01/05/2026
SELAMAT HARI PEKERJA 2026
Firman Allah SWT :
وَقُلِ ٱعْمَلُوا۟ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُۥ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ١٠٥
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". - Surah At Taubah : 105
Pesanan kepada kita semua yang bekerja di muka bumi Allah ini :
1. Allah membentangkan alam ini untuk diuruskan oleh manusia. Berimanlah kepada Allah agar kita terpandu untuk mengurus dengan cara yang Allah redhai dan berkati bukan mengikut nafsu dan login akal.
2. Teruslah menimba ilmu dalam bidang pekerjaan masing-masing kerana ilmu sangat luas dan dinamik.
3. Bekerjalah dengan minat dan kesungguhan yang tekad kerana pekerjaan itu adalah pilihan kita yang tentunya telah ditetapkan oleh Allah.
4. Ikhlas dan bersangka baik kepada Allah yang telah mengaturkan ukuran dan kadar rezeki kita dalam pekerjaan ini. Allah Maha Mengetahui dan Maha Luas Pemberiannya.
5. Jujur dan amanah dalam setiap kerja yang diamanahkan. Kesempurnaan kerja itu bukan hanya diujur pada kejayaannya tetapi bagaimana menguruskan kerja tersebut yang terkait dengan perkara ihsan, halal dan haram.
6. Sentiasalah beringat bahawa segala tindakan kerja kita seharian sentiasa dalam pengetahuan Allah Yang Maha Berkuasa. Tindakan kerja kita akan menterjemahkan sifat rezeki yang diperolehi samada halal, haram atau syubhah. Nafkah untuk keluarga bertukar menjadi darah daging seumur kehidupan.
7. Yakin dan percayalah bahawa Allah akan membentangkan semula setiap kerja buat kita di dunia dan menyediakan balasan atas apa yang kita kerjakan
Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja di SRITI Al-Farouq, ibu bapa dalam bidang pekerjaan masing-masing dan semua pencari rezeki Allah di bumi Allah ini.
Semoga pekerjaan kita menambahkan ketakwaan kepada Allah dan diterima sebagai ibadah.
Wallahu'alam.
"Kita Memimpin"
Nor Zarina Mohd Azhar
Mudirah SRITI Al-Farouq
1 Mei 2026