26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H dan selamat menunaikan ibadah korban buat seluruh umat Islam yang meraikannya. Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT terus subur dalam jiwa kita semua.
βDaging dan darah haiwan korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.β
(Surah Al-Hajj, 22:37)
Ikhlas daripada Puan Hajah Rosnah binti Salleh, Pengetua SMK Puchong Perdana dan seluruh warga sekolah.
21/05/2026
Jom esok βΌοΈβΌοΈβΌοΈβΌοΈ
18/05/2026
Mesyuarat Penyelarasan Perkhemahan KASPA Negeri Selangor 2026
Alhamdulillah, Mesyuarat Penyelarasan Perkhemahan KASPA Negeri Selangor Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di SMK Puchong Perdana.
Mesyuarat ini telah diserikan dengan kehadiran Kolonel (PA) Tuan Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor, Puan Rosnah binti Salleh, Pengetua SMK Puchong Perdana selaku Pengerusi Pengelola, Mejar (PA) Mohd Nizam bin Yahid, Ketua Cawangan Pengurusan Angkatan dan Latihan serta Kapten (PA) Maharris bin Manan, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Petaling dan Pegawai - pegawai APM Negeri Selangor.
Turut hadir ialah Pegawai Teknikal KASPA Negeri Selangor, Pegawai-Pegawai Teknikal KASPA Daerah serta guru-guru KASPA bagi membincangkan penyelarasan dan persiapan program perkhemahan tahun 2026 agar dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berkesan dan cemerlang.
Semoga kerjasama serta komitmen semua pihak terus memperkukuh semangat kepimpinan, disiplin dan jati diri dalam kalangan anggota KASPA di Negeri Selangor.
16/05/2026
Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik SMK Puchong Perdana dan semua insan yang bergelar guru.
Terima kasih atas segala pengorbanan, keikhlasan, dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa demi masa depan negara. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal yang berpanjangan dan terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang.
βGuru Bitara, Nadi Negaraβ
Ikhlas daripada,
Puan Hajah Rosnah binti Salleh
Pengetua
SMK Puchong Perdana