05/09/2026
KEMBARA SURABAYA, GN.BROMO, KOTA MALANG DAN KOTA BATU (JAWA TIMUR) 2026 ๐ฒ๐จ๐โฐ๏ธโบ๏ธ
Jutaan terima kasih dan tahniah kepada guru yang telah berkhidmat membantu dan menabur jasa sepanjang penubuhan PASTI MUSโAB UMAIR sejak dari 2016. Sempena cuti sekolah pada bulan September 2026 ini, pihak pengurusan berbesar hati membawa 3 orang guru yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun dan juga seorang pembantu pengurusan murid untuk kami bawa berkelana ke negara jiran seberang.
Semoga dengan peluang kembara ini guru-guru dapat melihat dengan lebih luas kebesaran ciptaan Allah SWT, mengenali budaya dan adat masyarakat luar, menambah pengalaman hidup, lebih mencintai negara sendiri, dapat membentuk diri menjadi insan yang lebih matang, membina keyakinan diri, mendapat inspirasi dan idea baru serta dapat merehatkan minda untuk kembali menjadi insan dan pendidik dengan lebih baik.