07/10/2025
๐ BENGKEL PINTAR TVET 2025 ๐
๐ Seminar PINTAR TVET 2025 ๐
Alhamdulillah, Seminar PINTAR TVET: Pengajaran Inovatif Terkini & Adaptif untuk Reformasi Pengajar TVET telah berlangsung dengan jayanya pada 22 September 2025 di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia.
Turut hadir memeriahkan majlis:
โจ YBrs. Ts. Zuleah binti Darsong, Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran
โจ Yang Berusaha Prof. Dato. Roslee Rajikan, Pro-Naib Canselor (Strategi & Kewatanan), Universiti Kebangsaan Malaysia
Kehadiran lebih 200 pengajar TVET membuktikan sokongan padu terhadap usaha memperkasa TVET melalui perkongsian idea dan pengalaman bersama pakar tempatan serta antarabangsa ๐ฒ๐พ๐ค๐ซ๐ฎ.
๐ Perkongsian Utama
Antara topik menarik yang dibentangkan ialah:
๐ธDapatan Kajian Amalan Terbaik Metodologi Pengajaran Malaysia & Finland โ Pn. Zaimah Mu, CIAST
๐ธThe Power of Projects: How PBL Fuels Creativity and Career Readiness โ Ms. Sanna Nummela, EduCluster Finland
๐ธFrom Reactive To Reflective: Building Self-Directed Learners โ Ms. Heini Pennanen, Gradia Finland
๐ธCo-Creating VET Pathways: The Importance Of Leadership & Continuous Assessment โ Ms. Pauliina Holm, Gradia Finland
๐ก Seminar ini menekankan amalan terbaik pengajaran, pembelajaran berasaskan projek (PBL), pembangunan pelajar kendiri, serta kepimpinan dalam membentuk hala tuju TVET masa depan, di samping mengadaptasi metodologi Finland untuk memperkasa sistem TVET di Malaysia.
TAHNIAH