Sekolah Kebangsaan Pusa

Sekolah Kebangsaan Pusa Sekolah Kebangsaan Pusa
94950 Pusa,
Betong,
Sarawak

🌷 HARI PERMUAFKATAN SK PUSA 2026 🌷Alhamdulillah, selesai sudah Hari Permuafakatan SK Pusa yang telah berlangsung pada ha...
13/08/2026

🌷 HARI PERMUAFKATAN SK PUSA 2026 🌷

Alhamdulillah, selesai sudah Hari Permuafakatan SK Pusa yang telah berlangsung pada hari ini. 🤍

Program ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa serta penjaga dalam usaha bersama-sama memastikan perkembangan akademik, sahsiah dan kemenjadian murid sentiasa diberi perhatian. 📚✨

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir, meluangkan masa serta memberikan sokongan yang berterusan kepada pihak sekolah. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan amat bermakna dalam membentuk kecemerlangan anak-anak. 🌸

Semoga jalinan kerjasama yang erat ini terus diperkukuh demi masa depan anak-anak SK Pusa yang lebih gemilang. 🌟


|| 12 Ogos 2026 || Rabu || 🥳 TAHNIAH!! 🥳Setinggi-tinggi tahniah pasukan Prasekolah Zon Betong telah berjaya meraih Tempa...
12/08/2026

|| 12 Ogos 2026 || Rabu ||

🥳 TAHNIAH!! 🥳

Setinggi-tinggi tahniah pasukan Prasekolah Zon Betong telah berjaya meraih Tempat Ketiga dalam Karnival Futsal Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2026. Tahniah adik Afeef Eshan, guru pengiring serta team Prasekolah Zon Betong atas kejayaan ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada semangat kesukanan untuk masa hadapan.
Anda semua memang hebat 🤩

09/08/2026

🇲🇾 MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK PUSA 2026 🇲🇾

Dengan penuh semangat patriotik, warga SK Pusa bersama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2026 melalui Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah.

Majlis ini menjadi simbolik kepada usaha menyemai rasa cinta akan negara, menghargai kemerdekaan serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Sambutan di peringkat sekolah turut menjadi ruang terbaik untuk murid mengenali sejarah, menghargai jasa pejuang terdahulu dan menghayati erti kemerdekaan. 🇲🇾❤️

Semoga semangat Malaysia MADANI, patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air terus subur dalam jiwa setiap warga SK Pusa.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾🔥







|| INFO RASMI || 28 JULAI 2026 || SELASA ||🌟 Setinggi-tinggi Tahniah! 🌟Warga sekolah merakamkan ucapan tahniah dan syaba...
28/07/2026

|| INFO RASMI || 28 JULAI 2026 || SELASA ||

🌟 Setinggi-tinggi Tahniah! 🌟

Warga sekolah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada para guru yang telah berjaya memperoleh Sijil Gemini for Education.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada pengintegrasian teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam PdP serta meningkatkan lagi kualiti pendidikan di sekolah.

Teruskan melakar kecemerlangan, berinovasi dan menginspirasi demi melahirkan generasi masa hadapan yang berdaya saing.
Terima kasih USTP BETONG atas penghargaan ini.

Tahniah sekali lagi! 👏📚✨


28 Julai 2026 | SK Pusa | Laporan Pada 28 Julai 2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua 32 orang guru SK Pusa yang berjaya memperolehi Sijil Antarabangsa Gemini Certified Educator.

Layari laman rasmi pensijilan Google di
https://educertifications.google/

Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada semua sekolah di Betong untuk terus melangkah bersama dalam transformasi pendidikan digital.


|| 24 JULAI 2026 || JUMAAT ||Setinggi-tinggi tahniah kepada murid PPKI adik Micheal dan adik Sharifah dalam acara Badmin...
24/07/2026

|| 24 JULAI 2026 || JUMAAT ||

Setinggi-tinggi tahniah kepada murid PPKI adik Micheal dan adik Sharifah dalam acara Badminton Pendidikan Khas Peringkat Bahagian Betong 2026. Pencapaian yang membanggakan adik Micheal menang bagi acara LB12 tahun yang akan mewakili Bahagian Betong ke Sri Aman.

Tahniah juga kepada jurulatih yang gigih melatih sehingga mereka berjaya membawa kemenangan kepada PPKI SK Pusa khususnya.

Terus melangkah menuju kejayaan! 🌟

|| 24 JULAI 2026 || KHAMIS ||🦷 MY BRUSH HOUR 2026🪥Alhamdulillah, Program My Brush Hour 2026 telah berjaya dilaksanakan d...
23/07/2026

|| 24 JULAI 2026 || KHAMIS ||

🦷 MY BRUSH HOUR 2026🪥

Alhamdulillah, Program My Brush Hour 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama erat antara Klinik Pergigian SK Pusa, Kelab Doktor Muda SK Pusa, warga sekolah serta murid-murid yang terlibat.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang teknik memberus gigi yang betul, malah berjaya memupuk kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan mulut dan kesihatan pergigian sejak usia muda.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini terutamanya Klinik Pergigian SK Pusa. Semoga amalan memberus gigi dua kali sehari terus menjadi budaya dalam kehidupan seharian demi melahirkan generasi yang sihat, ceria dan berkeyakinan.

Senyuman yang sihat bermula dengan penjagaan gigi yang baik. 🦷✨


|| HEBAHAN RASMI ||CUTI UMUM SEMPENA HARI SARAWAK 2026Dimaklumkan bahawa Rabu, 22 Julai 2026 merupakan Cuti Umum Sempena...
21/07/2026

|| HEBAHAN RASMI ||

CUTI UMUM SEMPENA HARI SARAWAK 2026

Dimaklumkan bahawa Rabu, 22 Julai 2026 merupakan Cuti Umum Sempena Hari Sarawak.

Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Pusa cuti pada tarikh tersebut. Sesi persekolahan akan disambung semula seperti biasa pada Khamis, 23 Julai 2026.

Semoga sambutan Hari Sarawak ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian serta rasa cinta terhadap negeri Sarawak yang kita banggakan.

Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026 🥳
❤️🖤💛Sarawak Maju Makmur💛🖤❤️

Lawatan dari pihak DID Betong berkaitan pembinaan baru Kuates Guru dan sebuah surau di Sk Pusa.  Moga bergantinya kediam...
16/07/2026

Lawatan dari pihak DID Betong berkaitan pembinaan baru Kuates Guru dan sebuah surau di Sk Pusa. Moga bergantinya kediaman guru yang lama serta usang ini dengan bangunan baru berjalan lancar dan memberi manfaat kepada warga Sk Pusa khasnya guru dan murid amnya.

🎉 Sambutan Hari Jadi Murid Asrama SK Pusa Fasa 1 🎂Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriahnya Sambutan Hari Jadi M...
15/07/2026

🎉 Sambutan Hari Jadi Murid Asrama SK Pusa Fasa 1 🎂

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriahnya Sambutan Hari Jadi Murid Asrama SK Pusa Fasa 1 bagi meraikan murid-murid yang dilahirkan pada bulan Januari hingga Jun.

Semoga sambutan yang sederhana ini dapat menceriakan mereka, mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga asrama, serta menjadi kenangan yang indah sepanjang berada di SK Pusa.

Selamat Hari Lahir kepada semua murid yang diraikan. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dalam menuntut ilmu, menjadi anak yang soleh dan solehah, serta terus berjaya pada masa hadapan.

Selamat Hari Lahir! 🎂🎈🎁

|| 15 JULAI 2026 || Penyampaian sijil dan piala kepada adik Afeef Eshan bin Sofian atas kejayaan dalam Karnival Edusport...
15/07/2026

|| 15 JULAI 2026 ||

Penyampaian sijil dan piala kepada adik Afeef Eshan bin Sofian atas kejayaan dalam Karnival Edusport bagi pelajar Prasekolah. Penyampaian sijil dan piala disempurnakan oleh Encik Ali bin Panel Guru Besar SK Pusa dan diiringi Puan Hafsah binti Hj Lit Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Tahniah kepada adik Afeef Eshan bin Sofian dan semoga beroleh kejayaan di Mukah nanti.

Address

SK Pusa
Pusa
94950

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6083465106

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Pusa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share