18/05/2026
LAWATAN PENANDA ARAS KE MBPP MAKERSPACE BALIK PULAU
Alhamdulillah, pada 13 Mei 2026 telah berlangsung satu lawatan penanda aras ke MBPP MakerSpace, Balik Pulau yang diketuai oleh Encik Abdul Latif bin Mohamad selaku Ahli Jemaah Pengurusan Sekolah Pusat Pendidikan Al-Itqan.
Turut hadir bersama dalam lawatan ini ialah Muallim Muhammad Ikbal Ismail, Pengarah Eksekutif Pusat Pendidikan Al-Itqan, Puan Maizatul Sarah Binti Mansor, Pegawai Eksekutif Kewangan, Muallim Md Azlan Bin Mat Sabu, Pengetua Sekolah Menengah Al-Itqan serta tiga orang guru SMI iaitu Muallim Mohamed Amir Bin Sarjahan, Muallimah Amal Solehah Binti Aidiahmad dan Muallimah Norliza Binti Nawawi.
Alhamdulillah, lawatan berjalan dengan baik dan lancar. Delegasi Al-Itqan telah disambut mesra oleh Puan Sri Mageswari a/p Patel bersama beberapa orang pegawai yang bertugas di MBPP MakerSpace.
Sepanjang lawatan tersebut, pihak Al-Itqan telah diberikan pelbagai pendedahan berkaitan dunia STEM dan inovasi pendidikan antaranya:
- Pengenalan kepada kelas-kelas STEM yang dijalankan
- Susun atur dan konsep ruang pembelajaran kreatif (landscape ruang)
- Peluang penglibatan murid dalam aktiviti dan pembelajaran di MakerSpace
- Peluang bimbingan dan latihan kepada para guru dalam memperkasakan pendidikan STEM di sekolah
Lawatan ini juga merupakan salah satu usaha Pusat Pendidikan Al-Itqan dalam menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasa pendidikan STEM dalam kalangan murid serta melahirkan generasi yang lebih bersedia menghadapi cabaran dunia masa kini dan masa hadapan.
Lawatan ini membuka ruang dan inspirasi baharu kepada Pusat Pendidikan Al-Itqan dalam usaha memperkukuhkan budaya STEM dalam kalangan murid dan guru. Semoga Al-Itqan mampu melahirkan generasi yang bukan sahaja unggul dari sudut tarbiah dan sahsiah, malah cemerlang dalam bidang STEM serta inovasi.
Doakan agar Pusat Pendidikan Al-Itqan terus diberi kekuatan dan peluang untuk memanfaatkan segala ruang yang ada demi membina pendidikan yang lebih holistik dan berkualiti buat anak-anak ummah.
---
๐๐๐ผ๐บ ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ผ๐น๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ถ ๐๐-๐๐ง๐ค๐๐ก
https://bit.ly/pendaftaranalitqan
๐ซ Taska & Tadika Pintar Al-Itqan
๐ซ Sekolah Rendah Al-Itqan
๐ซ Sek Men Al-Itqan
โ๏ธ 011 5580 5310
๐ "๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐ฏ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ถ"
๐ Kenali Al-Itqan dengan hanya satu klik di https://linktr.ee/pusatpendidikanalitqan