PPKI SK Puchong Utama 3

PPKI SK Puchong Utama 3 Program Pendidikan Khas Integrasi SK Puchong Utama 3. HARAPAN MEREKA ASPIRASI BERSAMA

✨ TAHNIAH & SYABAS WARGA PPKI SK PUCHONG UTAMA 3 ✨Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas pencapaian cemerlang mu...
05/07/2026

✨ TAHNIAH & SYABAS WARGA PPKI SK PUCHONG UTAMA 3 ✨

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas pencapaian cemerlang murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Puchong Utama 3 dalam Karnival Mahabbah Pendidikan Khas Daerah Petaling Perdana 2026 yang telah berlangsung pada 1–2 Julai 2026.

PPKI SK Puchong Utama 3 telah menghantar penyertaan bagi 6 daripada 8 acara yang dipertandingkan, iaitu:
📖 Bercerita Kisah al-Quran
🖋️ Khat
🕌 Hafazan al-Quran
🎤 Deklamasi Sajak
📖 Tilawah al-Quran
📢 Azan

Lebih membanggakan, 4 daripada 6 penyertaan telah berjaya meraih kemenangan, sekali gus membuktikan bahawa murid-murid berkeperluan khas mampu menyerlahkan bakat, potensi dan kecemerlangan mereka di pentas pertandingan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan kasih kepada semua murid, guru pembimbing, ibu bapa serta seluruh warga sekolah yang sentiasa memberikan sokongan dan doa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua peserta! Anda semua adalah kebanggaan PPKI SK Puchong Utama 3. 💚💛






Address

Jalan PU 1, Taman Puchong Utama
Puchong
47100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPKI SK Puchong Utama 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share