An'Nisa Al Quran Center

An'Nisa Al Quran Center

Share

Kelas Pengajian:

✅ Al Quran
✅ Iqra
✅ Jawi
✅ Fardhu Ain

Secara Bersemuka Dan Online bagi Dewasa dan Kanak2

26/09/2025

'Jangan biar solat kita rugi hanya sebabkan bacaan'

🕌 Solat itu tiang agama…
Tapi macam mana nak kukuhkan tiang, kalau bacaan dalam solat kita masih belum terjaga?

Kadang huruf kita silap, tajwid tunggang-terbalik.
Kita pun jadi tak yakin bila menghadap Allah.

Sebenarnya…
bila kita belajar Al-Quran dengan betul, kita bukan saja pandai baca, tapi solat pun jadi lebih tenang, khusyuk & yakin. 🌸

Kalau rasa bacaan belum sempurna, jangan biar diri terus rugi.
Pelan-pelan belajar, insyaAllah sampai juga.

📖 Dengan bimbingan yang betul, kita boleh belajar:

✅ Makhraj huruf
✅ Sifat huruf
✅ Tajwid & praktikal
✅ Dari tak lancar → jadi lancar

Bayangkan setiap huruf yang kita baca dalam solat tepat & indah.
Manisnya ibadah itu… lain sangat. 🕊️

Mari dapatkan bimbingan dengan guru kami!
Kami ada ustaz dan ustazah untuk anda.
Anda boleh pilih yang mana anda rasa selesa.

Wassap kami 👇👇
www.wassap.my/0103172550

Photos from An'Nisa Al Quran Center's post 17/09/2025

Pernah tak kita terfikir…
Dari kecil sampai sekarang, kita solat hari-hari. 5 waktu sehari, bertahun-tahun lamanya.

Tapi, pernah tak kita semak… betul ke bacaan Al-Fatihah kita tu?

Bayangkan… 70 tahun kita hidup, 70 tahun jugalah kita ulang bacaan yang sama dalam solat.

Tapi kalau bacaan tu salah, sah ke solat kita? Kadang-kadang bila fikir, rasa tak tenang kan?

Hakikatnya, Al-Fatihah bukan sekadar kita tahu baca huruf-hurufnya. Ia surah yang wajib, setiap huruf ada makhrajnya, setiap hukum tajwid ada tempatnya. Salah sebutan satu huruf pun boleh mengubah makna Al-Quran.

Ramai tak sedar… sebenarnya bacaan kita perlukan bimbingan. Kita rasa dah biasa baca, tapi bila guru tegur, barulah tahu di mana silapnya.

Sebab tu kami buka kelas ni untuk bantu anda betulkan bacaan, makhraj dan tajwid sampai jadi lebih fasih, insyaAllah.

Yang penting, kalau istiqamah dan ada kesungguhan, bacaan kita akan semakin hari semakin baik.

Dan paling best, anda boleh cuba dulu kelas trial kami serendah RM10 sahaja.
Guru berpengalaman kami akan cek bacaan Al fatihah anda!

Rasa dulu suasana belajar, kemudian baru teruskan.
Klik sini kalau nak kami bantu � www.wassap.my/0103172550/kelasmengaji

05/09/2025

Ilmu jawi ni sesuai bagi pelajar 10 tahun dan ke atas termasuk ibu bapa. Anak tak Lama lagi nak upkk atau upsra kan ? 😊

Saya kongsi kan ilmu jawi berkenaan huruf ء (hamzah) ketika bila perlu diletak kan huruf hamzah di atas huruf alif.

Dan fungsi nya adalah sebagai pembeza "maksud"

Saya ringkas kan..

Huruf hamzah perlu diletakkan di atas huruf alif ketika kata dasar (perkataan) memiliki imbuhan awalan contoh (د di, س se, ک ke) dan selepas imbuhan ini bertemu dengan alif.

Maka huruf alif yang berada selepas imbuhan itu perlu diletak kan hamzah di atas nya bagi membezakan maksud perkataan tersebut.

Contoh seperti di gambar

(Diarah) داره -» دأره (darah)



Want your school to be the top-listed School/college in Puchong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Puchong
47100