14/07/2026
MAJLIS SAMBUTAN HIJRATUL RASUL & KUCA SUGHO 2026
๐ Khamis | 9 Julai 2025
๐ Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong
Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hijratul Rasul dan Kuca Sugho bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di MTAQ.
Majlis yang bermula seawal jam 12 malam hingga 12 tengahari ini melibatkan sebanyak 4 kawah. Kemeriahan jelas dirasai dengan kerjasama erat daripada seluruh warga MTAQ serta komuniti setempat. Turut diadakan ceramah khas Hijratul Rasul bertempat di Dewan Tok Guru.
Turut berlangsung sukaneka guru dan pelajar sambil aktiviti kuca sugho berlangsung. Program diakhiri dengan pembagian sugho kepada pelajar-pelajar dan jamuan durian di Kantin Sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah memberi sumbangan dari segi kewangan, tenaga dan masa dalam menjayakan program ini. Semoga sumbangan dan kerjasama ini diberkati Allah SWT dan memberi manfaat serta pahala yang berpanjangan kepada semua yang terlibat.
Semoga majlis ini memberi pengalaman baru buat anak-anak pelajar mengucau sugho di zaman belajar.