PTAR Cawangan Selangor

PTAR Cawangan Selangor Facebook Rasmi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor.

Kampus Puncak Alam, Puncak Perdana, Kompleks Alam Bina, Sungai Buloh, Selayang, Teluk Intan & Dengkil

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448 H / 2026 M25 OGOS 2026 ( SELASA )Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTA...
24/08/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448 H / 2026 M

25 OGOS 2026 ( SELASA )

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor tidak beroperasi secara fizikal pada 17 JUN 2026 ( RABU ) dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada

26 OGOS 2026 ( RABU ).

Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan perpustakaan digital dengan melayari laman sesawang perpustakaan UiTM.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐๐“๐€๐‘ ๐”๐‚๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UCS pada hari ini telah menerim...
24/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐๐“๐€๐‘ ๐”๐‚๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UCS pada hari ini telah menerima kehadiran seorang pelajar latihan industri (Ijazah Sarjana Muda) dari Universiti Selangor (UNISEL)

PTAR UCS dengan penuh penghargaan mengalu-alukan kehadiran pelajar latihan industri bagi menjalani sesi pembelajaran praktikal di perpustakaan ini. Diharapkan peluang ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimba pengalaman berharga, meningkatkan kemahiran serta memperluas pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Semoga segala ilmu dan pendedahan yang diperoleh sepanjang tempoh latihan ini dapat menjadi asas kukuh dalam membina kerjaya pada masa hadapan.

Selamat menjalani latihan industri dan semoga terus cemerlang dalam setiap amanah yang diberikan.

SIRI WEBINAR: PENYELIDIKAN | SIRI 2Konsultasi Integrasi Profil Penyelidik: Google Scholar, Scopus & Web of Science Telah...
24/08/2026

SIRI WEBINAR: PENYELIDIKAN | SIRI 2

Konsultasi Integrasi Profil Penyelidik: Google Scholar, Scopus & Web of Science

Telah berlangsung sesi webinar yang memberi pendedahan dan panduan kepada para penyelidik dalam mengurus serta mengintegrasikan profil penyelidik di platform Google Scholar, Scopus dan Web of Science.

Perkongsian oleh En. Amir Muhamad Shafie, Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, diharapkan dapat membantu meningkatkan keterlihatan, ketepatan dan impak profil penyelidik.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah meluangkan masa dan menyertai sesi ini. Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat serta dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh jejak dan keterlihatan akademik masing-masing.

Kenali profil. Kukuhkan jejak. Tingkatkan impak penyelidikan.

21/08/2026

PHARMACY STUDENTS, THIS ONEโ€™S FOR YOU! ๐Ÿ‘€๐Ÿ“š

๐Ÿ“š New Arrival | Faculty of Pharmacy

New books are here! Discover new references for Pharmacy, Pharmacology, Pharmaceutical Sciences and more.

๐Ÿ“ Available now at PTAR.
Come & check them out! โœจ

LAWATAN KERJA DARI PERPUSTAKAAN HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUKHRIZPerpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Puncak A...
20/08/2026

LAWATAN KERJA DARI PERPUSTAKAAN HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUKHRIZ

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Puncak Alam telah menerima satu lawatan kerja dari Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM).

Lawatan ini diketuai oleh Encik Azlan Mohamad Hamzah, Ketua Perpustakaan HCTM bersama seramai 20 orang yang terdiri oleh Pustakawan, Pembantu Pustakawan dan Pembantu Tadbir.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan strategik, perkongsian ilmu dan kerjasama antara kedua-dua pihak melalui pertukaran pengalaman serta amalan terbaik antara Perpustakaan HCTM dan PTAR UCS.

18/08/2026

NEW ARRIVAL KAMPUS DENGKIL
Title: Legal Research And Writing Methods
Location: PTAR Kampus Dengkil

legal and social research methods explains the nature, purpose and principles of legal research and the methods used in carrying out a research project. Althought the book deals with a variety of aspects relevant to research, its main focus is the reader who wishes to pursue research as a step towards the acquisition of a higher qualification





18/08/2026

Send a message to learn more

๐Œ๐”๐‹๐€ ๐’๐„๐Œ๐”๐‹๐€ ๐— ๐๐“๐€๐‘ ๐‡๐”๐๐“17 Ogos 2026 - Program MulaSemula ###VII Architectural Student Workshop 2026 (37th ASW) telah ber...
18/08/2026

๐Œ๐”๐‹๐€ ๐’๐„๐Œ๐”๐‹๐€ ๐— ๐๐“๐€๐‘ ๐‡๐”๐๐“

17 Ogos 2026 - Program MulaSemula ###VII Architectural Student Workshop 2026 (37th ASW) telah berlangsung dengan jayanya di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Puncak Alam, menerusi aktiviti Treasure Hunt @ PTAR dengan kerjasama Fakulti Alam Bina, Kampus Puncak Alam.

Aktiviti ini menggabungkan elemen pembelajaran, penerokaan sumber maklumat dan interaksi dalam suasana yang santai serta menyeronokkan. Para peserta berpeluang mengenali dengan lebih dekat perkhidmatan dan sumber perpustakaan, khususnya sistem PERMATA UiTM sebagai platform pencarian bahan rujukan serta penerokaan koleksi perpustakaan.

Lebih istimewa, hampir 100 orang pelajar daripada 20 universiti awam seluruh Malaysia telah berkunjung dan meneroka ruang serta kemudahan PTAR sempena program bertaraf kebangsaan ini. Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan suasana PTAR, malah membuka ruang kepada perkongsian pengalaman, pencarian ilmu dan pembinaan jaringan dalam kalangan mahasiswa bidang seni bina.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Fakulti Alam Bina, Kampus Puncak Alam atas kepercayaan memilih PTAR sebagai lokasi aktiviti. Tahniah juga diucapkan atas penganjuran MulaSemula ###VII Architectural Student Workshop 2026 yang penuh bermakna dan memberi pengalaman baharu kepada para peserta.

PTAR โ€” Ruang Ilmu, Ruang Inspirasi, Ruang Meneroka.

๐“๐š๐ญ๐š๐œ๐š๐ซ๐š ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐‘๐ž๐ค๐จ๐ ๐€๐ฐ๐š๐ฆ: ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐‘๐ž๐ค๐จ๐ ๐๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐กSektor Sumber dan Teknologi Pendidikan...
17/08/2026

๐“๐š๐ญ๐š๐œ๐š๐ซ๐š ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐‘๐ž๐ค๐จ๐ ๐€๐ฐ๐š๐ฆ: ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐‘๐ž๐ค๐จ๐ ๐๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menjemput Puan Siti Fazlina Mohamed Raffi sebagai penceramah bagi sesi perkongsian Tatacara Pelupusan Rekod Awam, yang memberi fokus kepada aspek pengurusan dan pelupusan rekod di Pusat Sumber Sekolah.

Sesi perkongsian ini menekankan tatacara, prosedur serta amalan pengurusan pelupusan rekod awam yang sistematik, teratur dan selaras dengan peraturan serta ketetapan yang sedang berkuat kuasa.

Perkongsian ilmu ini diharapkan dapat memperkukuh kefahaman dan meningkatkan kompetensi warga pendidikan dalam melaksanakan pengurusan rekod yang cekap, teratur dan berintegriti, khususnya dalam memastikan proses pelupusan rekod di Pusat Sumber Sekolah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atas kepercayaan dan jemputan yang diberikan kepada PTAR bagi menjayakan sesi perkongsian ilmu ini.

Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus diperkasa dalam usaha memperkukuh budaya pengurusan rekod yang berkualiti serta menyokong kecemerlangan ekosistem pendidikan di Negeri Selangor.

๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š๐ค๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค & ๐‡๐š๐ซ๐ญ๐š ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ฅ๐ž๐ค ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐…๐’๐ŠPerpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor meraka...
17/08/2026

๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š๐ค๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค & ๐‡๐š๐ซ๐ญ๐š ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ฅ๐ž๐ค ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐…๐’๐Š

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih atas penyertaan aktif warga Fakulti Sains Kesihatan dalam Sesi Taklimat dan Hands-On Cadangan Pembelian Buku Rujukan Bersama Fakulti Sains Kesihatan.

Program ini dianjurkan khas bagi memastikan koleksi bahan rujukan di perpustakaan sentiasa relevan, terkini, dan memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran, serta penyelidikan dalam bidang Sains Kesihatan. Di samping itu, sesi ini bertujuan memastikan pengurusan peruntukan dapat dilaksanakan secara efisien dan dimanfaatkan secara optimum mengikut keutamaan kursus yang ditawarkan.

Melalui sesi praktikal ini, para peserta dibimbing secara terus (step-by-step) untuk membuat semakan dan pemilihan judul rujukan ilmiah yang berimpak tinggi. Selain itu mereka juga turut diajarkan cara mendeposit bahan Harta Intelek ke dalam Sistem PERMATA.

Butiran Program:

Tarikh: 17 Ogos 2026 (Rabu)
Masa: 9.30 โ€“ 11.30 Pagi
Tempat: Makmal Komputer 1, Aras 4, FSK
Penceramah:
Pn. Hafiza Mustape (Pustakawan Kanan)
Pn. Nurul Nadiah Harun (Pustakawan)

Sesi ini turut dijayakan bersama oleh staf PTAR serta pelajar latihan industri dari Fakulti Sains Maklumat. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini!

Address

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Puncak Alam
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 08:30 - 04:45
Tuesday 08:30 - 04:45
Wednesday 08:30 - 04:45
Thursday 08:30 - 04:45
Friday 08:30 - 04:45
Saturday 08:30 - 04:45

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PTAR Cawangan Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PTAR Cawangan Selangor:

Shortcuts

Share