27/02/2025
Peluang Infaq Ramadhan bagi tahun 2025/1446H😍
🌙 INFAQ KHAS RAMADHAN 2025 🌙
Tuan/Puan Dermawan Yang Budiman Semua
Peluang untuk memperolehi pahala mengalir seperti air, walau kita sedang tidur. Hidangan berbuka buat para penuntut ilmu demi menegakkan agama Islam dan memartabatnya dengan penjagaan Kalam Allah & Kalam Rasul, setiap suapan tuan puan akan menjadi saham akhirat.
Hasil infaq Ramadhan tuan puan, al-Quran terus dibaca tanpa henti, zikir dan ibadat dilakukan oleh anak-anak penghafal Al-Quran ini pagi siang dan malam
✨ Hanya satu scan sahaja, terus jadi asbab pahala berpanjangan! Di mana sahaja tuan puan berada, tidak kira siapa sahaja, jauh mahupun dekat, jom sama-sama meriahkan Ramadhan dengan amalan bersedekah❤️
Jom sertai infaq khas ini & bersama hidupkan Ramadhan dengan amal jariah.
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu.” (Riwayat Tirmizi-Hasan Sahih)
Kecil di dunia, besar di akhirat!🤲🏻