Akademi Kajian Rantau Nusantara - AKAR

Akademi Kajian Rantau Nusantara - AKAR AKADEMI KAJIAN RANTAU NUSANTARA
Badan bebas yg membuat pengump**an kajian mengenai rantau nusantara Sebuah wilayah yang menghimpunkan bangsa dan rumpun Melayu.

Sebuah badan bebas yang melakukan kajian dasar dan analisa strategik dengan fokus kajian dan analisa di rantau Nusantara. Kami yakin dan percaya Nusantara mempunyai sejarah gemilang dan kaya dengan khazanah yang belum diterokai sedang ia berpotensi menjadi sebuah tamadun dunia. Atas dasar itu kami mengupayakan segala sumber dan jaringan bagi mengumpulkan maklumat dan data demi untuk mengenalpasti

potensi Asia Timur - Nusantara. AKAR melakukan inisiatif menggali khazanah yang hilang. AKAR melakukan kajian dan analisa lapangan dalam bidang ekonomi, politik, keselamatan serantau, sains & teknologi, sosio-budaya, agama dan sejarah.

Sollu 'alan Nabiy📖 Perkongsian & Diskusi Santai :  Sejarah & Salasilah Syeikh Jumadil Kubra"Membina kembali kekeluargaan...
20/03/2025

Sollu 'alan Nabiy

📖 Perkongsian & Diskusi Santai : Sejarah & Salasilah Syeikh Jumadil Kubra

"Membina kembali kekeluargaan Nusantara menuju Peradaban"

🔥 UMAT AKHIR ZAMAN KEHILANGAN JATI DIRI? KEMBALI KEPADA WARISAN YANG HILANG!

🌍 Krisis umat hari ini:
❌ Hilang jati diri & identiti Islam
❌ Tidak kenal susur galur keturunan ulama & pejuang Islam
❌ Lemah dalam mempertahankan agama & warisan ilmu

💡 *Program ini akan membuka mata anda!
✅ Menjejak salasilah keturunan Nabi di Alam Melayu
✅ Menyelami sejarah dakwah besar yang tersembunyi
✅ Membongkar peranan ulama & pejuang Islam Nusantara
✅ Menyemarakkan kembali kecintaan kepada Nabi & perjuangannya
✅ Memberi solusi untuk membina jati diri Islam dalam dunia moden

📅 Tarikh: 22 Mac 2025
📍 Tempat: Dewan MPM
🕰 Masa: 8.30 pagi - 1.30 tengah hari
🎤 Moderator: Tuan Mohd Khalid Yahya
🎙 Panel: Bonda Tun Suzana

💰 Yuran hanya RM29!

⚡ DAFTAR SEKARANG sebelum tempat penuh!

📲 Klik di sini untuk daftar:

📲 Angah Rizal [https://wa.me/60124885391?text=Pendaftaran%20Seminar]

📲 Kak Su Ummi [ https://wa.me/60133082473?text=Pendaftaran%20Seminar]

🔗 Link untuk pendaftaran & bayaran seminar :
https://forms.gle/6ZkgD7rFUugA11Lu6

Sinopsis Bedah Buku*RAHSIA KEJAYAAN GENERASI SALAHUDIN DAN KEMBALINYA AL-AQSA KE TANGAN UMAT ISLAM*75 tahun penjajahan, ...
10/06/2024

Sinopsis Bedah Buku

*RAHSIA KEJAYAAN GENERASI SALAHUDIN DAN KEMBALINYA AL-AQSA KE TANGAN UMAT ISLAM*

75 tahun penjajahan, pembunuhan, pembantaian, penjarahan, pengusiran dan pendudukan haram atau ringkasnya penghapusan umat atau “genocide” tanpa henti-henti yang ditimpakan kepada rakyat dan bumi Palestin; naratif standard/siyasah ialah keganasan dan kezaliman tanpa peri-kemanusiaan angkara Regim Zionis Israel yang silih-berganti dengan sokongan padu Amerika Syarikat untuk selama-lamanya yang jalan penyelesaiannya ialah usaha-usaha ke arah pembentukan sebuah negara-bangsa atau “nation-state” Palestin dengan yang memilih hanya negara Palestin yang patut wujud atau yang mencadangkan wujudnya kedua-dua negara Palestin dan Israel sebelah menyebelah.

Setelah 75 tahun, mengapa tidak naratif strategik/peradaban diperkenalkan p**a melalui pengajaran sejarah benar lagi muktabar mengenai umat dan bumi Palestin itu sendiri? Sementara kita berpegang terus kepada paradigma “genocide” dan “nation-state” terhadap tragedi umat dan bumi Palestin yang sudah tentunya meruntun jiwa sanubari setiap umat Islam dari sudut emosi, sentimen, retorik dan populisme; mengapa tidak kita menggarap p**a krisis umat dan bumi Palestin ini secara lebih mendalam sebagai pertembungan dendam-kesumat sepanjang-hayat Peradaban Barat terhadap Peradaban Islam yang mana umat dan bumi Palestin merupakan pengkalan terakhir saki-baki penjajahan fizikal-material dan psikologikal-emosional Peradaban Barat terhadap Peradaban Islam.

Buku Rahsia Kejayaan Generasi Salahuddin memandu umat Islam memetakan semula perjalanan dan perjuangan menegakkan ilmu dan negara peradaban melalui susur-galur pemuka-pemuka ilmu, pendidikan dan pemerintahan Islam bermula dari Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang dikembangkan oleh Sultan Para Wali Shaykh Abdul Qadir Al-Jilani dan membentuk Kerajaan Sultan Nuruddin Al-Zinki sebelum dimahkotakan kepada oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi yang merupakan sebahagian dari Gerakan Kebangkitan Peradaban Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui Kerajaan Seljuk dan Kerajaan Ayyubiyyah.

*Prof Madya Dr Amran Mohammad*

Webinar bedah buku - tvsufi.com

12 June 2024 (Rabu)(8.30 -10.30 malam)

Daftar Di Sini >>> https://yup.la/webinarsejarah

PM 01125648642 jika ada masalah teknikal
pendaftaran.

Bagaimanakah pembentukan era kebangkitan Generasi Salahudin Al Ayubi yang bukan dibina hanya dengan 1 malam?Mengapakah P...
10/06/2024

Bagaimanakah pembentukan era kebangkitan Generasi Salahudin Al Ayubi yang bukan dibina hanya dengan 1 malam?

Mengapakah Pembantaian Ummat Islam di Palestin dikatakan penghujung kekuasaan Israel Sebelum Berlakunya Kebangkitan Islam Di Akhir Zaman?

Apakah kesan ummat islam harini yang hanya meratapi kekejaman musuh membantai ummat islam di Palestine sehingga tidak jelas apa yang ingin dilakukakan untuk sebuah kebangkitan?

*DAFTAR SEKARANG - SIRI WEBINAR bersama Prof Madya Dr Amran Muhammad*

'BAGAIMANA GENERASI SALAHUDDIN MEMBEBASKAN PALESTIN? ' pada 12 Jun 2024 (Rabu) jam 8.30 hingga 10.00 malam

30 KEKOSONGAN PENYERTAAN MASIH ADA!

Daftar Di Sini >>> https://yup.la/webinarsejarah

PM 01125648642 jika ada masalah teknikal
pendaftaran.

Tempat limited. Jom join 🙏

_[Siri-Siri Webinar anjuran Tvsufi ini akan diadakan secara berkala pada setiap bulan untuk membudayakan masyarakat untuk cinta akan ilmu pengetahuan di samping menjadi medium penghubung dengan follower tvsufi]_

22/05/2024

Jom bersama memahami naratif Kebangkitan Akhir Zaman. Zoom in hadis era Mulkan Jabariyyan detik peralihan dunia.

Ia pasti berlaku namun dalam waktu yang ditentukan Allah. Apabila ia terjadi dunia tidak akan sama lagi. Untuk berpatah kembali zaman lalu sudah terlambat.

Masa hadapan Peradaban dunia akan ditentukan pada detik peralihan ini. Pertembungan di antara Dunia Baru vs Peradaban Nubuwwah.

Nak tahu lagi, Ayuh Sertai kami Sabtu ini, klik link dibawah tempah seat webinar anda bersama panel Akar sekarang!

https://ezy.la/Pre-order-mulkan-jabariyyan

09/04/2024

ُ مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ.

Andai menuju keluk muara
Sentiasa beringat sarang tempua
Iltizam menang sentiasa membara
Tidak di dunia akhirat bersua.

Maaf Zahir dan Batin.

06/04/2024

Assalamualaikum, Salam 26 hari Ramadan

Menarik tentang gerhana matahari 8hb April ini adalah kupasan cerita dalam kitab Bible buat penganut Kristian. Petikan -

Matthew 12:39 - An evil and adulterous generation seeketh after a sign: and there shall no sign be given to it, BUT THE SIGN OF THE PROPHET JONAH!

Semalam ketika mencari bahan kuliah pagi ini terjumpa dapatan ulasan Pastor dan paderi tg fenomena gerhana dan. Ayat dlm Bible mereka. Mereka sedang sibuk ceramah peringatkan penganut mereka segera bertaubat (repent & redemption) kerana akan berlaku bencana ke atas mereka. Apa versi mereka yg menarik?

1. Gerhana ini akan melintasi 7 pekan atau bandar yang bermula dengan mana Nineveh, contoh

Nineveh, Texas
Nineveh, Indiana
Nineveh Township, Ohio
Nineveh, Pennsylvania
Nineveh, New York
Nineveh, Nova Scotia
Ninevah, Missouri

2. Nineveh rupanya Bandar yang didatangi oleh Jonah iaitu Nabi Yunus bin Matta dalam dakwahnya pada 634 BC. Kata nabi Yunus andai penduduk Nineveh menolak dakwah beriman & bertaubat maka amaranth nescaya Bandar akan ditimpa musibah bencana dihancurkan.

3. Berbetulan dengan fenomena gerhana ia bertepatan dengan constellation CETUS atau Buruj Ikan Paus yg sedang terjadi di langit sekarang . Yang seolah² menggambarkan peristiwa Yunus ditelan ikan. (boleh rujuk search Google)

4. Pada ketika Jonah (Nabi Yunus) masuk ke Kota Nineveh utk berdakwah berlaku gerhana matahari yang sama yang di gelar Bur Sagale

5. Apakah amaran buat kaum. NASRANI dan YAHUDI pada zaman ini. Pada pendapat saya barangkali Tidak lain adalah kekejaman mereka membantu kekejaman Israel kepada bangsa Palestine.

Apakah ini semua kebetulan atau peringatan Allah buat mereka Yahudi & Nasrani.

Apakah ini mungkin amaran akhir buat penganut Kristian atau warga US umumnya sebelum pembalsan kehancuran buat negara mereka yang bersengkokol dengan Isra©il ~

Sekadar pandangan. Wallahualam

Nantikan Kemunculan buku era peralihan Mulkan Jabariyyan pada era khalifah"

kupasan menarik tentang kebangkitan.

https://www.facebook.com/share/v/qx3a1mFtrafUG2rv/?mibextid=oFDknk

Laman web Risalah Jawiلامن ويب رسالة جاويHalaman web khusus untuk Risalah untuk Kaum Muslimin, karangan Tan Sri Prof Sye...
15/03/2024

Laman web Risalah Jawi
لامن ويب رسالة جاوي

Halaman web khusus untuk Risalah untuk Kaum Muslimin, karangan Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas

هلامن ويب خصوص انتوق رسالة قوم مسلمين، کارڠن تن سري ڤروف سيد محمد النقيب العطاس

Kini diisi dengan

• video sharahan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, Prof Madya Dr Khalif Muammar dan Dr Roslan Abd Jelani
• temuramah pembaca Risalah
• karangan-karangan pengenalan dan perbahathan berkenaan Risalah

Kami juga akan mengemaskininya dari masa ke masa dengan kandungan baharu.

Jemput ziyarah:
www.akademijawi.my/risalah



Halaman khusus untuk memashhurkan penerbitan Risalah untuk Kaum Muslimin Jawi. هلامن خصوص انتوق ممشهوركن رسالة انتوق قوم مسلمين جاوي

28/10/2023

Assalamualaikum

Hari ini kita akan berseminar. Buat pertama kali bicara leluhur menampilkan khazanah leluhur Ahlul Bait, apalagi di Alam Melayu.

Kita biasa dengar leluhur Ahlul Bait dari jalur yang ditulis karang oleh Rabitah Alawwiyah yang menampilkan sebaris nama masyhur dan takzim seperti Al Hadad, Al Attas, Al Idrus, Al Saggaf dan lainnya; Semoga Allah memelihara jalur leluhur Nabi yang Mulia.

Kini rumpun leluhur Ahlul Bait sudah menyebar di Rantau ini secara rasmi. Dimuliakan oleh mereka yang dimuliakan. Sesungguhnya nasab Baginda Nabi adalah yang di doakan dan dipelihara dalam kebaikan, Amin.

Namun ada sejarah yang lebih awal tentang hadirnya leluhur nasab Ahlul Bait di Alam Melayu. Seawal abad ke 8 M telah sampai titisan nasab emas yang mulia di Alam Melayu. Sebetulnya di Perlak dan Barus, bukti kehadiran mereka ada. Ia bukan dongeng dan mitos.

Bahkan kehadiran nasab emas ini kekal menjadi benih leluhur terpilih dari kalangan Raja, Ulamak dan pahlawan di Rantau ini ~ apabila Ahlul bait yang datang menetap, berkahwin dan melahirkan zuriat di sini.

Maka terjadi penyebaran titisan darah nasab apabila Ahlul Bait yang datang bersemende dengan bangsa bertuah yang disebut dalam Hikayat Raja Pasai ~ Negeri di bawah Angin.

Yang katanya akan melahirkan ramai kekekasih Allah kelak nanti.

Ironinya sejarah Emas itu hilang, dalam lipatan teks dan manuskrip. Maka tiada dikenal lagi akan sejarah gemilang ini. Gelombang kehadiran awal Ahlul Bait sedari 702M lenyap secara misteri.

Mungkin ada rahsia, mungkin ada hikmah atau mungkin manip**asi sejarah, Wallahualam.

Seminar ini tampil bukan untuk mendakwa atau bermegah tetapi demi sejarah leluhur bangsa. Agar menyatu ketauhidan, adab dan ketamadunan dalam arca sejarah kita.

Sememang sejarah bangsa Melayu telah luput, hilang dan kelam maka terjadilah apa yang di gelar hilang Jati Diri bangsa dan umat ini.

Ketahuilah kita kalah bukan kerana kita lemah tetapi kerana kita tidak menemukan diri kita yang sebenarnya.

Selamat Berseminar.

Pengerusi AKAR

AssalamualaikumSeminar AKAR Esok peluang untuk membongkar rahsia leluhur emas (Ahlul Bait) dan membuka dimensi Memori Si...
27/10/2023

Assalamualaikum

Seminar AKAR

Esok peluang untuk membongkar rahsia leluhur emas (Ahlul Bait) dan membuka dimensi Memori Silam hilang.

Rupanya ada cara untuk meneroka kembali khazanah leluhur yang tersimpan di dalam DNA kita. Leluhur adalah sejarah diri bukan entiti mistik seperti yang kita faham.

Kemungkinan kita bersambung & bertali dengan darah pahlawan, pemerintah, pedagang & pejuang itu ada asal kita tahu sejarah hayat perjuangannya.

Peluang mendengar secara langsung pengalaman peserta & individu yang telah mengalami pembukaan Leluhur dan merungkai misteri yang menyelubungi dirinya.

Temui anda esok di seminar Rahsia Leluhur Emas Di Alam Melayu

Panel 1

Bonda Tun Suzana Othman

Panel 2

Tuan Syahrizal (Abg Teh Syah)

HADIAH BUKU BAGI YANG HADIR KE SEMINAR ~ KANDUNGAN LELUHUR BANGSA MELAYU & JEJAK KEBANGKITAN IMS Dalam "CINTA WATAN"

Jom daftar sekarang

https://kliksini.my/seminar-rahsia-leluhur-emas

27/10/2023

Seminar AKAR akan menampilkan sejarah leluhur Ahlul Bait di Alam Melayu. Kita hadirkan Bonda (Tun) Suzana penulis buku untuk mengupas secara holistik susur galur Ahlul Bait di Alam Melayu.

Sesungguhnya sejarah Ahlul Bait telah dihilangkan dari khazanah sejarah kita. Sejak dari kedatangan mereka di Perlak 702M. Ia lenyap secara misteri.

Kini buat julung kalinya sejarah Ahlul Bait di rungkai dengan lebih terperinci. Pendedahan yang akan menjadi petunjuk naratif kebangkitan akhir zaman di Alam Melayu.

Sejarah LELUHUR EMAS adalah khazanah warisan bangsa yang hilang. Hanya setelah diketahui maka ia akan gemilang.

Kita tampilkan Tuan Syahrizal Teh Syah (Panel perunding Peradaban Sufi AKAR) dalam merungkai misteri yang menyelubungi dan kekeliruan yang terpendam bakal terlerai dibongkar secara tuntas di dalam seminar Rahsia Leluhur Emas ini.

Ketahuilah bahawa kita bangsa bertuah yang diberi anuegrah dan memiliki 'teknologi karamah insaniah' yang tersimpan dalam Memori Genetik diwarisi dari leluhur.

Masanya sudah tiba untuk menelusuri sejarah Emas ini.

Sertai kami dalam seminar Rahsia Leluhur Emas Di Alam Melayu dengan klik link ini sekarang....

https://kliksini.my/seminar-rahsia-leluhur-emas

AKAR menampilkan sebuah lagi seminar mega bersama coach Badrul (Eyang) dalam meneroka rahsia dan hikmah surah al Fatehah...
13/10/2023

AKAR menampilkan sebuah lagi seminar mega bersama coach Badrul (Eyang) dalam meneroka rahsia dan hikmah surah al Fatehah.

Menelusuri ibrah ayat yang mengandungi makna dan hikmah dalam memperkasa hakikat diri.

"Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”

(Al-Isra’: 82)

Peluang buat anda merungkai hakikat diri dalam menempuh cabaran kehidupan. Sebuah kembara yang perlu diterokai. Al Quran adalah sebaik-baik pedoman dan petunjuk.

Telah tiba masanya kita bersungguh mengambil ibrah surah al Fatehah dalam menyuluh sisi getir yang bakal ditempuh.

Percayalah kita adalah sebaik-baik kejadian mahkluk, mempunyai tanggungjawab memikul amanah kekhalifahan.

Maka kita tidak boleh lemah, pasrah & tewas dalam mengharungi kehidupan ini, Ayuh bersama dalam seminar mengambil ibrah Al Fatehah sebagai kunci pembuka kehebatan diri.

Klik
https://bit.ly/penghayatanalfatihah

Kenapa anda perlu menyertai ~

1) merungkai hikmah al fatehah dalam meneroka hakikat Ketuhanan (Roob)

2) Menelusuri ibrah al Fatehah dalam memupuk kekentalan dalam kehidupan

3) Meneroka makna Pembimbing hakiki dalam menempuh tribulasi

Bonus # menggapai Solat yang benar & mencari titik ketenangan

‼️ *DAFTAR SEKARANG SEMINAR PENGHAYATAN AL-FATIHAH UNTUK SOLUSI HIDUP* ‼️

https://bit.ly/penghayatanalfatihah

Alhamdulilah AKAR telah memulakan kelas Bimbingan MMB 3.0 nya. Seramai 80 peserta menyertai sesi kaki ini selama sebulan...
19/09/2023

Alhamdulilah AKAR telah memulakan kelas Bimbingan MMB 3.0 nya. Seramai 80 peserta menyertai sesi kaki ini selama sebulan (30 hari).

Kelas Bimbingan istimewa ini memberi peluang ilmu buat peserta membina Jati Diri. Kelas Bimbingan yang menghimpunkan pengajian Tauhid Sifat 20, Sejarah Leluhur ilmu Akhir Zaman (ESKATOLOGI), Peradaban Sufi.

Kelas Bimbingan ini disuluh berdasarkan kitab Tauhid Makrifatullah & MakrifatufRasul, kitab Mizanul Amal imam Al Ghazali, kitab An Nihaya fil Fitan wal Malahim ibnu Katsir dll.

Ia adalah kelas Bimbingan untuk mendidik anak Bangsa agar mantap keyakinan pada Allah dengan ketauhidan yang benar, memiliki adab akhlak yang ditunjukkan Baginda Nabi dan mengupaya pembinaan Peradaban Bangsa berteraskan keSufian (Cinta dan damai).

Address

3A-1 Jalan PPS 2
Pusat Perdagangan Selaseh
68100

Telephone

+60361781551

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Kajian Rantau Nusantara - AKAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Kajian Rantau Nusantara - AKAR:

Shortcuts

Share