16/10/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐จ๐ง๐๐ ๐: ๐ ๐ข๐๐จ๐ ๐๐ฆ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ฑ & ๐ฒ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐๐๐จ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐๐ก๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐
Fakulti Sains Kesihatan telah melaksanakan Program UTAMA: Modul Aspirasi 5 & 6 pada 15 Oktober 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan sahsiah, jati diri dan aspirasi pelajar baharu FSK.
Pelaksanaan modul pada hari ini melibatkan penyertaan para pelajar bersama Fasilitator Staf dan Pembantu Fasilitator yang membantu memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan teratur, interaktif dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Program ini turut menjadi platform kepada para pelajar untuk membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan serta memahami nilai dan budaya sebagai warga UiTM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Fasilitator Staf, Pembantu Fasilitator serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan Modul Aspirasi UTAMA 5 & 6 di Fakulti Sains Kesihatan.
Semoga pengalaman dan pengisian yang diperoleh melalui program ini dapat dimanfaatkan sepanjang perjalanan para pelajar di UiTM. ๐
โMengaspirasi Potensi, Membina Generasi UiTM.โ
Dekan Fsk Page
Media Rasmi - HEP Fakulti Sains Kesihatan
Smf Fakulti Sains Kesihatan
Environmental Health Students' Association -EHSAn-
MELTECH UiTM Puncak Alam
Medical Imaging Student Association - MISA
Nursing Student Association - NUSA