27/08/2024
“Cikgu Firdaus, kalau join kelas online dengan cikgu, ada recording ke?”
Mestilah ada. 😊
Kelas online F4 semalam, dah habis belajar faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas, dan juga belajar menganalisis graf kadar tindak balas yang selalu keluar dalam soalan kertas 1.
Ada yang tidak dapat hadir semalam, sebab dia ialah pelajar F5, jadi dia kena fokus pada kertas BM untuk percubaan SPM di Selangor hari ini.
Namun sebab ada rakaman kelas semalam, taklah dia rasa ralat.
Cuma bila hanya tengok rakaman kelas, kekurangannya ialah tidak boleh bertanya secara direct dalam kelas.
Sebab itu, sebolehnya saya mahu semua pelajar hadir ke kelas secara langsung(live), supaya boleh tanya terus dalam kelas bila tak faham
Tapi takpelah, kadang-kadang keadaan tak mengizinkan, kan?😉
Bak kata orang tua-tua,
“Tiada rotan, akar pun berguna juga”