Sekolah Bina Insan

Sekolah Bina Insan

Share

"Memaknai Ilmu, Membina Insan, Mencontoh Adab"

Falsafah Sekolah Bina Insan

"Pendidikan adalah satu usaha berterusan berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk insan beriman yang seimbang dan harmonis dari segi qalbu, intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Usaha ini adalah bagi membentuk khalifah yang beradab, berilmu pengetahuan, berkemahiran, bertanggungjawab, beramanah, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

Photos from Sekolah Bina Insan's post 12/05/2026

๐Ÿ’› COMMUNITY SERVICE : HEART2HEART VOLUNTEER PROGRAM ๐Ÿ’›

Pelajar SBI berpeluang menyertai program bersama School of Hospitality and Creative Arts (SHCA) MSU menerusi pelbagai aktiviti menarik dan interaktif.

๐ŸŽฏ Tingkatan 1โ€“3
Aktiviti berkumpulan dan games santai.
- membantu pelajar membina kemahiran mendengar, merancang strategi serta meningkatkan semangat kerja berpasukan.

๐Ÿง Tingkatan 4โ€“5
Aktiviti Cupcake Decorating & Homemade Pizza.
- membuka ruang kreativiti pelajar dalam seni penyediaan dan hiasan makanan, di samping memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang boleh menjana ekonomi pada masa hadapan.


Photos from Sekolah Bina Insan's post 10/05/2026

๐Ÿ•Œ Kursus Pengurusan Jenazah Pelajar SBI ๐Ÿ•Œ

Satu pengalaman bermakna buat pelajar SBI apabila berpeluang mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah yang memberi pendedahan tentang teori serta amali pengurusan jenazah mengikut syariat Islam.

Program ini bukan sahaja menambah ilmu, malah membentuk kesedaran dan tanggungjawab dalam kehidupan bermasyarakat.

Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi manfaat dan bekalan pada masa hadapan, insya-Allah.

Terima kasih kepada para fasilitator Tuan Haji Mohd Sopian bin Omar, Ketua Biro Khairat Kematian Masjid Bandar Bukit Puchong & Puan Nurilhuda binti Haji Endut sudi berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang program berlangsung.


Photos from Sekolah Bina Insan's post 09/05/2026

โœจ USRAH BERKUMPULAN โœจ
๐Ÿ—“๏ธ Jumaat | 8 Mei 2026

๐Ÿ“– Tajuk: Menjejaki Ihsan

Ihsan bukan sekadar melakukan kebaikan, tetapi melakukan setiap perkara dengan penuh kesungguhan, keikhlasan dan kesedaran bahawa Allah sentiasa melihat setiap amal kita.

Melalui perkongsian, perbincangan dan refleksi bersama, para pelajar didedahkan tentang bagaimana nilai ihsan boleh diamalkan:
๐Ÿค dalam persahabatan
๐Ÿ“š dalam menuntut ilmu
๐Ÿ•Œ dalam ibadah
โค๏ธ dan dalam akhlak seharian

Semoga setiap langkah kecil yang dilakukan dengan ihsan menjadi asbab lahirnya generasi yang berakhlak mulia, berjiwa besar dan dekat dengan Allah.

โ€œSesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan ihsan.โ€


07/05/2026

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Dukacita dimaklumkan, Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman, ayahanda kepada Iman Tihani (3 Al-Farabi) telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.00 pagi (Waktu Makkah), di Hospital King Abdullah, Makkah setelah selesai menunaikan umrah wajib dan mendapatkan rawatan di hospital beberapa hari yang lalu.

Seluruh warga SBI YMSU turut berdukacita. Takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Al Fatihah.

ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽูˆูŽุณู‘ูุนู’ ู…ูŽุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุงุบู’ุณูู„ู’ู‡ู ุจูุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ุซู‘ูŽู„ู’ุฌู ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุฑูŽุฏูุŒ ูˆูŽู†ูŽู‚ู‘ูู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ู†ูŽู‚ู‘ูŽูŠู’ุชูŽ ุงู„ุซู‘ูŽูˆู’ุจูŽ ุงู’ู„ุฃูŽุจู’ูŠูŽุถูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู†ูŽุณูุŒ ูˆูŽุฃูŽุจู’ุฏูู„ู’ู‡ู ุฏูŽุงุฑู‹ุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฏูŽุงุฑูู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽู‡ู’ู„ุงู‹ ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ูุŒ ูˆูŽุฒูŽูˆู’ุฌู‹ุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฒูŽูˆู’ุฌูู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽุฏู’ุฎูู„ู’ู‡ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽุนูุฐู’ู‡ู ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู ูˆูŽุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู.

01/05/2026
Photos from Sekolah Bina Insan's post 30/04/2026

โœจ LADAP IT & AI: Upgrade PdP! โœจ

Sesi LADAP bersama Cikgu Lee Chye Mei (Guru Cemerlang Matematik, SM Teknik Tuanku Jaโ€™afar) membuka dimensi baharu dalam dunia PdP berasaskan teknologi dan AI.

Dari idea ke inovasi โ€” guru SBI kini lebih bersedia untuk menjadikan PdP lebih smart, interaktif dan berimpak tinggi!




28/04/2026

Tarikh Iklan: 27 APRIL 2026

JAWATAN KOSONG (SAMBILAN) SEKOLAH MENENGAH BINA INSAN YAYASAN MSU SESI 2025

1. Guru Fizik

E-mel segera permohonan tuan/puan:
[email protected]

Tarikh tutup :
Segera

Terima kasih.

26/04/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh pelajar Sekolah Bina Insan yang akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun (Menengah Atas) dan Ujian Pertengahan Sesi Akademik (Menengah Rendah).

Semoga dipermudahkan dan memperoleh kejayaan yang terbaik.



Photos from Sekolah Bina Insan's post 24/04/2026

โœจ Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) โœจ

Kursus disampaikan oleh Cikgu Hasnan Salim, GBKSM SMK Cyberjaya sebagai pendedahan awal tentang peranan dan tanggungjawab ahli PRS dalam membantu rakan sebaya serta membentuk sahsiah diri yang positif.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni dan saling menyokong.




Photos from Sekolah Bina Insan's post 23/04/2026

โœจ Kangaroo Math Competition 2026 โœจ

Semalam telah berlangsungnya Kangaroo Math Competition, yang menyaksikan penyertaan seramai 147 orang pelajar SBI daripada kategori Cadet, Junior dan Senior.

Penyertaan ini membuktikan kesungguhan dan minat pelajar dalam mengasah kemahiran berfikir secara kritis serta mencabar diri dalam bidang matematik di peringkat antarabangsa.

Teruskan berusaha dan jangan pernah berhenti mencabar potensi diri!




Want your school to be the top-listed School/college in Puchong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


D/a Darul Sakinah, Lot PT7477, Jalan BP7, Bandar Bukit Puchong
Puchong
47100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00