PTAR Hospital Al-Sultan Abdullah - HASA

Directions Website Contact the school

PTAR Hospital Al-Sultan Abdullah - HASA Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam, Selangor merupakan perpustakaan yang baru saja siap dibina pada Mac 2021.

Penyerahan kunci hospital dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada 23 Mac 2021.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ16 September 2026Hari Malaysia merupakan detik bermakna untuk kita bersama-sama m...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ
16 September 2026

Hari Malaysia merupakan detik bermakna untuk kita bersama-sama menghayati nilai perpaduan, keharmonian dan kebersamaan yang menjadi asas kekuatan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian.

Marilah kita terus memupuk semangat saling menghormati, menghargai kepelbagaian serta memperkukuh hubungan antara satu sama lain demi membina Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.

Ikhlas daripada
Warga Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak
Hospital Al-Sultan Abdullah

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Hari Malaysia!
Semoga semangat perpaduan terus mekar dalam setiap langkah kita.

πŸ“’ N𝐎T𝐈S P𝐄N𝐔T𝐔P𝐀N P𝐄R𝐏U𝐒T𝐀K𝐀A𝐍 𝐏E𝐑U𝐁A𝐓A𝐍 𝐓U𝐍 𝐀B𝐃U𝐋 𝐑A𝐙A𝐊Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR...
15/09/2026

πŸ“’ N𝐎T𝐈S P𝐄N𝐔T𝐔P𝐀N P𝐄R𝐏U𝐒T𝐀K𝐀A𝐍 𝐏E𝐑U𝐁A𝐓A𝐍 𝐓U𝐍 𝐀B𝐃U𝐋 𝐑A𝐙A𝐊

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah akan ditutup pada 16 September 2026 (Rabu) sempena sambutan Hari Malaysia 2026.

Sehubungan itu, para pengguna masih boleh menggunakan kemudahan ruang πΏπ‘–π‘π‘Ÿπ‘Žπ‘Ÿπ‘¦ πΆπ‘œπ‘šπ‘šπ‘’π‘›π‘–π‘‘π‘¦ πΈπ‘›π‘”π‘Žπ‘”π‘’π‘šπ‘’π‘›π‘‘ (𝐿𝐢𝐸) sepanjang tempoh penutupan perpustakaan.

PPTAR akan beroperasi seperti biasa pada 17 September 2026 (Khamis).

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026.
Semoga sambutan ini terus menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan kita.

𝐒E𝐁U𝐀H R𝐔A𝐍G, 𝐒E𝐑I𝐁U C𝐄R𝐈T𝐀14 September 2026 – Setelah melalui tempoh pertandingan yang penuh dengan kreativiti dan idea...
14/09/2026

𝐒E𝐁U𝐀H R𝐔A𝐍G, 𝐒E𝐑I𝐁U C𝐄R𝐈T𝐀

14 September 2026 – Setelah melalui tempoh pertandingan yang penuh dengan kreativiti dan idea masing-masing, tibalah masanya untuk kita meraikan jabatan-jabatan yang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan π˜™π˜¦π˜’π˜₯π˜ͺ𝘯𝘨 𝘊𝘰𝘳𝘯𝘦𝘳 anjuran Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA).

Bermula daripada sebuah ruang kosong, setiap jabatan tampil dengan sentuhan dan kreativiti tersendiri untuk menghidupkan π˜™π˜¦π˜’π˜₯π˜ͺ𝘯𝘨 𝘊𝘰𝘳𝘯𝘦𝘳 masing-masing. Ada yang bermain dengan susun atur, dekorasi dan bahan bacaan, namun matlamatnya tetap sama β€” mewujudkan ruang kecil yang menggalakkan warga HASA dan komuniti untuk berhenti seketika, membaca dan menambah ilmu.

Pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung hari ini, Wad 8C dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama, manakala Jabatan Kewangan dan Jabatan Radiologi masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga. Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) p**a turut menerima penghargaan atas usaha dan kreativiti yang ditampilkan sepanjang pertandingan.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Profesional dan Operasi, Dato' Dr. Khalid Ibrahim. Dalam majlis yang sama, sijil penghargaan turut disampaikan kepada barisan juri sebagai tanda terima kasih atas masa, komitmen dan pandangan yang diberikan dalam menilai setiap penyertaan.

Lebih daripada sekadar pertandingan,π˜™π˜¦π˜’π˜₯π˜ͺ𝘯𝘨 𝘊𝘰𝘳𝘯𝘦𝘳 ini menjadi satu usaha kecil untuk membawa budaya membaca lebih dekat dengan warga HASA β€” bukan hanya di perpustakaan, tetapi juga di ruang kerja dan dalam rutin seharian.

Tahniah kepada semua jabatan yang mengambil bahagian. Terima kasih kerana menjadikan setiap sudut itu lebih bermakna dengan cerita, kreativiti dan semangat membaca.

Teruskan membaca, teruskan berkongsi ilmu.

14/09/2026

Terokai Koleksi Melayu dan Keusahawanan di PERMATA eLIB!

Perkaya pengetahuan anda menerusi pilihan bahan bacaan digital berkaitan budaya dan warisan Melayu, serta koleksi keusahawanan, pengurusan perniagaan dan inovasi.

Kelebihan Portal eBook PERMATA UiTM:
- Pinjam sehingga 2 buah buku selama 7 hari dengan mudah dan fleksibel

- Baca terus menggunakan aplikasi ELIB PUiTM pada telefon pintar anda

- Tempahan buku boleh dibuat secara dalam talian sekiranya buku sedang dipinjam oleh pengguna lain

- Pulangan buku adalah automatik selepas tempoh pinjaman tamat, tiada denda lewat dikenakan

Bagaimana Cara Mengaksesnya?
- Muat Turun: Imbas kod QR atau cari "ELIB PUiTM" di Google Play Store (Android) atau App Store (iOS).

- Log Masuk: Anda boleh mengakses aplikasi ini dengan mudah menggunakan SSO login Gmail UiTM anda.

- Portal Alternatif: Pencarian dan peminjaman juga boleh dibuat terus melalui Portal PERMATA.

PEMAKLUMAN PENTING: Sila ambil maklum bahawa perkhidmatan Desktop Reader kini telah ditamatkan sepenuhnya dan telah digantikan sepenuhnya dengan aplikasi mobile ini untuk membaca semua bahan pinjaman koleksi ELIB.





𝐒e𝐛eπ₯u𝐦 𝐌eπ₯a𝐧g𝐀a𝐑 𝐀e F𝐚s𝐚 𝐒e𝐭e𝐫u𝐬n𝐲a…11 September lalu, Makmal Komputer PPTAR menjadi ruang untuk adik-adik pelajar lati...
12/09/2026

𝐒e𝐛eπ₯u𝐦 𝐌eπ₯a𝐧g𝐀a𝐑 𝐀e F𝐚s𝐚 𝐒e𝐭e𝐫u𝐬n𝐲a…

11 September lalu, Makmal Komputer PPTAR menjadi ruang untuk adik-adik pelajar latihan industri berkongsi pengalaman mereka sepanjang menjalani latihan di Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), HASA.

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Perpustakaan, Puan Noor Azlin Abdullah, sebelum pelajar-pelajar latihan industri mengambil giliran untuk membuat pembentangan masing-masing di hadapan beliau dan staf PPTAR.

Daripada perkongsian tentang tugasan yang telah dilaksanakan, pengalaman sepanjang berada di PPTAR sehinggalah ilmu dan kemahiran yang dipelajari, setiap pembentangan memberikan gambaran tentang perjalanan mereka sepanjang tempoh latihan industri. Ada yang nampak sedikit berdebar, ada yang semakin yakin apabila mula bercerita. 😊

Sesi ini bukan sekadar tentang pembentangan, tetapi menjadi satu ruang untuk berkongsi pengalaman, menerima pandangan dan melihat sejauh mana ilmu yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam suasana kerja sebenar.

Terima kasih adik-adik atas segala usaha dan komitmen sepanjang bersama warga PPTAR. Semoga pengalaman yang dikutip di sini menjadi salah satu kenangan manis dalam perjalanan menuju alam pekerjaan. πŸŒ·πŸ“š

Selamat melangkah ke fasa seterusnya! 🀍

11/09/2026

πŸ“’ SLAID SESI PLENO KOPA 2026 KINI BOLEH DIMUAT TURUN UiTM IR

Dapatkan slaid pembentangan β€œKolaborasi Nasional Tanpa Sempadan: Menghapuskan Silo, Memacu Impak” oleh Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Perkongsian ini mengetengahkan aspirasi kolaborasi yang melangkaui sempadan organisasi menghapuskan silo, memperkukuh sinergi dan seterusnya memacu impak yang lebih besar.

πŸ“² Muat turun melalui Institutional Repository UiTM:
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145840/

Simpan dan manfaatkan perkongsian ini sebagai bahan rujukan dalam memperkasa kolaborasi serta kecemerlangan organisasi.








πŸ“š 𝟐4 B𝐔A𝐇 𝐁U𝐊U. 𝐒A𝐓U S𝐀S𝐀R𝐀N. 𝐓E𝐑U𝐒 𝐌E𝐌B𝐀C𝐀.Dalam perjalanan mencapai sasaran 24 buah buku setahun, warga Hospital Al-Su...
11/09/2026

πŸ“š 𝟐4 B𝐔A𝐇 𝐁U𝐊U. 𝐒A𝐓U S𝐀S𝐀R𝐀N. 𝐓E𝐑U𝐒 𝐌E𝐌B𝐀C𝐀.

Dalam perjalanan mencapai sasaran 24 buah buku setahun, warga Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) turut mengambil peluang memanfaatkan kemudahan di PPTAR dengan memilih dan meminjam bahan bacaan pilihan masing-masing. πŸ“–

Melalui Kempen 1 Warga 24 Buah Buku /π˜™π˜¦π˜’π˜₯ 𝘒𝘯π˜₯ π˜™π˜ͺ𝘴𝘦 𝘊𝘩𝘒𝘭𝘭𝘦𝘯𝘨𝘦, setiap bacaan menjadi satu langkah untuk membina amalan membaca secara konsisten.

✨ Tak kira sudah berapa buku yang dibaca, teruskan langkah.
Satu buku demi satu buku, sehingga mencapai sasaran 24 buah buku setahun.

Warga HASA, jom teruskan momentum membaca! πŸ“š

❀️ D𝐈 𝐒E𝐁A𝐋I𝐊 𝐑A𝐖A𝐓A𝐍, A𝐃A I𝐋M𝐔 𝐘A𝐍G P𝐄R𝐋U D𝐈K𝐄N𝐀L𝐈Pernah tertanya-tanya apakah peralatan yang digunakan dalam prosedur ...
10/09/2026

❀️ D𝐈 𝐒E𝐁A𝐋I𝐊 𝐑A𝐖A𝐓A𝐍, A𝐃A I𝐋M𝐔 𝐘A𝐍G P𝐄R𝐋U D𝐈K𝐄N𝐀L𝐈

Pernah tertanya-tanya apakah peralatan yang digunakan dalam prosedur berkaitan jantung dan toraks? ❀️

Menerusi Galeri Perubatan PPTAR, pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai peralatan dan bahan berkaitan Jabatan Kardiovaskular dan Torasik, termasuk instrumen pembedahan serta bahan informasi berkaitan penjagaan dan rawatan jantung.

Setiap peralatan yang dipamerkan mempunyai fungsi dan peranannya tersendiri dalam menyokong perjalanan sesuatu rawatan β€” menjadikan galeri ini bukan sekadar ruang pameran, tetapi ruang untuk mengenali dunia perubatan melalui objek, visual dan maklumat.

πŸ“ Galeri Perubatan, Aras 2, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)
πŸ“š Diuruskan oleh Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR)

Lihat. Kenali. Fahami.
Kerana di sebalik setiap peralatan, ada ilmu dan kepakaran yang membentuk dunia perubatan.

THROWBACK: Warga PPTAR Turut Meriahkan HASA Brisk Walk 2026! πŸšΆπŸ»β€β™€οΈπŸšΆπŸ»β€β™‚οΈβœ¨Semangat patriotisme dan keceriaan Bulan Kebangs...
10/09/2026

THROWBACK: Warga PPTAR Turut Meriahkan HASA Brisk Walk 2026! πŸšΆπŸ»β€β™€οΈπŸšΆπŸ»β€β™‚οΈβœ¨

Semangat patriotisme dan keceriaan Bulan Kebangsaan turut dirasai warga Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR) apabila bersama-sama menyertai HASA Brisk Walk 2026 pada 9 September lalu. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Lebih meriah dengan busana tradisional dan semangat kebersamaan warga HASA yang sama-sama melangkah untuk kekal aktif, sihat dan cergas! πŸ’ͺ🏻

Terima kasih HASA atas penganjuran program yang penuh semangat dan keceriaan. PPTAR bangga menjadi sebahagian daripada kemeriahan ini!

Address

Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al/Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:45
Friday 08:00 - 16:45

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PTAR Hospital Al-Sultan Abdullah - HASA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PTAR Hospital Al-Sultan Abdullah - HASA:

Shortcuts

Share

Category