KAFA Integrasi Al-Aman

KAFA Integrasi Al-Aman Sekolah KAFA Integrasi Al-Aman

๐Ÿ†๐Ÿฅ‡๐Ÿ“ธ๐Ÿ†๐Ÿฅ‡๐Ÿ“ธ๐Ÿ†๐Ÿฅ‡๐Ÿ“ธ๐Ÿ†๐Ÿฅ‡๐Ÿ“ธ๐Ÿ†๐Ÿฅ‡๐Ÿ“ธISNIN | 27/08/2026 | SURAU SEKOLAH KAFA Integrasi Al-Aman  PUCHONG MAJLIS AMANAT KECEMERLANGAN, PENGANUGE...
27/07/2026

๐Ÿ†๐Ÿฅ‡๐Ÿ“ธ๐Ÿ†๐Ÿฅ‡๐Ÿ“ธ๐Ÿ†๐Ÿฅ‡๐Ÿ“ธ๐Ÿ†๐Ÿฅ‡๐Ÿ“ธ๐Ÿ†๐Ÿฅ‡๐Ÿ“ธ

ISNIN | 27/08/2026 | SURAU SEKOLAH
KAFA Integrasi Al-Aman PUCHONG

MAJLIS AMANAT KECEMERLANGAN, PENGANUGERAHAN PEMAKAIAN VEST UNTUK MURID MUMTAZ PEPERIKSAAN PERCUBAAN PSRA DAERAH PETALING KALI-1 & MAKLUMAN PELAN KECEMERLANGAN PSRA2026

Sebagai menaikkan rasa semangat untuk terus mumtaz dalam peperiksaan terutama dalam PSRA, pihak sekolah telah menganugerahkan pemakaian vest kepada 17 murid MUMTAZ PPPSRADPK-1

๐Ÿ”ฅSemoga dengan pemakaian vest ini akan terus membangkitkan rasa semangat untuk terus cemerlang dalam akademik terutamanya PSRA yang akan tiba dalam tempoh 55 hari lagi
dan
bukan sahaja kepada murid berkenaan sahaja tetapi kepada murid-murid lain juga untuk mencapai target MUMTAZ & 100% lulus.

๐Ÿ”ฅ jom bantu anak-anak untuk capai MUMTAZ & 100% lulus dalam PPPSRA peringkat Daerah PETALING KALI-2 nanti (17-21/8/2026).

Semoga sesi pertemuan ini menjadi pemangkin yang lebih berkesan untuk perubahan sikap, kesediaan belajar dan peningkatan prestasi yang bakal ditempuhi oleh Anak Soleh Solehah Tahun 6.
ุงู„ู„ู‡ู… ุขู…ูŠู† ๐Ÿคฒ๐Ÿป




Alhamdulillah... Masih direzekikan oleh Allah untuk anak-anak menuntut ilmu taman-taman syurga, menghiasi hati dengan ca...
24/07/2026

Alhamdulillah...
Masih direzekikan oleh Allah untuk anak-anak
menuntut ilmu taman-taman syurga, menghiasi hati dengan cahaya ilmu dan dimulai dengan doa-doa yang indah buat kedua ibu bapa, di selangi selawat dan puji syukur /zikrullah..

Di sekolah ini juga, kami menghidupkan amalan khair seperti bersama-sama menjaga kebersihan kelas, persekitaran dan kawasan sekolah.
8 item dititikberatkan untuk pembudayaan amal khair ini..
ia memberi fokus kepada kerohanian dan kebersihan persekitaran bagi melahirkan murid yang berakhlak mulia.

Terdapat 8 teras utama dalam modul ini:
1. Minda Mumtaz (Kelas)
2. Haruman Kasturi (Tandas)
3. Halalan Toyyiban (Kantin)
4. Laluan Rasif (Kaki lima/longkang)
5. Titian Jannah (Surau/Dewan)
6. Hadiqah (taman/pagar)
7. Khizanah (setor & garaj)
8. Infaq & Sedekah (Amalan memberi)

Terima kasih ibu ayah yang menghantar anak-anak awal ke sekolah..
HADIR AWAL TANDA DISIPLIN, MEMBENTUK INSAN BERTAQWA & BERSEDIA MENUJU KEJAYAAN

Semoga setiap patah bicara yang lahir daripada hati yang ikhlas menjadi saksi kebaikan yang mengalir tanpa putus hingga ke akhirat.

Ya Allah...
Peliharalah para guru kami, kurniakan mereka kesihatan, kekuatan, kesabaran, kegembiraan dan keberkatan usia dalam menyampaikan ilmuMu kepada anak bangsa..

Semoga setiap hari Jumaat terus menjadi medan untuk kita menyucikan hati, menambah amal dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Amin Ya Rabbal 'Alaminn

๐Ÿ“š KELAS TAMBAHAN TAHUN 5&6 2026PERSEDIAAN MENGHADAPI UPKK & PSRA๐Ÿ“… Setiap hari Sabtu๐Ÿ•ฃ 8.00 pagi โ€“ 11.00 pagi๐Ÿ“– Subjek: gil...
18/07/2026

๐Ÿ“š KELAS TAMBAHAN TAHUN 5&6 2026
PERSEDIAAN MENGHADAPI UPKK & PSRA

๐Ÿ“… Setiap hari Sabtu
๐Ÿ•ฃ 8.00 pagi โ€“ 11.00 pagi
๐Ÿ“– Subjek: giliran subjek

Kelas tambahan ini diadakan bagi memperkukuh penguasaan murid dalam semua mata pelajaran sebagai persediaan ke arah kecemerlangan akademik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat atas komitmen, dedikasi serta kesungguhan dalam menjayakan kelas tambahan sabtu setiap minggu.

Semoga segala usaha murni ini menjadi asbab kepada kejayaan dan kecemerlangan murid-murid KAFAI AL-AMAN PUCHONG.. aminnn



17/07/2026

Suasana pagi Jumaat seawal 7.30pagi.

Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad..

โ€œBarangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga.

Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qurโ€™an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan),

diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nyaโ€.
[Riwayat Muslim

Bismillahirrahmanirrahim..MINGGU PERCUBAAN PEPERIKSAAN PSRA DAERAH PETALING KALI-1 2026ISNIN Hingga JUMAAT13 hingga 17/0...
14/07/2026

Bismillahirrahmanirrahim..

MINGGU PERCUBAAN PEPERIKSAAN PSRA DAERAH PETALING KALI-1 2026

ISNIN Hingga JUMAAT
13 hingga 17/07/2026
1 jam 30 minit.

Kata-kata semangat buat anak-anak calon PSRA2026:-

Ujian dan kepayahan memang pahit.
Namun hal itu jadi pemangkin untuk sebuah kejayaan yang manis.

Ia akan menguatkan jiwa.
Ia akan membuat kita jadi lebih cekal.
Ia akan menjadikan kita insan yang lebih tabah.

Hari ini, kita berjuang lagi. Gunakan kudrat dan usaha bersungguh-sungguh.
Tempuh dengan sabar, yakin & bertawakal.

Semoga 96 calon PSRA 2026,
100% lulus & 45 orang mumtaz..
Aminnn...

Semoga kejayaan di dunia & di akhirat mengiringi anak-anak ini & kita semua... Insya-Allah. Aminn

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูKeputusan Penuh KAMIL SAN BPI JAIS Peringkat Negeri Selangor Tahun 2...
12/07/2026

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Keputusan Penuh KAMIL SAN BPI JAIS Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 bagi Kontijen KAFAI AL-AMAN PUCHONG & ACARA BERCERITA (L) MEWAKILI DAERAH PETALING

ALHAMDULILLAH.
๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰TAHNIAH & SYABAS MUHAMMAD AL-FATEH BIN NOORHILMI BERJAYA MENDAPAT JOHAN BAGI ACARA BERCERITA (L) ๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰

Tahniah dan syabas di ucapkan kepada Guru Pembimbing Ustazah Nurizzatul Adawiyah Mohd Noor, ibu bapa peserta dan semua yang terlibat atas kejayaan AL-FATEH ini.

Tahniah dan syabas di ucapkan sekali lagi ๐Ÿค—

SEMOGA BERJAYA MENDAPAT JOHAN DIPERINGKAT KEBANGSAAN akan datang. insyaallah aminnn

ALHAMDULILLAHJUMAAT03/07/2026KELAS ANAK MASING-MASINGHARI SESI DIALOG AKADEMIK & MENANDATANGANI KAD KEMAJUAN TAHUN 2026 ...
06/07/2026

ALHAMDULILLAH

JUMAAT
03/07/2026
KELAS ANAK MASING-MASING

HARI SESI DIALOG AKADEMIK & MENANDATANGANI KAD KEMAJUAN TAHUN 2026 TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya Hari sesi dialog akademik & menandatangani kad kemajuan Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dalam suasana yang harmoni, penuh kemesraan dan berjalan dengan lancar.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa untuk hadir, memberikan kerjasama serta berkongsi pandangan sepanjang sesi pertemuan bersama guru-guru.

Kehadiran dan komitmen yang ditunjukkan membuktikan bahawa pendidikan anak-anak adalah satu tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara pihak sekolah dan keluarga.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga kita terus melangkah seiring dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu, beriman dan beramal.

Dikongsikan moment indah sesi pagi & petang untuk kenangan kita bersama...


Assalamualaikum wbt..๐Ÿ’ŒMakluman & jemputan menghadiri hari sesi dialog akademik & menandatangani kad kemajuan.Semua ibu b...
02/07/2026

Assalamualaikum wbt..

๐Ÿ’ŒMakluman & jemputan menghadiri hari sesi dialog akademik & menandatangani kad kemajuan.

Semua ibu bapa dijemput hadir.

Terima kasih

๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ†PENYERAHAN PIALA/HADIAH KEPADA PESERTA KAMIL SAN DAERAH PETALINGISNIN22/06/2026DATARAN MUMTAZ, KAFAI AL-AMAN PUCHONG๐Ÿคฒ...
23/06/2026

๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ†PENYERAHAN PIALA/HADIAH KEPADA PESERTA KAMIL SAN DAERAH PETALING

ISNIN
22/06/2026
DATARAN MUMTAZ, KAFAI AL-AMAN PUCHONG

๐Ÿคฒ๐ŸปAlhamdulillah, segala puji bagi ALLAH..

๐Ÿ†NAIB JOHAN KESELURUHAN MIISRA DALAM KAMIL SAN 2026 PERINGKAT DAERAH PETALING 2026 akan sentiasa menjadi pencapaian yang membanggakan buat seluruh warga AL-AMAN.. tahniah & syabassss ๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰

Walaupun pada kali ini HANYA 1 ACARA BERCERITA (L) WAKIL AL-AMAN PUCHONG ke peringkat negeri, namun kami tetap berbangga dengan kesungguhan, keberanian dan semangat juang yang telah ditunjukkan oleh semua peserta sepanjang pertandingan berlangsung.

๐ŸŒŸ Buat anak-anak AL-AMAN PUCHONG,
Jangan sesekali melihat keputusan hari ini sebagai pengakhiran. Setiap pengalaman adalah pelajaran, setiap cabaran adalah peluang untuk menjadi lebih baik. Kalian telah berusaha dengan sebaik mungkin dan itulah kejayaan yang sebenar.

Kalah bukan bererti gagal.
Kalah hanya bermaksud masih ada ruang untuk diperbaiki.

Teruskan melangkah, teruskan berusaha dan jangan pernah berhenti bermimpi.

๐ŸŒน Sejuta penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz AQIL AHLAMI BIN SAIDI SELAKU GURU KOKURIKULUM atas komitmen, kepimpinan dan usaha yang cemerlang sepanjang menguruskan kontinjen sekolah

๐Ÿ‘ Sekalung tahniah dan penghargaan kepada seluruh guru-guru pembimbing yang telah bertungkus-lumus melatih, membimbing dan mengorbankan masa serta tenaga demi memastikan anak-anak ini dapat memberikan persembahan terbaik.

๐Ÿ‘terima kasih ibu ayah kerana memberi sokongan yang baik terhadap semua program dirancang.

Kejayaan bukan diukur pada sejauh mana kita melangkah, tetapi sejauh mana kita bangkit apabila diuji.

๐Ÿ’ช We will learn.
๐Ÿ’ช We will improve.
๐Ÿ’ช We will come back stronger.

Insya-Allah, Al-AMAN akan kembali dengan lebih kuat pada masa hadapan.



Address

Jalan Jurutera, Kampung Sri Aman, Batu 13
Puchong
47150

Telephone

+60380900056

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Integrasi Al-Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to KAFA Integrasi Al-Aman:

Share

Category