23/08/2026
Kepada,
Semua Staff,
Semua Ibubapa Murid,
PPKI,Tingkatan 1-5
*π’ PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH TERJEJAS JEREBU*
Merujuk kenyataan Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pembukaan Semula Sekolah-Sekolah Terjejas Jerebu bertarikh 23.08.2026 dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2019 bertarikh 15 Januari 2019 adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini bagi Daerah Betong dan Sri Aman adalah di bawah 200. Sehubungan itu, *Sekolah akan beroperasi seperti sediakala mulai 24.8.2026 (Isnin)*.Sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa kesemasa.
2 . Langkah -langkah pencegahan seperti berikut hendaklah dipatuhi.
1. Dikawasan Beladin Status IPU :berdasarkan bacaan *Station APM Sri Aman,178. Dan melebihi 100,*TIDAK SIHAT* Semua aktiviti diluar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah diberhentikan sehingga IPU kurang daripada bacaan 100.
2. Aktiviti kokurikulum β ditangguh sehingga bacaan kurang daripada 100.
3. Semua aktiviti seperti *Sukan, Pendidikan Jasmani, Perhimpunan dan Program luar* hendaklah ditangguhkan.
4. Pastikan murid membawa bekalan air minuman bersih mencukupi dan galakkan murid membawa air minuman sendiri.
5. Murid dinasihatkan memakai pelitup muka yang sesuai.
6. Pakaian semua staff dan murid adalah separa rasmi @ pakaian sukan.
Sehubungan itu, semua guru diminta untuk sentiasa peka dan alert terhadap bacaan IPU serta keadaan semasa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa menjadi keutamaan.
Kerjasama dan perhatian semua warga sekolah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
*PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN*
SMK Beladin
23 Ogos 2026