11/06/2024
Selangkah Si Haji Cilik.
Bandar Puncak Alam Selangor
11 Jun 2024.
Seramai 350 jemaah kecil diantara Tadika Swasta Daerah Kuala Selangor, program Simulasi Haji Cilik 2024 memberi pendedahan awal secara praktikal kepada kanak-kanak berkaitan Rukun Islam kelima.
Melalui simulasi kanak-kanak akan belajar secara 1st hand experience. Ini adalah kaedah terbaik dalam pembelajaran untuk memahami Rukun Islam ke lima. Seawal jam 7.30 pagi mereka berkumpul di dataran Masjid Puncak Alam dan seramai 49 orang jemaah haji dari TADIKA Anjung Pelangi berusia 4, 5 dan 6 tahun. Apa yang menarik ialah, anak-anak faham pantang larang dalam ihram. Datang pada pagi tersebut mereka tidak berbedak, berminyak rambut dan mereka hanya memakai selipar. Acara seterusnya ialah berwukuf di Arafah, bermabit dan mengutip batu di Mudzalifah. Disini anak-anak dapat belajar MATEMATIK. Membilang batu yang dikutip sebanyak 7 biji . Dalam sesi melontar ditiga jamrah mereka akan membaca doa sambil membaling 7 biji batu. Mereka juga tawaf, minum air zam-zam (air mineral) saie, bertahalul dan berakhir dengan ibadah korban. Semasa membuat refleksi yang jelas anak-anak dapat bertalbiah dengan baik, memberitahu pantang larang dalam ihram, billangan batu yang dilontar di setiap jamrah dan menamakan perbuatan dan tempat sepanjang perjalanan haji seperti Arafah, Mina, melontar, tawaf, kaabah, saie. Simulasi dijalankan dengan jayanya dan dibimbing oleh guru-guru Anjung Pelangi juga kerjasama dari ibu bapa.
Pengarah program Pn Hjh Maimanah Hj Shaarani berkata, Kanak-kanak di TADIKA Anjung Pelangi didedahkan dengan asas pendidikan agama seawal usia mereka empat tahun lagi.