18/07/2024
Environmental Sustainable Practice ataupun Pelaksanaan Amalan Hijau di sesebuah syarikat mahupun di kampus universiti, kolej dan sekolah adalah bukan perkara baharu. Malah ia adalah amalan baik bagi menjaga alam sekitar untuk kekal berada pada tahap yang kita hendaki malahan ia tidak cepat berkurang dan menjadi suatu kegusaran bagi kita semua jika suatu hari sumber sekeliling kita sudah tiada dan melibatkan kos yang lebih mahal kemudian untuk memilikinya.
Segelintir pihak hanya memandang perkara ini remeh dan iainya tidak berbaloi jika dilakukan kerana semuanya ini melibatkan penambahan kos serta hanya memenuhi kehendak sesetengah pihak. Ada juga yang bertanya apa yang kita mahupun organisasi secara keseluruhan dapat jika melakukan perkara sebegini.
Persoalannya, Adakah kita buat semua ini adalah hanya pada dasarnya hendak mengejar dasar Perubahan Iklim negara, kerana ianya punca pemanasan global dimana perlunya pengurangan emisi karbon dengan cara memantau pencemaran karbon seharian dan menjadi beban p**a pada sesetengah pihak untuk melakukannya kerana tidak nampak impaknya secara cepat dan memberi keuntungan secara individu. Kita yang terpelajar ini boleh fikir dengan baik. Ya atau tidak.
Walhal, pembaziran yang dilakukan di organisasi dengan tiada kawalan penggunaan tenaga, air dan sumber alamnya patut dilhat sebagai satu kerugian tetapi ia dipandang sebagai satu perkara yang biasa dan perkara itu boleh diteruskan tanpa ada rasa sedikit bersalah.
Jika hanya dipandang dari sudut pencemaran sahaja maka mungkin perkara ini tidak diminati oleh organisasi dan masyarakat. Ini kerana, kesanya atau impak yang mereka ingin lihat adalah hanya pada jangka masa yang pendek. Tetapi, lihatlah ia dari sudut penjimatan kewangan untuk menampung operasi penjagaan bangunannya, dimana sesebuah organisasi itu akan nikmati penjimatan dari pembaziran yang telah mereka terlepas pandang sebelum ini.
Penjimatan bukan sedikit, malahan ribuan ringgit hingga ke ratusan ribu ringgit jika perkara ini dilakukan dengan betul dan konsisten.
Environmental Social Governance (ESG) ini bukanlah perkara yang wajib dan masih bukan lagi paksaan untuk dimeterai. Tetapi ia menjadi pilihan para pemegang taruh sesebuah organisasi dan juga para pelabur yang mana bakal menjadi salah satu daripada pemegang taruh organisasi kita.
Siapa yang nak lihat pelaburan mereka sia-sia dan tidak lestari dan mampan. Maksud disini. Jika pemegang taruh kita melabur dari segi menghantar anak belajar di kampus universiti, kolej, mahupun sekolah. Pastinya mereka ingin melihat anak mereka dibekalkan dengan ilmu kelestarian yang mampu memampankan institusi alam pekerjaan mereka sendiri kelak. Ia sudah menjadi suatu kitaran ekonomi “Circular Ekonomi” dan melibatkan pelabagai pihak dalam merealisasikan ekonomi hijau mahupun Lestari dan mampan ini.
Segala pilihan ditangan kita. Jika dulu hanya awareness berulang kali di sebut dan diingatkan. Tetapi jika tidak diukur dan dilaksanakan secara konsisten jadinya kesan dan impaknya tidak dapat dilihat. Kini Sustainable Development Goals telah menjadi Environmental Social Governance (ESG) dan ianya lebih kepada approach pemantauan dan pelaporan untuk ditafsirkan dari segi impak kepada pemegang taruh dan bakal pelabur.
Jadinya, masihkan anda ingat ia perkara suka-suka dan membuang masa. Jawapannya di tangan anda. Syabas anak muda. Transisi ini benar dan ia memerlukan kerjasama semua pihak.
Perkongsian Sahabat Pena Ts. Green Technolgy
Pssss. Wahai anak muda.
Jom Masuk Green Building Kktm Sri Gading di KKTM Sri Gading
Rakan "Environmental Sustainable Practice" ataupun Pelaksanaan Amalan Hijau anda...
Gambar kredit - Ideogram AI