Sek Men Al-Itqan

Sek Men Al-Itqan

Share

Kami Membentuk Generasi Rabbani

Sekolah Menengah Al-Itqan adalah sebuah institusi di bawah Pusat Pendikan Al-Itqan dan ianya sebuah sekolah rangkaian Ikram Musleh
No Pendaftaran JHEAIPP
(PXM3001)

04/05/2026

๐ŸŒŸ Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2026

๐ŸŒŸBuat semua murid Sekolah Menengah Al-Itqan, kami doakan kalian diberikan ketenangan, kekuatan dan kejayaan sepanjang menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung bermula 5 hingga 18 Mei 2026.

๐Ÿ“šโœจ
Ingatlah, setiap usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil. Jangan mudah putus asa, teruskan berdoa dan bertawakal kepada Allah.

๐Ÿ’ช Fokus dalam ulang kaji
๐Ÿ“ Disiplin dalam menjawab
๐Ÿคฒ Doa & Tawakal sebagai kekuatan
๐ŸŒˆ Yakin diri, anda pasti boleh!

โ€œBerusahalah sebaik mungkin, bertawakal kepada Allah, pasti berjaya.โ€

Semoga segala ilmu yang dipelajari dipermudahkan dan diberkati. Kami percaya anda semua mampu mencapai kejayaan yang cemerlang! ๐ŸŒŸ







๐Ÿ“Œ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐—Ÿ-๐—œ๐—ง๐—ค๐—”๐—ก
https://bit.ly/pendaftaranalitqan

๐Ÿซ Taska & Tadika Pintar Al-Itqan
๐Ÿซ Sekolah Rendah Al-Itqan
๐Ÿซ Sek Men Al-Itqan
โ˜Ž๏ธ 011 5580 5310

๐Ÿƒ "๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ถ"

๐ŸŒŸ Kenali Al-Itqan dengan hanya satu klik di https://linktr.ee/pusatpendidikanalitqan

Photos from Sek Men Al-Itqan's post 02/05/2026

โœจ FORUM IPT: ROUTE TO YOUR FUTURE โœจ

๐Ÿ“ข Anjuran: Ahli Kader Duat Al-Itqan Gen 17

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera,

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Forum IPT pada:

๐Ÿ“… 28 April 2026 (Rabu)
๐Ÿ“ Dewan Seminar Abu Bakar As-Siddiq

Program ini melibatkan penyertaan murid Tingkatan 3 hingga 5, bertujuan memberi pendedahan awal tentang perjalanan pendidikan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

๐ŸŽ“ Forum ini menampilkan barisan panelis dalam kalangan pelajar senior daripada rangkaian sekolah MUSLEH, yang berkongsi pengalaman sebenar, cabaran serta panduan untuk melangkah ke IPT.

๐Ÿ” Objektif Program:

1. Memberi pendedahan awal tentang laluan pendidikan ke IPT serta pilihan yang tersedia.
2. Berkongsi pengalaman sebenar pelajar senior sebagai panduan dan inspirasi kepada peserta.
3. Membantu pelajar merancang hala tuju akademik dan kerjaya dengan lebih jelas dan yakin.

โœจ Semoga perkongsian yang diberikan memberi manfaat dan menjadi inspirasi buat para peserta dalam merancang masa depan yang cemerlang.

๐Ÿ’ก โ€œLangkah kecil hari ini menentukan masa depan yang gemilang.โ€

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini! ๐Ÿค

๐Ÿ“Œ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐—Ÿ-๐—œ๐—ง๐—ค๐—”๐—ก
https://bit.ly/pendaftaranalitqan

๐Ÿซ Taska & Tadika Pintar Al-Itqan
๐Ÿซ Sekolah Rendah Al-Itqan
๐Ÿซ Sek Men Al-Itqan
โ˜Ž๏ธ 011 5580 5310

๐Ÿƒ "๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ถ"

๐ŸŒŸ Kenali Al-Itqan dengan hanya satu klik di https://linktr.ee/pusatpendidikanalitqan

Photos from Sek Men Al-Itqan's post 24/04/2026

๐ŸŒŸ WAJAH-WAJAH CEMERLANG SPM 2025 ๐ŸŒŸ
Sekolah Menengah Al-Itqan

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anak-anak didik Sekolah Menengah Al-Itqan yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2025 yang diumumkan baru-baru ini.

Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha yang berterusan, doa yang tidak putus-putus, sokongan ibu bapa, serta bimbingan para guru yang sentiasa komited mendidik.

๐ŸŒน Buat para pelajar, ingatlah bahawa kejayaan bukan milik mereka yang paling hebat, tetapi milik mereka yang tidak pernah berhenti berusaha. Setiap titik peluh, setiap pengorbanan dan setiap ujian yang dilalui pasti membuahkan hasil pada waktunya.

๐ŸŒŸ Kepada semua adik-adik junior, jadikan kejayaan mereka sebagai inspirasi. Jika orang lain boleh berjaya, anda juga mampu melakukannya. Jangan takut bermula perlahan, kerana yang penting adalah terus melangkah ke hadapan.

๐Ÿ“š Teruskan berusaha, berdoa dan percaya pada kemampuan diri.
Insya-Allah, kejayaan yang lebih besar sedang menanti di hadapan.

Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar cemerlang SPM 2025.
Semoga terus melakar kecemerlangan di dunia dan akhirat. ๐Ÿค



๐Ÿ“Œ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐—Ÿ-๐—œ๐—ง๐—ค๐—”๐—ก
https://bit.ly/pendaftaranalitqan

๐Ÿซ Taska & Tadika Pintar Al-Itqan
๐Ÿซ Sekolah Rendah Al-Itqan
๐Ÿซ Sek Men Al-Itqan
โ˜Ž๏ธ 011 5580 5310

๐Ÿƒ "๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ถ"

๐ŸŒŸ Kenali Al-Itqan dengan hanya satu klik di https://linktr.ee/pusatpendidikanalitqan

Photos from Sek Men Al-Itqan's post 21/04/2026

โœจ MAJLIS HARI IHTIFAL 2025 & PENUTUP BULAN PANITIA 2026 โœจ

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Hari Ihtifal 2025 serta Penutup Bulan Panitia 2026 pada 16 April 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Al-Ghazali, Pusat Pendidikan Al-Itqan.

Hari Ihtifal 2025 merupakan majlis anugerah kecemerlangan yang diadakan sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum sepanjang tahun. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat kepada para penerima anugerah serta inspirasi kepada seluruh warga pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Manakala Penutup Bulan Panitia 2026 diadakan sebagai kemuncak kepada pelbagai aktiviti panitia yang telah dijalankan sepanjang program. Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat murid, meningkatkan minat terhadap pembelajaran, menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti berilmiah serta memupuk semangat kerjasama dan daya saing yang sihat dalam kalangan pelajar.

Semoga segala usaha dan program yang dirancang ini terus memberi manfaat, melahirkan generasi berilmu, berakhlak mulia serta cemerlang dunia dan akhirat.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah, para peserta, guru-guru serta semua pihak yang menjayakan majlis ini. ๐ŸŒŸ



๐Ÿ“Œ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐—Ÿ-๐—œ๐—ง๐—ค๐—”๐—ก
https://bit.ly/pendaftaranalitqan

๐Ÿซ Taska & Tadika Pintar Al-Itqan
๐Ÿซ Sekolah Rendah Al-Itqan
๐Ÿซ Sek Men Al-Itqan
โ˜Ž๏ธ 011 5580 5310

๐Ÿƒ "๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ถ"

๐ŸŒŸ Kenali Al-Itqan dengan hanya satu klik di https://linktr.ee/pusatpendidikanalitqan

Photos from Sek Men Al-Itqan's post 16/04/2026

๐Ÿ“ข PROGRAM PROSTAR & REMAJA SIHAT ๐Ÿ“ข

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program PROSTAR & Remaja Sihat hasil kerjasama erat antara pihak sekolah dan Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya. Program ini memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid berkaitan isu-isu penting seperti bahaya HIV & AIDS, V**E & ROKOK, serta kepentingan menjaga kesihatan mental.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada para pelajar dalam membentuk gaya hidup sihat, positif dan bebas daripada gejala tidak sihat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya kerana memilih Sekolah Menengah Al-Itqan sebagai destinasi pelaksanaan program ini.

Semoga kerjasama strategik seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi kesejahteraan generasi muda.



๐Ÿ“Œ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐—Ÿ-๐—œ๐—ง๐—ค๐—”๐—ก
https://bit.ly/pendaftaranalitqan

๐Ÿซ Taska & Tadika Pintar Al-Itqan
๐Ÿซ Sekolah Rendah Al-Itqan
๐Ÿซ Sek Men Al-Itqan
โ˜Ž๏ธ 011 5580 5310

๐Ÿƒ "๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ถ"

๐ŸŒŸ Kenali Al-Itqan dengan hanya satu klik di https://linktr.ee/pusatpendidikanalitqan

Photos from Sek Men Al-Itqan's post 14/04/2026

๐Ÿ“ข ITQAN FEUD: PERTANDINGAN KUIZ INTERAKTIF ๐ŸŽค๐Ÿง 

Assalamualaikum w.b.t

Dengan penuh keterujaan, gabungan semua panitia telah berjaya menganjurkan ITQAN FEUD, sebuah pertandingan kuiz interaktif yang berlangsung dengan meriah dan penuh semangat! ๐Ÿ”ฅ

Program ini telah menghimpunkan para pelajar dalam suasana yang santai namun mencabar, di mana mereka berpeluang menguji pengetahuan am serta kepantasan berfikir secara berkumpulan.

๐ŸŽฏ Hasrat penganjuran kuiz:
โœ”๏ธ Mengukuhkan pengetahuan pelajar merentas pelbagai bidang
โœ”๏ธ Mewujudkan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan
โœ”๏ธ Memupuk semangat kerja berpasukan dan komunikasi berkesan
โœ”๏ธ Melatih pelajar berfikir secara kritis dan pantas
โœ”๏ธ Meningkatkan keyakinan diri dalam menyampaikan jawapan

๐Ÿ‘ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi!

๐Ÿค Sekalung penghargaan kepada semua panitia yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan penuh dedikasi.

Semoga ITQAN FEUD terus menjadi platform yang mampu melahirkan pelajar yang berilmu, berdaya saing dan seimbang dari segi intelek serta sahsiah ๐ŸŒŸ



๐Ÿ“Œ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐—Ÿ-๐—œ๐—ง๐—ค๐—”๐—ก
https://bit.ly/pendaftaranalitqan

๐Ÿซ Taska & Tadika Pintar Al-Itqan
๐Ÿซ Sekolah Rendah Al-Itqan
๐Ÿซ Sek Men Al-Itqan
โ˜Ž๏ธ 011 5580 5310

๐Ÿƒ "๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ถ"

๐ŸŒŸ Kenali Al-Itqan dengan hanya satu klik di https://linktr.ee/pusatpendidikanalitqan

Photos from Sek Men Al-Itqan's post 14/04/2026

๐Ÿ“ข PERTANDINGAN HUMAN CALCULATOR ๐Ÿง โž•โž–โœ–๏ธโž—

Assalamualaikum w.b.t

Panitia Sains dan Matematik dengan sukacitanya telah menganjurkan Pertandingan Human Calculator yang berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan sihat ๐Ÿ”ฅ

Pertandingan ini berjaya menghimpunkan para pelajar yang memiliki kecekapan tinggi dalam pengiraan pantas serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

๐ŸŽฏ Hasrat penganjuran:
Program ini bertujuan untuk:
โœ”๏ธ Meningkatkan minat pelajar terhadap Matematik
โœ”๏ธ Mengasah kemahiran pengiraan mental dengan lebih cekap dan pantas
โœ”๏ธ Membina keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah
โœ”๏ธ Melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan analitik

๐Ÿ‘ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan usaha dan komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

Semoga program seperti ini dapat terus melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam bidang Sains dan Matematik serta mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.



๐Ÿ“Œ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐—Ÿ-๐—œ๐—ง๐—ค๐—”๐—ก
https://bit.ly/pendaftaranalitqan

๐Ÿซ Taska & Tadika Pintar Al-Itqan
๐Ÿซ Sekolah Rendah Al-Itqan
๐Ÿซ Sek Men Al-Itqan
โ˜Ž๏ธ 011 5580 5310

๐Ÿƒ "๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ถ"

๐ŸŒŸ Kenali Al-Itqan dengan hanya satu klik di https://linktr.ee/pusatpendidikanalitqan

Photos from Sek Men Al-Itqan's post 14/04/2026

๐Ÿ“ข PROGRAM IDAD DUAT 2026 ๐Ÿ“ข

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Program Idad Duat 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan wakil-wakil sekolah dari pelbagai institusi ๐ŸŒŸ

Lebih membanggakan, Sekolah Menengah Al-Itqan turut menghantar enam orang pelajar yang berkaliber dan terpilih untuk menyertai program ini:

1. MUHAMMAD HAKIM BIN YAZID
2. MUHAMMAD HAZIQ IRHAM BIN ZAINOL
3. MUHAMMAD AFIF AQMAR BIN CHE AZIZ
4. MUHAMMAD HARRAZ AKIF BIN M. FAIZAL
5. KHAIRUNNISA' BINTI AZMAN
6. MAISARAH BINTI MUSTAQIM

Semoga para peserta terus istiqamah dalam menuntut ilmu serta menjadi pendakwah muda yang mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara ๐Ÿคฒ

๐Ÿค Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta serta pihak sekolah atas sokongan dan komitmen yang diberikan.

โ€œDakwah itu tanggungjawab bersamaโ€



๐Ÿ“Œ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐—Ÿ-๐—œ๐—ง๐—ค๐—”๐—ก
https://bit.ly/pendaftaranalitqan

๐Ÿซ Taska & Tadika Pintar Al-Itqan
๐Ÿซ Sekolah Rendah Al-Itqan
๐Ÿซ Sek Men Al-Itqan
โ˜Ž๏ธ 011 5580 5310

๐Ÿƒ "๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ถ"

๐ŸŒŸ Kenali Al-Itqan dengan hanya satu klik di https://linktr.ee/pusatpendidikanalitqan

Photos from Sek Men Al-Itqan's post 12/04/2026

๐Ÿ“ข PAMERAN GEOSEJARAH & INOVASI STEM Q 2026 ๐ŸŒ๐Ÿ”ฌโœจ

Pada 10 April 2026 (Jumaat) telah berlangsung dengan jayanya Pameran GeoSejarah & Inovasi STEM Q yang melibatkan penyertaan pelajar daripada pelbagai kelas.

Pameran ini telah memaparkan pelbagai hasil kreativiti pelajar yang menggabungkan elemen Geografi, Sejarah serta inovasi dalam bidang STEM Q, iaitu pendekatan yang mengintegrasikan ilmu Sains dengan nilai dan panduan daripada Al-Quran. Para pengunjung berpeluang melihat sendiri projek, model, serta pembentangan menarik yang dihasilkan dengan penuh usaha dan idea yang kreatif.

๐ŸŽฏ Antara hasrat penganjuran pameran ini adalah:

- Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap gabungan ilmu GeoSejarah dan STEM Q
- Mengintegrasikan ilmu Sains dengan nilai-nilai Al-Quran dalam pembelajaran
- Menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar
- Memberi peluang kepada pelajar mempamerkan hasil projek dan idea mereka
- Memupuk kemahiran komunikasi dan pembentangan
- Menggalakkan pembelajaran secara hands-on dan berasaskan projek

Tahniah diucapkan kepada semua peserta, guru pembimbing serta pihak yang terlibat dalam menjayakan pameran ini. Semoga program seperti ini terus memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka ilmu secara holistik dan seimbang.

๐Ÿ‘ Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!

๐Ÿ“Œ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐—Ÿ-๐—œ๐—ง๐—ค๐—”๐—ก
https://bit.ly/pendaftaranalitqan

๐Ÿซ Taska & Tadika Pintar Al-Itqan
๐Ÿซ Sekolah Rendah Al-Itqan
๐Ÿซ Sek Men Al-Itqan
โ˜Ž๏ธ 011 5580 5310

๐Ÿƒ "๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ถ"

๐ŸŒŸ Kenali Al-Itqan dengan hanya satu klik di https://linktr.ee/pusatpendidikanalitqan

Photos from Sek Men Al-Itqan's post 12/04/2026

๐Ÿ“ข KUIZ BAHASA ARAB 2026 ๐Ÿ•Œโœจ

Pada 9 April 2026 (Khamis) jam 11.30 pagi telah berlangsung dengan jayanya Kuiz Bahasa Arab yang melibatkan penyertaan wakil daripada setiap kelas.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan pelajar yang menunjukkan semangat dan minat yang tinggi dalam menguasai Bahasa Arab. Para peserta telah diuji dengan pelbagai soalan yang mencabar merangkumi aspek kosa kata, tatabahasa serta kefahaman.

๐ŸŽฏ Antara hasrat penganjuran kuiz ini adalah:

- Meningkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Arab
- Mengukuhkan penguasaan kosa kata dan tatabahasa Bahasa Arab
- Menggalakkan pembelajaran Bahasa Arab secara interaktif dan menyeronokkan
- Mencungkil bakat serta potensi pelajar dalam bidang bahasa
- Memupuk semangat persaingan sihat dalam kalangan pelajar

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kuiz berlangsung. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

๐Ÿ‘ Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!

๐Ÿ“Œ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐—Ÿ-๐—œ๐—ง๐—ค๐—”๐—ก
https://bit.ly/pendaftaranalitqan

๐Ÿซ Taska & Tadika Pintar Al-Itqan
๐Ÿซ Sekolah Rendah Al-Itqan
๐Ÿซ Sek Men Al-Itqan
โ˜Ž๏ธ 011 5580 5310

๐Ÿƒ "๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ถ"

๐ŸŒŸ Kenali Al-Itqan dengan hanya satu klik di https://linktr.ee/pusatpendidikanalitqan

Photos from Sek Men Al-Itqan's post 09/04/2026

๐Ÿ“ข PROGRAM BULAN PANITIA 2026 ๐Ÿ“ข

๐Ÿ—ฃ๏ธโœจ PERTANDINGAN โ€œSPEAK UPโ€ โœจ๐Ÿ—ฃ๏ธ
Anjuran Panitia Bahasa Inggeris

Alhamdulillah, Pertandingan โ€œSpeak Upโ€ sempena Bulan Panitia 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada para pelajar.

๐ŸŽค Sorotan Pertandingan:
Para peserta telah tampil dengan penuh keyakinan dalam menyampaikan idea, pendapat dan hujah dalam Bahasa Inggeris. Persembahan yang berani, jelas serta penuh ekspresi telah menyerlahkan potensi pelajar dalam kemahiran komunikasi dan pengucapan awam.

๐ŸŒŸ Hasrat Tercapai:
โœ”๏ธ Meningkatkan keyakinan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris
โœ”๏ธ Mengasah kemahiran komunikasi dan pengucapan awam
โœ”๏ธ Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan menyampaikan idea dengan jelas
โœ”๏ธ Memupuk keberanian untuk tampil di hadapan khalayak
โœ”๏ธ Melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi secara efektif di peringkat global

๐Ÿ’ก Pertandingan ini menjadi platform terbaik untuk pelajar menonjolkan bakat serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam suasana yang menyeronokkan.

๐Ÿ‘ Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini!







๐Ÿ“Œ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐—Ÿ-๐—œ๐—ง๐—ค๐—”๐—ก
https://bit.ly/pendaftaranalitqan

๐Ÿซ Taska & Tadika Pintar Al-Itqan
๐Ÿซ Sekolah Rendah Al-Itqan
๐Ÿซ Sek Men Al-Itqan
โ˜Ž๏ธ 011 5580 5310

๐Ÿƒ "๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ถ"

๐ŸŒŸ Kenali Al-Itqan dengan hanya satu klik di https://linktr.ee/pusatpendidikanalitqan

Want your school to be the top-listed School/college in Pulau Pinang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No 1, Tingkat Kampung Masjid 1, Teluk Kumbar, Bayan Lepas
Pulau Pinang
11920

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30