PIBG SK Taman Putra Perdana 2

PIBG SK Taman Putra Perdana 2 FB PIBG SK Taman Putra Perdana 2 merupakan platform untuk menyampaikan informasi dan aktiviti persatuan serta mengeratkan silaturahim antara semua.

SELAMAT BERSARA DATIN HAJJAH NORA MANTAN PK HEM SK TAMAN PUTRA PERDANA 2.Kami PIBG SK Taman Putra Perdana 2 mengucapkan ...
22/08/2026

SELAMAT BERSARA DATIN HAJJAH NORA MANTAN PK HEM SK TAMAN PUTRA PERDANA 2.

Kami PIBG SK Taman Putra Perdana 2 mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas segala jasa bakti Datin.

Semoga Datin menikmati fasa baharu kehidupan ini dengan penuh kebahagiaan bersama keluarga tercinta.❀️✨

Alhamdulillah, Tahniah Anak-Anak SKTPP2! πŸ†πŸ‡²πŸ‡ΎAlhamdulillah, sukacita untuk saya kongsikan kejayaan anak-anak SKTPP2 di lu...
16/08/2026

Alhamdulillah, Tahniah Anak-Anak SKTPP2! πŸ†πŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah, sukacita untuk saya kongsikan kejayaan anak-anak SKTPP2 di luar sekolah yang terus mengharumkan nama sekolah, Daerah Sepang malah mewakili Negeri Selangor dalam pelbagai pertandingan dan kejohanan.

Satu penghormatan dan kebanggaan yang amat besar apabila anak-anak murid SKTPP2 berjaya mengibarkan bendera sekolah, Daerah Sepang dan Negeri Selangor di setiap podium pertandingan. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ«πŸ†

Setiap kali bendera SKTPP2 dikibarkan di podium, ia bukan sekadar kemenangan seorang murid, tetapi menjadi simbol usaha, pengorbanan, semangat juang dan kejayaan seluruh warga SKTPP2.

Kejayaan ini pastinya menjadi satu kebanggaan buat ibu bapa dan seluruh warga SKTPP2. Melalui PIBG, kami sentiasa berusaha memberikan sokongan dari aspek kewangan, moral serta keperluan peralatan bagi membantu anak-anak mencapai kejayaan yang lebih besar.

Namun, paling utama dan tidak ternilai, jutaan terima kasih kepada guru-guru pengiring yang sentiasa bersedia menerima amanah membawa anak-anak menyertai pelbagai pertandingan.

Pengorbanan seorang guru dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan masa bersama keluarga amat besar nilainya. Ada kalanya guru pengiring terpaksa meninggalkan tugasan di sekolah dan bergantung kepada guru relief/ganti untuk memastikan proses pembelajaran anak-anak terus berjalan.

Segala pengorbanan ini tidak mungkin terbalas hanya dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala jasa dan keikhlasan guru-guru semua.

Tahun 2026 sememangnya menjadi tahun kegemilangan anak-anak SKTPP2! 🌟

Terus unggul dalam bidang kokurikulum, terus berani mencuba, terus membawa nama sekolah dengan penuh kebanggaan dan terus mencipta kejayaan.

Saya selaku YDP PIBG SKTPP2 ingin menzahirkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada:

πŸ‘ Barisan Guru Pentadbir
πŸ‘ Guru-guru Panitia
πŸ‘ Guru-guru Pengiring
πŸ‘ Anak-anak murid SKTPP2
πŸ‘ Ibu bapa
πŸ‘ Seluruh warga SKTPP2

Terima kasih atas usaha, sokongan, pengorbanan dan kepercayaan yang diberikan.

πŸ‡²πŸ‡Ύ SKTPP2 TERUS UNGGUL! πŸ†
Bersama Kita Sokong, Bersama Kita Raikan Kejayaan Anak-Anak.

β€” Wan Mohd Syazwan
YDP PIBG SK Taman Putra Perdana 2

Aslm wbt & selamat sejahtera PUTERI PPIM di Masjid Sultan Hishamuddin BBST.1.Nur Haura Azkiya' 2.Nayla Afifah 3.Inas Hum...
16/08/2026

Aslm wbt & selamat sejahtera

PUTERI PPIM di Masjid Sultan Hishamuddin BBST.

1.Nur Haura Azkiya'
2.Nayla Afifah
3.Inas Humaira

Tahniah Inas Humaira tempat ke 3 Bercerita sempena Hari Puteri PPIM

Terus gemilang SKTPP2 πŸ”₯

ENGLISH LANGUAGE CARNIVAL 2026 (SEPANG DISTRICT-LEVEL)On 11 July 2026, SKTPP2 was proudly represented at the Sepang Dist...
16/08/2026

ENGLISH LANGUAGE CARNIVAL 2026 (SEPANG DISTRICT-LEVEL)

On 11 July 2026, SKTPP2 was proudly represented at the Sepang District English Language Carnival.

Our heartfelt congratulations to these amazing pupils who took part in the competitions:

πŸ“š Dare To Spell
Muhammad Faris bin Mohammad Faizal (5 Bakawali)

🎀 Public Speaking
Putera Ammar Dzakwan bin Mohd Izwan (6 Angsana)

A huge congratulations and well done to both participants for giving your best and representing our school with courage and confidence.✨

We hope this experience will inspire everyone to continue reaching for greater heights and making SKTPP2 proud! πŸ₯³πŸ‘πŸ»

Assalamualaikum semua! 😊 Panitia Sejarah memerlukan 4 orang sukarelawan ibu bapa untuk mengecat dinding Galeri Sejarah p...
05/08/2026

Assalamualaikum semua!

😊 Panitia Sejarah memerlukan 4 orang sukarelawan ibu bapa untuk mengecat dinding Galeri Sejarah pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) jam 8 pagi di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2
Bahan mengecat disediakan.

Jom sertai kami! πŸŽ¨πŸ‘©β€πŸŽ¨

*MAKLUMAN KEPUTUSAN & RAYUAN PERMOHONAN ePRASEKOLAH 2027*Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan kepada semua ib...
05/08/2026

*MAKLUMAN KEPUTUSAN & RAYUAN PERMOHONAN ePRASEKOLAH 2027*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan kepada semua ibu bapa/penjaga yang telah membuat permohonan kemasukan ePrasekolah bagi sesi 2027, sila ambil perhatian terhadap tarikh-tarikh penting berikut:

πŸ—“οΈ 5 Ogos 2026
βœ… Semakan keputusan permohonan boleh dibuat melalui sistem ePrasekolah.
πŸ“„ Bagi permohonan secara manual, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan melalui surat.

πŸ—“οΈ 5 – 20 Ogos 2026
βœ… Permohonan rayuan bagi calon yang tidak berjaya hendaklah dibuat secara dalam talian melalui sistem ePrasekolah.
❗ Ibu bapa tidak perlu hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk urusan rayuan.

πŸ—“οΈ 10 September 2026
βœ… Semakan keputusan rayuan boleh dibuat melalui sistem ePrasekolah.

Mohon ibu bapa/penjaga menyimpan tarikh-tarikh penting ini dan membuat semakan serta rayuan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Terima kasih.

Daripada:
- PIBG SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2)
- Penyelaras Prasekolah

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Dya Nadyah, Che Nana Gegeh, JaCk ReMy, MJani Husin, Wendy...
05/08/2026

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Dya Nadyah, Che Nana Gegeh, JaCk ReMy, MJani Husin, Wendy Soon, Sriyati Sheran

02/08/2026

Dukacita dimaklumkan, kepala paip ni patah lagi Jumaat lepas πŸ˜₯, walaupun baru ditukar.

Mohon sangat kerjasama daripada ibu bapa & penjaga semua pesan kepada anak masing-masing tolong jaga harta benda sekolah ya. πŸ™πŸ˜”




Updated: Telah ditukar baru

Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga. πŸ“£ Anda diminta untuk membuat pengesahan pendaftaran murid Tahun 1 bagi Sesi 2027 ...
02/08/2026

Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga. πŸ“£

Anda diminta untuk membuat pengesahan pendaftaran murid Tahun 1 bagi Sesi 2027 di SK Taman Putra Perdana 2.

🏫 Tempoh pengesahan bermula dari 1 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026 pada waktu pejabat.

Dokumen yang perlu dibawa:

βœ… Surat kelulusan penempatan murid Tahun Satu 2027 ( perlu dicetak sendiri).
βœ…Dua keping gambar
βœ…RM40.00 bayaran untuk fail,Modul Transisi dan tanda nama.

Kerjasama anda amat dihargai bagi memastikan urusan kemasukan pendaftaran berjalan lancar. ✨

Address

Taman Putra Perdana Puchong
Puchong
47130

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Taman Putra Perdana 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PIBG SK Taman Putra Perdana 2:

Shortcuts

Share