SMK Pusa - Rasmi

SMK Pusa - Rasmi Laman FB ini merupakan laman rasmi SMK Pusa sejak 2020

🏐 KAPSUL KEJOHANAN | DAY 5KEJOHANAN BOLA JARING MSSS 2026Link YouTube : https://youtu.be/rlAsn7ItH4ALima hari yang penuh...
02/08/2026

🏐 KAPSUL KEJOHANAN | DAY 5
KEJOHANAN BOLA JARING MSSS 2026

Link YouTube : https://youtu.be/rlAsn7ItH4A

Lima hari yang penuh semangat, dedikasi dan persaingan akhirnya melabuhkan tirai. Hari terakhir Kejohanan Bola Jaring MSSS 2026 menjadi saksi kepada aksi kemuncak yang mendebarkan, semangat juang yang tidak pernah luntur serta lahirnya juara-juara baharu.

Tahniah dan syabas kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai kejohanan, sukarelawan serta penyokong yang telah menjayakan kejohanan ini dengan penuh semangat kesukanan dan profesionalisme.

🎥 Saksikan KAPSUL KEJOHANAN DAY 5 yang merakam detik-detik terbaik, aksi final yang mendebarkan serta momen penuh bermakna sepanjang hari penutup kejohanan.

🏆 Keputusan Akhir Kejohanan
🥇 Juara Bawah 12: Bintulu
🥇 Juara Bawah 15: Sibu
🥇 Juara Bawah 18: SSNTJ

Terima kasih kepada semua yang mengikuti liputan kami dari Hari 1 hingga Hari 5. Semoga Kejohanan Bola Jaring MSSS 2026 terus menjadi pentas melahirkan atlet-atlet berbakat yang akan mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia pada masa hadapan.

SUBSCRIBE channel Progresif TV SMK Pusa. Terima kasih 🫰🏼

PROGRAM SAFE 20 CABUT UGAKTarikh : 31/7/2026 (Jumaat)Masa : 2.30 – 4.30 ptgTempat : BIKOKehadiran adalah WAJIB. Hanya mu...
31/07/2026

PROGRAM SAFE 20 CABUT UGAK

Tarikh : 31/7/2026 (Jumaat)
Masa : 2.30 – 4.30 ptg
Tempat : BIKO

Kehadiran adalah WAJIB. Hanya murid dari kelas 5FG yang buat kerja kursus PSV petang ni sahaja dikecualikan.

📚✨ 30 HARI MENCINTAI AINS ✨📚🌟 Jom sahut cabaran membaca selama 30 hari!Mulakan langkah kecil hari ini untuk membina ilmu...
31/07/2026

📚✨ 30 HARI MENCINTAI AINS ✨📚

🌟 Jom sahut cabaran membaca selama 30 hari!
Mulakan langkah kecil hari ini untuk membina ilmu, meningkatkan budaya membaca dan merekod setiap bacaan dalam Sistem AINS.

📅 Tempoh : 1 Ogos 2026 – 30 Ogos 2026*

📖 Apa yang perlu anda lakukan?
✅ Baca buku setiap hari.
✅ Rekod bacaan dalam Sistem AINS.
✅ Semua jenis buku diterima termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan lain-lain bahasa.
✅ Had rekod: 30 buah buku sehari.

🏆 Ganjaran Menanti!
🎁 TIGA orang murid dengan rekod bacaan tertinggi akan membawa pulang hadiah istimewa!

📚 Setiap helaian yang dibaca membuka pintu kejayaan.

❤️ Baca Hari Ini, Rekod di AINS, Menang Hadiah! ❤️

Assalamualaikum dan salam Progresif Pusa✅Jadual pelaksanaan UTQH AA 2 untuk tingkatan 4.✅UTQH bermula 4/8/2026 (Selasa) ...
31/07/2026

Assalamualaikum dan salam Progresif Pusa

✅Jadual pelaksanaan UTQH AA 2 untuk tingkatan 4.

✅UTQH bermula 4/8/2026 (Selasa) dan 5/8/2026 (Rabu) bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

✅Pelajar dikehendaki membawa buku UTQH untuk melancarkan bacaan dan hafazan sebelum ditaksir.

✅Pelajar mesti berada di bilik kuarantin dalam keadaan senyap.

✅Kehadiran adalah wajib. Tidak hadir, dikira gagal subjek Pendidikan Islam AA 2.

✅GK T4 tolong war-warkan kepada kelas masing-masing.

Sekian,terima kasih.

“Sepakat Membina Jaya”

Salam Progresif. Tahniah kepada wakil SMK Pusa iaitu Azib Eshan Bin Abu Talip dan Hidayyat Bin Jamali telah berjaya mera...
24/07/2026

Salam Progresif.

Tahniah kepada wakil SMK Pusa iaitu Azib Eshan Bin Abu Talip dan Hidayyat Bin Jamali telah berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Nyanyian Duo/Duet Karnival Seni dan Sukan Asrama Sekolah Harian Peringkat Daerah Betong.

Setinggi-tinggi tahniah kepada para peserta atas usaha, komitmen dan persembahan yang membanggakan.

Terima kasih juga kepada pihak pentadbir, guru pembimbing, rakan-rakan guru serta semua yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan sepanjang persediaan pertandingan ini.

Good Evening and Salam Progresif.FYI, members of SMKP, our students have achieved an outstanding results at the Betong D...
23/07/2026

Good Evening and Salam Progresif.

FYI, members of SMKP, our students have achieved an outstanding results at the Betong District Level in the 2026 SCRABBLE Competition, which was held on 15-16 July 2026.

Heartiest congratulations to the Champion 🏆
1) NASH NORGY RAQIMIE BINTI SAPAI'EE (4A)
2) AZIB ESHAN BIN ABU TALIP(4A)

Pertandingan Gema Pantun Warisan Madani di SMK Saribas. Pasukan SMK Pusa telah dapat tempat ketiga.Terima kasih kepada s...
23/07/2026

Pertandingan Gema Pantun Warisan Madani di SMK Saribas. Pasukan SMK Pusa telah dapat tempat ketiga.

Terima kasih kepada semua pihak pengurusan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan.

Rumusan Kejohanan Hoki MSS Sarawak 2026 18tkb:Sebagai makluman, 3 pelajar dari SMK Pusa telah terpilih untuk mewakili ba...
23/07/2026

Rumusan Kejohanan Hoki MSS Sarawak 2026 18tkb:

Sebagai makluman, 3 pelajar dari SMK Pusa telah terpilih untuk mewakili bahagian Betong dalam Kejohanan Hoki MSS Sarawak 2026 18tkb kategori perempuan di Stadium Padungan, Kuching pada 13 - 17 Julai 2026.

Pelajar tersebut adalah:
1. Mia Sara 3B
2. Myrza Qaleesha 3C
3. Putri Fatin Emelda 2F

Alhamdulillah, pasukan Hoki Betong kategori 18tkb perempuan telah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut.

Terima kasih kpd PIBG SMK Pusa di atas sumbangan kewangan bagi yuran penyertaan murid dalam Kejohanan ini. Tak lupa juga sokongan moral dari pihak pentadbir sekolah yang sangat padu.

Diharapkan tahun hadapan, terdapat wakil pelajar dari sekolah kita terpilih untuk mewakili Sarawak di peringkat Kebangsaan...

Terima Kasih

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Berikut merupakan pelaporan bagi Msss Sarawak Sepak Takraw. Terima kasih diucapkan ...
23/07/2026

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Berikut merupakan pelaporan bagi Msss Sarawak Sepak Takraw. Terima kasih diucapkan kepada Tuan pengetua dan pihak pentadbir atas sokongan yang diberikan. Tidak dilupakan Pibg yang banyak membantu dan rakan2 guru yang banyak tolong masuk kelas sepanjang 2 minggu Persiapan dan kejohanan Msss sarawak. Terima kasih semua.

Salam progresif. Pencapaian luar biasa untuk anak-anak ini yang pertama kali menyertai pertandingan ini. Well done 👏🏻
23/07/2026

Salam progresif. Pencapaian luar biasa untuk anak-anak ini yang pertama kali menyertai pertandingan ini. Well done 👏🏻

Address

KM1, Jalan Besar Pusa
Pusa
94950

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:30
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 16:30
Thursday 07:00 - 16:30
Friday 07:00 - 11:30

Telephone

+6083465133

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Pusa - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category