30/07/2022
1 April 2010 - 29 Julai 2022
CILIK BESTARI
Adalah nama yang saya pilih untuk diberikan pada Pusat Jagaan Kanak Kanak yang saya tubuhkan pada 1 April 2010 .mmm...terlalu cepat masa berlalu sedar tak sedar sudah lebih 12 tahun saya berada dalam bidang awal kanak kanak ini.
Bermula dengan azam untuk memberikan sepenuh tumpuan pada perkembangan dan pembelajaran anak anak saya sendiri, saya berhenti kerja. Saya menuntut ilmu secara professional selama 2 tahun di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan awal kanak kanak. Dengan izin allah juga anak2 saya baik dlm pembelajaran mereka.Dari situlah timbul keinginan dan minat untuk turut mempraktikan ilmu yg saya dapat dan memperkenalkan kaedah pembelajaran yg saya rangka sendiri dan terbukti efektif membantu perkembangan pembelajaran minda anak anak.
Cilik Bestari dilahirkan atas dorongan insan yg paling istimewa dlm hati saya iaitu bonda saya arwah Hajah Rahimah,Namun bonda tidak dapat lama bersama Cilik Bestari .Beliau telah pergi buat selamanya..pada penghujung tahun yg sama. Sungguh saya rasa kehilangan.
Setelah itu sahabat istimewa saya Cik Irene (late Ms Irene) p**a hadir memberi sokongan- Sungguh beliau sangat baik hati walaupun kami berlainan bangsa/agama.Namun beliau juga telah pergi buat selamanya sewaktu seluruh dunia dilanda wablak covid.
Bencana covid memang memberi banyak impak pada bidang perniagaan termasuk saya.Walaupun saat ini dunia perlahan lahan kembali pulih namun retakan seakan menunggu belah..
Akhirnya pada tarikh 29 Julai 2022 saya terpaksa isytiharkan Cilik Bestari ditutup. Sungguh bukan keputusan yg mudah namun inilah keputusan yg terbaik yg saya ada.Saya tidak mahu,tidak berlaku adil pada ibubapa khususnya anak2 jagaan/didikan saya jadi terabai kerana saya terpaksa fokus bidang bisnes yang lain.
Hari ini menyaksikan bertapa hati saya sayu melihat anak2 dan ibubapa yang mana harus menerima hakikat yang kami selepas ini tidak lagi akan bersama sebagai 1 keluarga besar di CB.
Ya allah sedihnya..masing masing tidak dapat menahan air mata 😪.
Kenangan di CB terlalu banyak yang manis yang pahit terlalu sedikit untuk diingat kembali. Doa saya /tcr Mai agar kalian semua akan membesar dengan sihat, menjadi anak cemerlang dunia akhirat.
Saya abadikan gambar2 sewaktu di CB di page ini dari masa kesemasa. Walaupun secara fizikal, CB sudah tiada namun di hati sentiasa ada untuk semua anak2 didik tcr yg terdahulu dan kini.
Saya abadikan di sini gambar2 saat terakhir di CB.Inilah lambaian terakhir mereka kepada saya 😔
KAMI SAYANG CB ❤️