23/10/2024
Penjelasan Hakikat perpecahan umat melalui firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Mu’minun
فَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُم بَيْنَهُمْ زُبُرًا ۖ كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ • فَذَرْهُمْ فِي غَمْرَتِهِمْ حَتَّىٰ حِينٍ • أَيَحْسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُم بِهِ مِن مَّالٍ وَبَنِينَ • نُسَارِعُ لَهُمْ فِي الْخَيْرَاتِ ۚ بَل لَّا يَشْعُرُونَ •
Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.
Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu.
(Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).
[Surah Al-Mu’minun:53-56]
Penjelasan ayat,
Ringkasan dari ayat 53 hingga ayat 55 : “Perpecahan umat berlaku kerana kekeliruan tentang masalah Tauhid, iaitu kerana kesyirikan dan terpedaya dengan kesenangan hidup yang melimpah ruah sebagai petanda baik bahawa bawakannya adalah benar”.
Al Baghwi dalam kitabnya berkata: “Kemudian mereka berpecah belah dalam urusan mereka iaitu “urusan agama mereka”, “lalu mereka berpecah-belah secara berpuak-puak, ada jadi yahudi, jadi nasrani, jadi majusi dan sebagainya” Perkataan زُبُرًا bermaksud “Berpuak-puak, berpotongan-potongan, bermacam ragam”,… Beliau menambah: “Al Qatadah dan Mujahid berkata: زُبُرًا bermaksud kitab-kitab ertinya setiap golongan berpegang kepada kitab selain kitab yang dipegang oleh golongan yang lain”..
Ibn Katsir dalam kitabnya berkata: “Maksud كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ iaitu: mereka bergembira dengan kesesatan yang mereka ada; Kerana mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.. Oleh kerana itulah Allah Ta’ala berikan kecaman dan ancam keatas mereka: "فَذَرْهُمْ فِي غَمْرَتِهِمْ حَتَّىٰ حِينٍ " (Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.)”
Al Baghwi berkata : Ibn Abbas berkata: “Maksud غَمْرَتِهِمْ adalah dalam kekufuran mereka dan kesesatan mereka”, dikatakan “dalam kebutaan mereka, dalam kelalaian mereka”
Penerangan ayat 55 dan 56 dari Tafsir Al Mukhtasor: “Apakah golongan-golongan yang merasa bangga dengan golongannya itu mengira bahwa apa yang Kami kurniakan pada mereka, berupa harta dan anak-anak di kehidupan dunia ini, merupakan kebaikan yang disegerakan lagi berhak mereka terima?! Nyatanya, tidaklah seperti yang mereka sangka, sebab Kami kurniakan semua itu sebagai bentuk istidrāj, akan tetapi mereka tidak menyedarinya sedikit pun.”
p/s: Mungkin perpecahan umat ibarat seperti gambar aneka kueh dibawah.