Little Adam Child Care Centre merupakan Taman Asuhan Kanak-Kanak yang telah diluluskan oleh Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Agensi-Agensi Kerajaan yang terlibat. Taska ini telah diasaskan oleh Pn Emelia Marlina dan En Aifaa Zaffan Bagauddin
Dengan Moto "Ke Arah Asuhan Yang Berkualiti" memberi satu rujukan dan panduan supaya melahirkan pengasuh yang mempunyai keupayaan mendidik,mengasuh da
n mempunyai nilai-nilai moral yang diterapkan oleh Agama Islam. Little Adam Child Care Centre Puncak Alam kini telah beroperasi selama setahun sejak 2016. Kami mempunyai 6 orang pengasuh yang berpengalaman bagi penjagaan kanak-kanak di Taska ini. Disamping itu juga, walaupon Taman Asuhan Kanak-Kanak hanya menerapkan pembelajaran dari segi Kognitif,Sosio Emosi dan Fizikal kami juga memberi pembelajaran dari umur 2 tahun hingga 6 tahun Modul Permata. Ini merupakan persediaan kepada anak-anak comel ini untuk menghadiri sesi Tadika mahupun sekolah rendah. Pembelajaran ilmu amat penting walaupon ia perlu dibayar dengan sejumlah wang, Namun ilmu ini sentiasa dipraktikan bukan sahaja di Taska malahan juga ia perlu bantuan 100% oleh ibu bapa dan keluarga didalam rumah mereka. Kami mempunyai kategori Umur iaitu:
1 Bulan - 1 tahun
1 Tahun - 3 Tahun
3 Tahun - 6 Tahun
Kami sentiasa berdoa supaya keadaan dan keselamatan didalam keadaan penuh kesediaan yang amat tinggi. Little Adam Child Care Centre terletak di Kawasan Perumahan Nusa Suria,Alam Suria Puncak Alam. Branch1
No.20, Jalan Alam Suria 16/35, Bandar Puncak Alam,42300 Selangor. Kawasan ini dijaga oleh Persatuan Penduduk Nusa Suria.
-Penjagaan Keselamatan 24 jam oleh sekuriti yang telah dilantik oleh Persatuan Penduduk
-Majoriti kawasan ini adalah kaum Bumiputera
-Premis Taska Dilengkapi pengawasan CCTV
Branch 2
Apartment Residensi Warnasari 2,Fasa 3 Bandar Puncak Alam
Kawasan ini dijaga oleh JMB Residensi Warnsari 2
-Penjagaan Keselamatan 24 jam oleh sekuriti yang telah dilantik oleh Persatuan Penduduk
-Majoriti kawasan ini adalah kaum Bumiputera
-Premis Taska Dilengkapi pengawasan CCTV
Pelbagai Aktiviti Menarik sepanjang Tahun yang akan diwar-warkan di FB Fan Page dan juga kepada ibu bapa . Jom sertai kami dan alamilah pengalaman manis anak-anak anda di TASKA ini dan memberi peluang kepada anak-anak anda dalam mengcungkil bakat mereka yang perlu diasuh daripada umur 3 bulan hingga 6 tahun. Percaya Kepada Allah S.W.T dan Tawakal setiap apa keputusan yang dirancang. Ilmu perlu dipelajari supaya melahirkan insan yang cemerlang dan soleh solehah.