26/05/2026
Majlis Sanjungan Budi, Jasamu Dikenangβ¨
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala jasa, pengorbanan dan bimbingan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Kehadiran dan kepimpinan Tuan Haji sentiasa menjadi inspirasi buat guru-guru serta murid-murid.
Semoga Tuan Haji terus diberikan kekuatan, kesihatan dan dipermudahkan segala urusan untuk terus menabur bakti dengan cemerlang di sekolah baharu.
Jasamu sentiasa dikenang β€οΈ
21/05/2026
πββοΈπ₯SUKAN TAHUNAN SEMESTIB 2026
Tahniah semua warga sekolah yang menjayakan Sukan Tahunan kali ini. Penat, panas, tapi penuh semangat dan kenangan πͺπ
21/05/2026
Salam Kemenangan ITEX 2026π ππππππ
Tuan Pengetua, Pentadbir, GKMP, PIBG dan seluruh Warga SEMESTIB.
Dengan penuh keterujaan diumumkan bahawa TEAM ITEX SMK SEKSYEN 3 BANDAR KINRARA telah berjaya membawa pulang 8 Anugerah kemenangan untuk kesemua 8 pasukan ITEX bagi Tahun 2026.
Pertandingan Peringkat Antarabangsa ini melibatkan 900 penyertaan dari 8 buah negara yang terdiri daripada pelbagai peringkat.
π
Pencapaian TEAM ITEX SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara:
π₯ 3 Gold Award
π₯ 4 Silver Award
π₯ 1 Bronze Award
β¨ Lonjakan prestasi yang amat membanggakan berbanding tahun lalu dengan pencapaian 1 Gold Award.
π Senarai anugerah yang diraih:
π₯ Petal and Paw β Gold Award
π₯ Clog Away β Gold Award
π₯ Anti Theft β Gold Award
π₯ MyMurid β Silver Award
π₯ The Catalyst β Silver Award
π₯ Paw Tracker β Silver Award
π₯ Signwaves β Silver Award
π₯ Metaform Glasses β Bronze Award
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli TEAM ITEX serta guru-guru pembimbing atas usaha, komitmen dan kejayaan yang amat membanggakan ini.
πΈ Lebih membanggakan, pada tahun ini salah seorang guru SEMESTIB turut menerima pengiktirafan khas atas dedikasi dan kecemerlangan dalam pertandingan ITEX.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada:
πΊ PUAN SUNEETA DEVI A/P SEWA SHAH πΊ
atas pencapaian cemerlang beliau menerima anugerah:
π TAN SRI ONG AWARD FOR MOST OUTSTANDING TEACHER 2026 π
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. π«
19/05/2026
From classrooms to innovation hallsπ₯³
Our students and teachers proudly represented our school at ITEX 2026 from 18β20 May 2026. A journey filled with creativity, teamwork, inspiration, and unforgettable experiences. Proud of every effort, every idea, and every moment shared together.
19/05/2026
Sambutan Hari Guru 2026 SEMESTIB β€οΈ
Semalam telah berlangsung Sambutan Hari Guru dengan tema sporty π
Meriah, santai dan penuh semangat! Terima kasih kepada semua guru dan murid yang bersama-sama memeriahkan sambutan kali ini πβ¨
16/05/2026
Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa gigih mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu demi kejayaan anak bangsa.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang tidak ternilai dalam membentuk generasi masa hadapan yang cemerlang.
βGuru Bitara Nadi Negaraβ
Selamat Hari Guru! π·πβ¨
15/05/2026
π Program Motivational Talk: How To Learn Faster and Smarter
π
12 Mei 2026
β° 9.00 pagi β 10.30 pagi
Anjuran: Unit Bimbingan & Kaunseling
15/05/2026
π Teknik Menjawab Ujian Bertutur Bahasa Melayu
π
15 Mei 2026
Satu sesi teknik menjawab Ujian Bertutur Bahasa Melayu telah dijalankan bagi memberi pendedahan dan panduan kepada murid tentang cara menjawab dengan lebih yakin dan berkesan.
Program ini dikendalikan oleh guru Bahasa Melayu, Pn. Loke. Diharapkan sesi ini dapat membantu murid membuat persediaan yang lebih baik untuk menghadapi ujian nanti. β¨
13/05/2026
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Bil. 1/2026
11/05/2026
π Majlis Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-23 π (Bahagian 3)