SK Bukit Kuchai Gemilang

SK Bukit Kuchai Gemilang Beri sokongan pada FB SK Bukit Kuchai Gemilang. Caranya sangat mudah cuma tekan "LIKE".

18/08/2026

Program Sentuhan Warisan: Wayang Kulit ✨

Alhamdulillah, Program Sentuhan Warisan: Wayang Kulit anjuran Panitia Sejarah telah berlangsung dengan jayanya dan melibatkan penyertaan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Muzium Etnologi Dunia Melayu atas kerjasama, perkongsian ilmu, bengkel, demonstrasi serta pameran yang amat bermakna.

Berkilau indah si lampu pelita,
Warisan bangsa terus dipelihara;
Wayang kulit menyatu budaya kita,
Ilmu diwaris sepanjang masa.

Semoga program seperti ini terus menyemai rasa cinta terhadap warisan budaya, menghargai sejarah negara serta memupuk semangat memelihara khazanah bangsa dalam kalangan murid. 🌷

🎉 TAHNIAH WARGA SK BUKIT KUCHAI! 🎉Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para murid dan guru pembimbing...
23/07/2026

🎉 TAHNIAH WARGA SK BUKIT KUCHAI! 🎉

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para murid dan guru pembimbing atas kejayaan yang membanggakan dalam Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Petaling Perdana 2026.

🏆 Pencapaian SK Bukit Kuchai:
✨ Johan Pertandingan Pidato
👩🏻‍🎓 Nur Zara Alisha binti Mohd Hairulnizam

✨ Johan Pertandingan Bercerita
👧🏻 Nurqasyifah Najwa binti Asffarizal

✨ Tempat Keempat Gema Pantun Warisan Madani (Sekolah Rendah)
👧🏻 Amni Husna
👧🏻 Maryam Humaira
👧🏻 Melvinder Singh
👧🏻 Naurah Qaleesya
👧🏻 Rania Azzahra

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para murid, bimbingan penuh dedikasi guru pembimbing Cikgu Ily Khaliesah serta sokongan padu daripada ibu bapa dan seluruh warga sekolah. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus mengembangkan bakat, menguasai Bahasa Melayu dengan cemerlang dan mengharumkan nama sekolah pada peringkat yang lebih tinggi.

Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kecemerlangan demi SK Bukit Kuchai. 🌟

🌟 TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA🌟🌸Warga SK Bukit Kuchai merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:🎉 Adik Ammar Fateh bin Mo...
22/07/2026

🌟 TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA🌟

🌸Warga SK Bukit Kuchai merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

🎉 Adik Ammar Fateh bin Mohd Faiz
atas kejayaan mengharumkan nama sekolah apabila terpilih mewakili Malaysia dalam International Robot Challenge 2026 (Ocean X) yang akan berlangsung pada:

📅 7 – 10 Ogos 2026
📍 Beijing National Speed Skating Oval, Beijing, China

➡️ Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa murid SK Bukit Kuchai mampu bersaing di peringkat antarabangsa melalui bakat, kreativiti dan inovasi dalam bidang robotik.

➡️ Semoga Adik Ammar Fateh terus bersemangat, berusaha dengan penuh keyakinan dan berjaya mengharumkan nama SK Bukit Kuchai, negeri Selangor dan Malaysia di persada dunia.

➡️ Seluruh warga SK Bukit Kuchai mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Malaysia Boleh! 🇲🇾
SK Bukit Kuchai Boleh! 💙💛

🌸 TAHNIAH & SYABAS! 🌸Warga SK Bukit Kuchai mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang telah mengharumka...
16/07/2026

🌸 TAHNIAH & SYABAS! 🌸

Warga SK Bukit Kuchai mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Pertandingan Hari Puteri (PPIM) Peringkat Daerah PPD Petaling Perdana 2026.

🏆 Johan Bercerita Kisah Nabi
👧 Nurqasyifah Najwa binti Asffarizal
(5 Inovatif)
📍Seterusnya layak ke Peringkat Negeri pada 25 Julai 2026

🥈 Naib Johan Video Motivasi
👧 Nur Rania Azzahra binti Mohamed Najib
(5 Inovatif)
👧 Naurah Qaleesya binti Mohd Hafiz
(5 Kreatif)

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih murid, bimbingan Jurulatih ( Ustazah Che Maziah, Ustazah Norfadhilah serta sokongan padu daripada Barisan Pentadbir SK Bukit Kuchai serta ibu bapa. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Bukit Kuchai untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

🌟 Syabas dan semoga terus melakar lebih banyak kejayaan!






✨Temasya Sukaneka Prasekolah dan Tahap 12025✨ Tarikh: 9 Mei 2025Hari: JumaatSungguh keras si besi baja,    Besi dilebur ...
09/05/2025

✨Temasya Sukaneka Prasekolah dan Tahap 1
2025✨


Tarikh: 9 Mei 2025
Hari: Jumaat

Sungguh keras si besi baja,
Besi dilebur lalu dilentur;
Semangat membara bersifat waja,
Maju berjuang pantang berundur.

Dalam gelanggang gagah berlawan,
Semangat sukan bermusuh tiada;
Kalah menang adat pertandingan,
Apapun keputusan diterima rela.

Tahniah kepada semua peserta yang terlibat🌷

✨Temasya Sukaneka Prasekolah dan Tahap 1 2025✨ Tarikh: 9 Mei 2025Hari: JumaatSungguh keras si besi baja,   Besi dilebur ...
09/05/2025

✨Temasya Sukaneka Prasekolah dan Tahap 1 2025✨


Tarikh: 9 Mei 2025
Hari: Jumaat

Sungguh keras si besi baja,
Besi dilebur lalu dilentur;
Semangat membara bersifat waja,
Maju berjuang pantang berundur.

Dalam gelanggang gagah berlawan,
Semangat sukan bermusuh tiada;
Kalah menang adat pertandingan,
Apapun keputusan diterima rela.

Tahniah kepada semua peserta yang terlibat🌷

📢 *INFAQ RAMADAN SK BUKIT KUCHAI(SKBK)**Rebut peluang berinfaq di bulan mulia!*Kami membuka peluang untuk ibu bapa/penja...
11/03/2025

📢 *INFAQ RAMADAN SK BUKIT KUCHAI(SKBK)*
*Rebut peluang berinfaq di bulan mulia!*

Kami membuka peluang untuk ibu bapa/penjaga dan orang ramai menyumbang dalam Infaq Ramadan SK Bukit Kuchai bagi membeli 10 set meja dan kerusi kantin untuk menampung pertambahan murid setiap tahun serta bagi menjamin keselesaan murid-murid di SKBK.

🎯 Sasaran Infaq: *RM10,000.00*
🎯 Jumlah unit diperlukan: *10 unit meja & kerusi*
🎯 Minimum Infaq: *RM15/lot*

Jom bersama-sama menyumbang demi manfaat murid² SKBK!

📌 Butiran sumbangan:
✅ *CIMB Bank Berhad: 80-0297331-1 (PIBG SEK KEB BUKIT KUCHAI, PUCHONG)*
✅ Rujukan: *Infaq Ramadan SKBK*
✅ Sila WhatsApp slip sumbangan anda kepada Pn Nurul Nafiza di wa.link/08i1mh
atau
📌 Berikut adalah link kepada platform HerePay bagi sumbangan anda:
🔗 https://app.herepay.org/pibg-sk-bukit-kuchai/pf_0003 (caj RM0.70/transaksi)

Ayuh ramai2 kita kongsi rezeki dan sumbang kepada usaha ini. Pahala berterusan, manfaat berpanjangan.

Sebar-sebarkan! Terima Kasih atas sokongan dan kerjasama anda.

PIBG SK Bukit Kuchai
Sesi 2024/25

Address

SK Bukit Kuchai, Jalan 17, Taman Bukit Kuchai
Puchong
47100

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+60380763780

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Bukit Kuchai Gemilang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Bukit Kuchai Gemilang:

Shortcuts

Share

Category