29/04/2017
Tadika Islam al Mansoorah terbahagi kepada tiga segmen iaitu playschool, tadika sesi normal (pagi atau petang) dan integrasi. Kesemua segmen ini menggabungkan kesepaduan dalam bidang ilmu secara holistik dengan praktikaliti diberikan penekanan. Dengan kata lain, pelajar diberi tumpuan kepada kaedah membaca dan menulis dalam bidang akademik dan agama, amali dalam bidang ibadah dan pendekatan hafazan dalam surah-surah terpilih, hadith dan salawat. Pengembangan jati diri, fizikal dan rohani pelajar turut dinilai secara berkala supaya keupayaan pelajar dikenal pasti dan dapat diseimbangkan di setiap bahagian sejak dari kecil. Harapan pusat pengajian ialah pelajar-pelajar cilik ini dapat menguasai asas akademik dan agama serta pengenalan terhadap ilmu al quran dan hadith sebelum melangkah ke gerbang persekolahan. Bagi yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Tadika Islam al Mansoorah, boleh hubungi Ustazah Mazlina 012 9268020