SK Puchong Indah

SK Puchong Indah

Share

Lawati laman web rasmi kami di URL berikut :

http://skpuchongindah.blogspot.com

Laman ini merupakan laman rasmi bagi Sk Puchong Indah.Diwujudkan untuk berkongsi pelbagai info berkaitan aktiviti dan program di sekolah.Semoga bermanfaat.

24/05/2026

✨ PUASA SUNAT ARAFAH ✨

🗓 Tarikh:
26 Mei 2026 / 9 Zulhijjah 1447H (Selasa)

🎯 Sasaran:
Semua warga SKPI

🌟 Galakan Puasa sunat Hari Arafah
🌟 Semua guru, anak-anak dan ahli keluarga sangat digalakkan untuk berpuasa sunat.
🌟 Ibu ayah boleh bantu anak-anak bangun sahur dan berpuasa bersama-sama.
🌟 Semoga amalan puasa sunat Hari Arafah ini menjadi asbab keampunan dosa dan membentuk peribadi murid yang berakhlak mulia serta dekat dengan Allah SWT.

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB SK PUCHONG INDAH

23/05/2026

"SELANGKAH KEHADIRAN, SEJUTA HARAPAN"

Kami warga SKPI juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran puan sebagai Penolong Kanan Petang dalam keluarga besar kami. Semoga dapat bersama memacu kejayaan ke arah kecemerlangan sekolah ini.

23/05/2026

"BAKTI DISANJUNG, BUDI DIJUNJUNG"

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan bakti sepanjang 22 tahun mencurah khidmat di sekolah ini. Sekalung tahniah juga atas perlantikan sebagai Penolong Kanan Petang. Kenangan dan sumbangan yang ditinggalkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga sekolah.

Photos from SK Puchong Indah's post 23/05/2026

Lensa kamera Sambutan Hari Guru (sesi petang)
22/5/2026 Jumaat
Tema: Sekiranya aku bukan guru.

Photos from SK Puchong Indah's post 23/05/2026
Photos from SK Puchong Indah's post 23/05/2026

Lensa Kamera: Sambutan hari guru 2026
22/5/2026 Jumaat (Sesi pagi)
Tema: Sekiranya aku bukan guru.

18/05/2026
18/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga SKPI 🤍

Mohon doa daripada semua, buat pasukan bahas SKPI yang akan mewakili sekolah ke Pertandingan Bahas Peringkat Negeri sebentar lagi. Semoga mereka diberikan ketenangan, keyakinan, idea yang bernas serta dipermudahkan segala urusan sepanjang pertandingan berlangsung.

Semoga usaha dan semangat mereka membuahkan kejayaan serta mengharumkan nama sekolah.

Terima kasih atas doa dan sokongan semua 🌷

17/05/2026

GURU BITARA, NADI NEGARA ✨
Selamat Hari Guru Tahun 2026 diucapkan kepada seluruh warga pendidik, terutamanya barisan pentadbir dan guru-guru hebat di Sekolah Kebangsaan Puchong Indah! 🎓
Terima kasih atas segala pengorbanan, keringat, dan dedikasi yang tidak pernah luntur dalam mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara. Segala jasa murni cikgu akan sentiasa mekar di sanubari kami.
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan guru-guru dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda, diberikan kesihatan yang baik, serta keberkatan dalam hidup.

Want your school to be the top-listed School/college in Puchong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Jalan Indah 2/1, Taman Puchong Indah
Puchong
47150

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 17:00