18/05/2026
Alhamdulillah, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua murid dan ibu bapa atas ingatan, doa serta hadiah yang diberikan sempena sambutan Hari Guru. Setiap pemberian, walau kecil atau besar, amat bermakna dan menyentuh hati kami sebagai pendidik.
Keikhlasan dan kasih sayang yang ditunjukkan menjadi satu penghargaan yang tidak ternilai buat para guru dalam mendidik dan membimbing anak-anak menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
Semoga segala kebaikan yang diberikan dibalas dengan keberkatan, rezeki yang melimpah serta kejayaan buat anak-anak semua.
“Guru mendidik dengan ilmu, murid menghargai dengan adab dan kasih sayang.” ❤️
Ikhlas daripada,
Warga Guru Sekolah
16/05/2026
06/05/2026