20/10/2025
SILA AMBIL PERHATIAN SERIUS
Assalaamualaikum. Peringatan untuk semua yang s**a main game:
Cuba check gadget, laptop atau PC anak/cucu sekarang. Tengok ada tak game bawah ni.
Kalau ada, baik terus uninstall sekarang.
Bukan sebab kita nak sekat anak dari “fun.”
Tapi sebab game ni semua dicipta untuk orang dewasa, tapi ramai budak bawah umur yang dah main hari-hari, dengan izin mak ayah sendiri.
Bahkan sebenarnya ada games di bawah terlalu ganas sampaikan kita sendiri pun takut nak main.
1. GTA V (Grand Theft Auto)
Rating: 18+ (Adults Only)
Game ni ajar anak mencuri kereta, pukul orang, langgar pejalan kaki, tembak polis.
Yang menakutkan, bila player makin ganas, maka makin banyak ganjaran.
Apa yang bertambah ngeri, belajar satu benda: kalau nak menang, buat jahat pun tak apa.
Masalahnya, ramai mak ayah pun tak tengok pun rating “18+” kat kotak tu. Atau mungkin buat-buat tak nampak. Asal nampak anak diam, kita bagi je main.
2. PUBG / Free Fire
Rating: 16+
Bayangkan, 100 orang masuk, sorang je hidup.
Untuk survive, kena bunuh semua.
Game ni latih anak jadi “pembunuh yang efisien.”
Dan bila bunuh dapat reward, otak anak mula kaitkan keganasan dengan keseronokan.
3. Mortal Kombat 11
Rating: 18+
Setiap pertarungan habis dengan potong kepala, cabut tulang, koyak badan. Grafik dia real, sampai darah tu macam betul-betul terpercik ke muka.
Ramai budak bawah 13 tahun dah main ni.
Sebab mak ayah fikir, “ala, game je pun.”
4. Manhunt
Rating: 18+ (Banned in multiple countries)
Game ni bukan sekadar ganas, tapi ia ajar pemain cara paling kejam untuk bunuh manusia dan bagi markah kalau pembunuhan tu kreatif.
Di UK dan Australia, game ni diharamkan terus.
Tapi kat Malaysia, boleh download free.
5. Yandere Simulator
Rating: 17+
Pelajar perempuan bunuh orang sebab cinta.
Bunuh, sembunyi mayat, teruskan hidup macam biasa.
Game ni normalisasikan dendam dan obsesi. Ngeri beb.
6. Resident Evil / The Last of Us (Dewasa)
Rating: 18+
Zombie, tembak kepala, darah bersepah.
Kajian dari Iowa State University tunjukkan yang kanak-kanak yang terdedah lama dengan imej ganas, otak mereka jadi kurang aktif pada bahagian empati.
7. Doom Eternal
Rating: 18+
Tiada misi lain kecuali bunuh semua yang bergerak.
Realistik, pantas, ekstrem.
Lepas main lama, otak mula adapt dunia ganas tu sebagai normal.
Itu sebab ada kajian tunjuk, pemain tegar FPS boleh jadi kurang sabar dan lebih agresif.
8. Tetris Effect (VR Mode)
Rating: 10+ (tapi berisiko kalau obses)
Nampak lembut, tapi bila main lama, otak anak boleh alami Game Transfer Phenomenon.
Mereka nampak bentuk jatuh walaupun dah tak main.
Boleh ganggu fokus dan tidur.
9. Postal 2
Rating: 18+ (Banned in 12 countries)
Game ni gila. Pemain boleh kencing atas mayat, bakar sekolah, tembak orang awam.
Langsung tak ada nilai kemanusiaan.
Kalau anak main benda ni, itu bukan hiburan, tapi itu latihan jadi kebal terhadap kesakitan orang lain.
10. Hatred
Rating: 18+ (AO — Adults Only)
Satu objektif: “Bunuh semua manusia.”
Tak ada jalan cerita, tak ada moral.
Bila anak main benda ni, mereka jadi pembunuh, bukan penonton.
Ramai pakar psikologi kata ini antara game paling berisiko untuk minda remaja.
Masalahnya sekarang…
Semua game ni dah jelas tulis 18+ atau Adults Only, tapi mak ayah pun tak tengok pun.
Asal anak diam, bagi phone, bagi iPad, bagi game. Padahal, dalam skrin tu, anak tengah belajar cara membunuh tanpa rasa bersalah.
Mak ayah,
Anak-anak ni bukan lahir jadi jahat.
Tapi bila dunia maya yang ajar mereka bunuh, langgar, hina, jiwa mereka hilang perlahan-lahan.
Game tu bukan sekadar hiburan.
Itu pendidik senyap yang boleh bentuk hati anak jadi batu, kalau kita terus buat-buat tak nampak.
bossF,
MommyHana