserta hanya boleh mengulas E-Buku di bawah hakmilik PPAS (PPAS Digital Library) sahaja. Bahan-bahan bacaan boleh didapati dengan melayari laman web PPAS Elib di http://ppas.elib.com.my/ atau PPAS Overdrive di http://ppas.celex.com.my/ . Anda perlu mendaftar sebagai ahli dan buat pinjaman buku secara atas talian.
Ulasan buku hendaklah dalam format video dan perlu dimuatnaik ke dalam media sosial masing-masing, dan mesti ditandakan dengan tagar dan . Isi alamat pautan (link) video anda di dalam borang penyertaan.
Terus ikuti kami di laman FB dan Instagram Selangor Membaca untuk sebarang maklumat lanjut tentang pertandingan ini.
FB: Selangor Membaca
INSTAGRAM: instagram.com/selangormembaca
Jom baca dan resensi bersama!
Maklumat lanjut tentang pertandingan dan pendaftaran, di sini: https://bit.ly/ResensiSiri2Siri3