Madrasah Syahadah Tahfiz Al Hidayah

Madrasah Syahadah Tahfiz Al Hidayah Syahadah Tahfiz & Akademik (SPM)

23/07/2026

Memiliki Anak Al-Hafiz
Konten 30 Hari MSTAH
Bilakah masa terbaik memulakan hafazan?
SEKARANG! adalah masa terbaik memulakan hafazan bagi setiap peringkat umur. Berkata Syeikh Sayed Aly Abdelmagid, Ulama Al-Quran dan Qiraat Mesir, bahawasanya mereka yang mencintai Al-Quran, dengan syarat beramal dengan Al-Quran dan bersungguh-sungguh mencintai Al-Quran serta menghafaz sedikit demi sedikit ayat Al-Quran. Mereka ini akan memperolehi pahala sepertimana orang yang menghafaz Al-Quran.
Dalam konteks perbincangan memiliki anak Al-Hafiz, waktu yang terbaik memulakan hafazan adalah bermula pada usia 5-6 tahun dengan hafazan surah-surah pendek untuk dibaca di dalam solat.
Kebiasaan ini hendaklah diteruskan walaupun anak-anak belajar di sekolah kebangsaan biasa kerana pendidikan awal seperti belajar membaca dan mengira juga akan membantu perkembangan pendidikan anak-anak.
Pandangan peribadi penulis hasil pembacaan dan bertanya kepada para guru, waktu memulakan hafazan sepenuh masa adalah pada usia 13 tahun di madrasah-madrasah tahfiz sepenuh masa agar hafazannya benar-benar mantap. Harus diingatkan bahawa, pada umur ini ia bukan bermula dari kosong, anak-anak telah diberikan pendedahan awal menghafaz dari kecil dan kemungkinan telah menghafaz surah pilihan yang panjang seperti As-Sajdah, Yaasin, Al-Mulk dan Al-Kahfi.
Akhir sekali, ibu bapa hendaklah sentiasa mengiringi anak-anak dengan doa khusus agar diizinkan Allah SWT menjadi Al-Hafiz yang amanah dengan hafazan Al-Qurannya.

Berita MSTAHKelas Bahasa Inggeris Fast Track SPMAlhamdulillah, kelas berjalan seperti biasa namun fokus semasa adalah pe...
23/07/2026

Berita MSTAH
Kelas Bahasa Inggeris Fast Track SPM
Alhamdulillah, kelas berjalan seperti biasa namun fokus semasa adalah persediaan Ujian Lisan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Doakan anak-anak MSTAH berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat ya. Walaupun hanya setahun membuat persediaan rapi untuk menduduki SPM, mudah-mudahan berkat Al-Quran menjadi penunjuk jalan kejayaan mereka.

Berita MSTAHSesi Pengajian Berkitab bersama Al-Fadhil Ustaz AnuarUntuk makluman ibu bapa dan sahabat-sahabat media sosia...
21/07/2026

Berita MSTAH
Sesi Pengajian Berkitab bersama Al-Fadhil Ustaz Anuar
Untuk makluman ibu bapa dan sahabat-sahabat media sosial MSTAH, anak-anak Al-Hafiz kita akan mengikuti kuliah berkitab mingguan yang diadakan di Musolla Serambi Ilmu MSTAH.
Pada 18 Julai 2026, kuliah diteruskan dengan menyambung pembacaan Kitab Aqidatul Awwam (Aqidah) dan Safinatun Naja (Feqah). Kedua-dua kitab ini adalah kitab aras permulaan bagi penuntut ilmu.
Teruskan menyokong usaha kecil kami untuk menyediakan pendidikan Tahfiz yang cemerlang buat anak-anak di sini. Sumbangan dan Infaq boleh disalurkan melalui QR Khas yang disediakan dalam ruangan komen.

Info PENTING!Pesanan Khidmat MasyarakatDemam Denggi adalah satu penyakit yang dibawa oleh Nyamuk Aedes. Kesan gigitan ny...
21/07/2026

Info PENTING!
Pesanan Khidmat Masyarakat
Demam Denggi adalah satu penyakit yang dibawa oleh Nyamuk Aedes. Kesan gigitan nyamuk ini akan menyebabkan Penyakit Denggi yang merbahaya lagi membunuh.
Antara kesan awal demam denggi adalah demam kuat yang mengejut dan berlarutan antara 2-7 hari. Sakit otot dan sendi-sendi serta muncul ruam merah.
Cegah penyakit ini dengan memastikan kebersihan kawasan rumah dan elakkan air bertakung.
Terima kasih kepada Pihak YS PEST CONTROL SERVICES yang telah menaja dan melaksanakan Fogging sekitar kawasan madrasah. Kami mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan urusan syarikat dan dijauhkan daripada musibah serta syarikat terus maju jaya, Insyaallah.

Berita MSTAHSesi Pengajian Berkitab bersama Al-Fadhil Ustaz AnuarPengajian pada 27 Jun 2026 menyajikan kepada anak-anak ...
21/07/2026

Berita MSTAH
Sesi Pengajian Berkitab bersama Al-Fadhil Ustaz Anuar
Pengajian pada 27 Jun 2026 menyajikan kepada anak-anak keluasan ilmu agama di mana anak-anak belajar secara berkitab 2 buku iaitu:
Falak Syarie : Peristiwa Bulan Syaaban iaitu Arah Kiblat
Perubatan Islam : Kaifiat Membuat Air Penawar
Sesungguhnya anak-anak ini akan menjadi ikon dan rujukan masyarakat apabila mereka keluar kelak. Mudah-mudahan kelas-kelas yang disediakan dapat meningkatkan kesediaan dan keyakinan diri mereka.

Berita MSTAHProgram Taklimat Keselamatan dan Kebakaran (Part 2)Alhamdulillah, MSTAH adalah salah sebuah sekolah tahfiz y...
19/07/2026

Berita MSTAH
Program Taklimat Keselamatan dan Kebakaran (Part 2)
Alhamdulillah, MSTAH adalah salah sebuah sekolah tahfiz yang mempunyai Sijil Keselamatan yang dikeluarkan oleh Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Keselamatan dan kesihatan anak-anak adalah keutamaan pihak MSTAH. Anak-anak di sini sudah seperti anak-anak kami sendiri dan sesungguhnya, tanggungjawab yang besar ini, memerlukan doa, sokongan dan dokongan berterusan semua pihak.
Mudah-mudahan Allah SWT melapangkan dan memudahkan urusan kita semua.

Info Penting!Terima Kasih Ibu Bapa dan semua Penyumbang Penginfaq MSTAHAlhamdulillah, sejuk mata memandang anak-anak gem...
19/07/2026

Info Penting!
Terima Kasih Ibu Bapa dan semua Penyumbang Penginfaq MSTAH
Alhamdulillah, sejuk mata memandang anak-anak gembira dapat makan durian. Di MSTAH, kita akan cuba sebaik mungkin menanamkan sifat syukur dalam diri anak-anak, jauhi pembaziran makanan dan sumber.
Kadang-kadang, pemberian ringkas seperti ini mampu memberikan sejuta senyuman dan kegembiraan buat anak-anak selepas seharian berhempas pulas bangun awal pagi dan mengaji berjam-jam.
Mudah-mudahan kita semua mendapat saham di dunia dan akhirat. Info sumbangan kami sertakan dalam ruangan komen ya.

Berita MSTAHProgram Taklimat Keselamatan dan Kebakaran (Part 1)Alhamdulillah pada 08 Julai 2026, MSTAH dengan kerjasama ...
19/07/2026

Berita MSTAH
Program Taklimat Keselamatan dan Kebakaran (Part 1)
Alhamdulillah pada 08 Julai 2026, MSTAH dengan kerjasama Balai Bomba Puchong telah menjalankan taklimat dan praktikal keselamatan dan kebakaran.
Pendedahan asas seperti ini adalah amat penting untuk dilaksanakan agar anak-anak mempunyai pengetahuan asas apabila berlaku kecemasan dan kejadian yang tidak diingini.

Memiliki Anak Al-HafizKonten 30 Hari MSTAHApakah MITOS popular tentang menghafaz Al-Quran?1. Al-Quran hanya boleh dihafa...
15/07/2026

Memiliki Anak Al-Hafiz
Konten 30 Hari MSTAH
Apakah MITOS popular tentang menghafaz Al-Quran?
1. Al-Quran hanya boleh dihafal masa kecil. Dah besar ni otak dah berkarat.❌

Al-Quran boleh dihafal oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Faktor kesungguhan dalam menghafal, usaha luar biasa dan istiqomah merupakan ciri yang diperlukan seseorang yang ingin menghafal Al-Quran.

Metode yang betul semasa menghafaz juga boleh mempengaruhi kemenjadian seorang Al-Hafiz.
2. Hanya mereka yang duduk belajar di Madrasah dan Pondok sahaja mampu jadi Al-Hafiz.❌

Dalam era teknologi, terlalu banyak kelas-kelas hafazan yang dilaksanakan secara dalam talian. Pada masa yang sama, tutor atau pembimbing juga semakin mudah dihubungi walaupun berasal dari negara lain seperti Arab Saudi dan Mesir.

Akan tetapi, sekiranya kita dapat berguru secara Musyafahah atau bertentang mata semasa memperdengarkan bacaan hafazan adalah lebih baik.
3. Malas la menghafal sebab baca sikit dah lupa.❌

Kunci kereta yang kita pandu setiap hari pun selalu hilang, apatah lagi ayat Al-Quran yang hanya dibaca setahun sekali. Disiplin dalam mengulang-ulang hafazan amat penting sebagai seorang Al-Hafiz.
Anda ada isu atau mitos lain berkaitan menghafaz Al-Quran? Tuliskan di ruangan komen ya.

Address

LOT 90, Lorong Berkat 3, Kg Sri Aman
Puchong
47150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60126100862

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Syahadah Tahfiz Al Hidayah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share