06/08/2026
Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa seorang bekas pelajar Maahad Habibullah Al Hafiz, Allahyarhamah Fatimah Az Zahara, telah kembali ke rahmatullah pada Ahad, 2 Ogos 2026.
Allahyarhamah Fatimah dikenali sebagai seorang hafizah yang berakhlak mulia, bersopan santun serta sentiasa ringan tulang dalam berkhidmat. Walaupun telah lama meninggalkan maahad, Allahyarhamah tidak pernah memutuskan silaturahim dengan warga Maahad Habibullah. Bahkan, beliau sentiasa hadir menghulurkan bantuan dan memberi khidmat apabila diperlukan, mencerminkan kecintaan dan kesetiaannya kepada maahad.
Pemergian Fatimah merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh warga Maahad Habibullah. Semoga segala amal bakti, khidmat serta kebaikan yang telah ditinggalkan menjadi amal soleh yang berterusan dan diberi ganjaran sebaik-baiknya di sisi Allah SWT.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, mencucuri rahmat ke atas rohnya, melapangkan kuburnya, serta menempatkannya dalam kalangan para solihin.