12/01/2026
⛅️PERHIMPUNAN PAGI PERTAMA
🎒Sesi Persekolahan 2026
📣Perhimpunan sulung pembuka tirai bagi sesi 2026
✨Diserikan dengan Amanat dan nasihat daripada Guru Besar Ustazah Siti Fatimah Binti Hj. Juali.
🤲Semoga setiap nasihat yang disampaikan menjadi Doa dan Pedoman, Menguatkan Iman, Menyuburkan Ilmu serta membentuk akhlak yang mulia.
🌿Mudah-mudahan langkah kita sepanjang 2026 sentiasa dalam keredhaan Allah Ta'ala, menuju kejayaan dunia & akhirat ✨📖🕌
12/01/2026
بسم الله الرحمن الرحيم....
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
✨PENDAFTARAN / PERPINDAHAN MURID BARU✨
SAN PETAGAS
Tahun 2 hingga Tahun 6 I Sesi 2026
🔥KINI DIBUKA!🔥
📝Pengambilan borang:
📆 19 JANUARI 2026
📍Sila berurusan di Pejabat Sekolah
⏰Masa :
- 8.00 pagi - 10.30 pagi
- 2.00 petang - 4.30 petang
📌Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar terus dalam minggu yang sama.
📚Tapisan Kemasukan
✍️ Calon WAJIB menduduki Ujian Penilaian Jawi & Al-Quran (UPJA).
✅ Hanya calon yang mencapai markah lulus (UPJA) sahaja akan diterima masuk ke SAN Petagas.
📣Jangan lepaskan peluang, tempat terhad!
🌱 Ayuh bina generasi celik Jawi & Al-Quran bersama SAN Petagas💚✨
-Tahun6
/perpindahanSesi2026
&Al-Quran
11/01/2026
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2026 diucapkan kepada semua murid SAN Petagas🌱✨...
Hari ini kita melangkah dengan semangat dan azam yang baru, membawa harapan, doa dan cita-cita yang tidak pernah padam. Hadir ke sekolah bukan sekadar menuntut ilmu tetapi membina adab dan akhlak yang mulia.
Buka buku dengan niat, buka hati dengan adab. Belajar bukan sekadar mengejar kejayaan, tapi membina diri menjadi insan yang diredhai Allah Ta'ala.
Moga setiap langkah dipandu doa, setiap usaha diberkati dan setiap impian dipermudahkan.
اللهم أمين.....
30/12/2025
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG & GRADUASI TAHUN 6
🌟 Anugerah Tokoh Murid 🌟
Majlis ini turut menyaksikan penyampaian Anugerah Tokoh sebagai pengiktirafan tertinggi kepada murid yang cemerlang secara menyeluruh dan menjadi contoh teladan kepada rakan sebaya, iaitu:
🏅 Anugerah Tokoh Murid Berpotensi
🏅 Anugerah Tokoh Akademik
🏅 Anugerah Tokoh Kokurikulum
🏅 Anugerah Tokoh Sahsiah
🏆 Anugerah Pelajar Cemerlang
Anugerah ini diberikan sebagai penghargaan atas usaha, kesungguhan dan kecemerlangan murid dalam pencapaian mereka pada semester akhir tahun. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
30/12/2025
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG & GRADUASI TAHUN 6
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Graduasi Tahun 6 telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna.
🎓 Graduasi Tahun 6
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para graduan Tahun 6. Hari ini menjadi saksi kepada penutup satu fasa penting dalam perjalanan pendidikan anak-anak. Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi bekalan berharga dan terus menyinari langkah mereka pada masa hadapan.
👨👩👧👦 Ibu Bapa & Tetamu Jemputan
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa dan tetamu jemputan atas sokongan, kehadiran serta doa yang berterusan kepada pihak sekolah dan anak-anak. Sokongan anda menjadi kekuatan utama dalam melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.
04/12/2025
Day 3 – Grand Finale, Akhir Sukaneka! 🎉🏅
Hari ini memang penuh aksi penutup yang paling best! Dari semua acara, setiap murid dari rumah sukan Merah ❤️, Hijau 💚, dan Biru 💙 bersorak sampai hilang suara, kikikiki! 😆
Acara Hari Ini:
🕺 Senamrobik
🎣 Pancing botol
🏃♀️ Larian baton
🎈 Baling belon
🤼♂️ Tarik tali
Selesai sudah 3 hari Sukaneka yang penuh aksi, gelak tawa, persaingan sihat, dan ukhwah persahabatan bagi murid-murid Tahap 1.
Tahniah kepada semua kerana berjaya menjadikan sukaneka tahun ini penuh dengan keceriaan dan kenangan ! 😍✨
04/12/2025
Day 2 – Hari Paling Riuh & “All Out”! 🔥
Subhanallah ! Suasana sukaneka makin meriah dan penuh semangat!
Hari ni murid-murid semua dalam posisi “all set for action”.
Rumah sukan Merah ❤️, Hijau 💚 dan Biru 💙 semua kasi fight habis-habisan arhh. Hari kedua ni memang hari yang paling meriah dan penuh aksi yang takkan murid-murid lupakan! 💪
Acara hari ini :
🎈 Tiup belon
💧 Isi air dalam botol
Pancing getah dalam tepung
⚽ Bawa bola berpasangan
🔴 Bola beracun
04/12/2025
Day 1 – Pembukaan Sukaneka Tahap 1 SAN Petagas 2025 🎉
Acara warm-up untuk hari pertama terus jadi pembuka tirai yang paling meriah !
Awal-awal pagi lagi murid-murid datang dengan excited, macam tidak sabar mau "turun padang" walaupun tempat sukan kita cuma ruang kelas sama perkarangan masjid ja. Tapi bila sukan sudah start—fuhhh… suasana terus jadi macam padang kompleks sukan betul! 🔥
Lain macam betul vibe hari pertama ni.
Rumah sukan Merah ❤️, Hijau 💚 dan Biru 💙 masing-masing terus bikin show dari mula sampai habis. Sorakan dan yell dari rumah sukan masing-masing pun bukan main !
Memang havoc betul opening Day-1 ! bikin semangat mau sambung esok lagi! 🔥🔥🔥
Senarai Acara:
🥄 Bawa Bola Pingpong guna sudu
🚶♂️Jalan berpasangan (ikat kaki)
🎶 Musical Chair
02/12/2025
*🤾🏻♀️LIGA SUKAN SAN PETAGAS SESI 2025⚽️*
TARIKH : 1 & 2 DISEMBER 2025
HARI : ISNIN & SELASA
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL BERBUMBUNG 1, KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PUTATAN
20/11/2025
🌟UPJA 2026 — SAN Petagas! 🌟
Pagi Sabtu yang penuh debaran dan keterujaan…
Dewan Tertutup SAN Petagas menjadi saksi bagaimana anak-anak kecil, calon Tahun 1 sesi 2026, melangkah yakin untuk menduduki Ujian Penilaian BacaanJawi & Al-Quran (UPJA).
Seawal jam 7.30 pagi, satu demi satu wajah comel hadir bersama semangat — pensil di tangan, doa di hati.
💫 Ada yang tersenyum yakin.
💫 Ada yang malu-malu.
💫 Ada juga yang perlu tarik nafas panjang dulu — tapi semuanya mencuba sehabis baik!
Itulah yang menjadikan UPJA ini istimewa, kerana
bukan sekadar ujian, tetapi perjalanan pertama mereka sebagai bakal pelajar SAN Petagas.
Terima kasih kepada ibu bapa yang komited memastikan anak hadir lengkap alat tulis dan bersedia.
Kerjasama anda adalah kunci kelancaran UPJA hari ini!
Semoga yang terpilih nanti menjadi pewaris ilmu yang berakhlak, beradab dan berilmu, insyaAllah.
Hari ini mereka melangkah kecil…
Esok, merekalah harapan ummah 📖
10/11/2025
---
📚 Peperiksaan Semester Akhir Sesi 2025 | Sekolah Agama Negeri (SAN) Petagas 📚
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Selamat menduduki Peperiksaan Semester Akhir Sesi 2025 kepada semua murid Sekolah Agama Negeri (SAN) Petagas).
Semoga kalian diberikan ketenangan hati, kemudahan dalam menjawab, serta dikurniakan kefahaman yang luas oleh Allah SWT. 🌿
Teruskan berusaha dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Jadikan setiap usaha sebagai satu ibadah, dan setiap langkah menuju ilmu sebagai jalan menuju keredhaan Allah Ta'ala. Ingatlah, kejayaan yang sebenar bukan hanya pada keputusan di atas kertas, tetapi pada nilai ilmu yang diberkati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. 🌸
Allah SWT berfirman:
“Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah aku ilmu.”
(Surah Taha, ayat 114)
Rasulullah SAW juga bersabda:
>“Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu,maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Moga setiap usaha, doa dan tawakal kita dihitung sebagai amal yang diberkati.
Selamat maju jaya kepada semua calon — lakukan yang terbaik dan yakinlah bahawa pertolongan Allah itu sentiasa dekat. 🌷
(SAN)Petagas
---
24/10/2025
🔈✨HEBAHAN PENDAFTARAN TAHUN 1 - TAHUN 6 BAGI (SESI 2026)✨🔈
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera🌸
Pihak sekolah dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Pendaftaran murid bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk sesi persekolahan 2026 AKAN DIBUKA pada bulan November ini!!🎒📚.
👉Mohon Ibu Bapa/ Penjaga murid rujuk pada hebahan yang dipaparkan.
🌟Jom daftar awal bila kaunter dibuka nanti!
Pastikan anak-anak anda mendapat tempat dan bersedia melangkah ke tahun persekolahan baharu dengan semangat dan keyakinan baharu💪
📍Dokumen yang perlu disertakan :
✅ 2 keping Salinan Sijil Lahir murid
✅ 2 keping salinan Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga
👉 Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan GURU KELAS anak tuan / puan.
🌈 " Langkah kecil hari ini, adalah kejayaan besar esok hari!"
Mari bersama membentuk generasi cemerlang, Berakhlak dan berilmu💫