21/08/2026
β’
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penutup Minggu Inovasi dan Eksplorasi STEM (MIDES) 2026 ππ¬β¨
Sepanjang MIDES 2026 berlangsung, murid-murid El-Khawarizmi Puchong telah diberi peluang untuk meneroka dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pelbagai aktiviti, eksperimen serta pertandingan projek yang menarikπ§ͺπ€π‘
Majlis penutup ini menjadi kemuncak kepada minggu yang penuh dengan penerokaan, kreativiti dan inovasi, sekali gus memberi ruang kepada murid untuk mempamerkan hasil usaha serta idea hebat mereka. π
Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat, keberanian dan kreativiti sepanjang MIDES 2026! ππ»π
Terima kasih juga kepada barisan guru yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Semoga pengalaman ini terus menyemarakkan minat anak-anak El-Khawarizmi untuk meneroka, mencipta dan berinovasi! π
Jumpa lagi di MIDES akan datang! π«