Tadika Emaan Kindy Alam Suria Puncak Alam

Tadika Emaan Kindy Alam Suria Puncak Alam We offer Fun & Effective Learning Programme for your beloved children! REGISTER NOW!

11/03/2022
14/02/2022
14/02/2022

🌹 Assalamualaikum dan selamat pagi ibubapa yang hebat. Moga terus dikurniakan kesihatan yang baik , dijauhkan daripada segala penyakit dan bahaya serta terus dimurahkan rezekinya.

🌺Setiap yang hidup pasti akan mati, jadi perjalanan kehidupan kita didunia ini perlulah diperbanyakkan dengan amalan2 yang boleh menjadi persiapan kita untuk dibawa bersama ketika mati.

🌸Hal ini kerana, amal soleh sajalah menjadi teman kita di alam barzakh nanti.

🌺Kita juga perlu menjadikan harta dan keluarga kita sebagai sumber amal soleh kita.

11/02/2022

🌹 Assalamualaikum dan selamat pagi ibubapa yang hebat. Alhamdulilah kita masih diberikan keizinan untuk bertemu dengan hari Jumaat yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini.

🌺Tanda seorang yang susah ialah ia terpaksa berhutang untuk mencukupkan keperluannya.

🌸 Harta dan duitnya tidak mencukupi untuk menyara hidup atau tampung perbelanjaan harian atau semasa.

🌺 Orang ini perlu dibantu, lebih² jika kesusahannya bertambah berganda hari demi hari, dek kesulitan mencari rezeki akibat sekatan pergerakan akibat Covid19.

🌸Antara syor dalam hadith ialah, memberi masa yg lebih untuk seseorang itu membayar hutangnya.

🌺 Penangguhan ini memberi kelegaan kepadanya untuk mengutamakan sara hidup mereka yang utama dahulu.

🌸 Jika dapat dilangsaikan terus hutang itu dengan menukarnya sebagai sedekah lagi baik, ia menjadi pahala berupa naungan Allah SWT di akhirat nanti.

10/02/2022

🌹 Assalamualaikum dan selamat pagi ibubapa yang hebat.

🌺 Sabar ialah bertahan, pasrah dengan ujian, bukan menyerah bulat², tapi redha dengan qada' dan qadar.

🌸 Kita sangat dituntut untuk bersabar , supaya dapat berfikir dengan baik, tidak kalut nak melawan or memberontak.

🌺 Fikir dulu pada hikmah dan rahsia Ilahi atas segala ujian yang diberikan.

🌺Orang yang sentiasa sabar ini ialah seorang mukmin yang benar² dikehendaki, yang kuat batinnya, tahan diuji, selalu berfikir, sentiasa tenang dan penuh pengharapan pada janji² Allah.

💖 Sabda Rasulullah SAW: "Sangat mengagumkan keadaan seorang Mukmin sebab segala keadaan untuknya (dianggap) baik dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin.

💞 Jika mendapat nikmat dia bersyukur maka syukur itu lebih baik baginya. Dan bila menderita kesusahan dia sabar maka kesabaran itu lebih baik baginya." (Riwayat Imam Muslim)

07/02/2022

🌹 Assalamualaikum dan selamat pagi ibubapa yang hebat. Semoga kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik, diberikan kekuatan serta keredhaan dalam menghadapi segala ujian yang mendatang.

🌺Seseorang itu diuji untuk mengukur keimanan, kesabaran, ketabahan dan kebergantungannya kepada Pencipta.

🌸Ilmu dan iman dapat menjadi benteng bagi seseorang untuk kukuh dan kental menghadapi ujian dan dugaan ini.

🌺Ujian juga menunjukkan kesayangan Allah SWT kepada hamba-Nya. Dengan itu, seseorang itu akan kembali ingat pada Allah, sekiranya telah terlalai dan menyeleweng.

💖 Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah: 153)

06/02/2022

🌹 Assalamualaikum dan selamat pagi ibubapa yang hebat. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik, dijauhkan daripada segala penyakit dan dipermudahkan segala urusan.

🌺Bersyukurlah atas rezeki dan anugerah-Nya, dengan melihat orang yang lebih susah dan mengalami kekurangan daripada kita.

🌸Walaupun apa yang kita miliki, tidak sebaik setengah yang lain, tetapi sekurangnya kedudukan kita lebih baik daripada setengah orang yang lain.

🌺Mungkin ada yang berharta tetapi tidak sihat, mungkin juga tidak lapang, jadi syukurlah walau mungkin sedikit harta tetapi makan berselera, tidur nyenyak dan hati bahagia.

💖Kita seharusnya bersyukur, keran setiap orang ada kesulitan yang tersendiri.

Address

Puncak Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Emaan Kindy Alam Suria Puncak Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category