15/07/2026
AKSI HEBAT SUKBEST 2026!
β½π BOLA SEPAK & BOLA JARING | SRIBEST PRIMA
Sorakan bergema, semangat membara, aksi demi aksi mencuri perhatian!
Pada 12 Julai 2026 yang lalu, atlet-atlet SRIBEST Prima telah memberikan persembahan terbaik mereka dalam Sukan Bestari (SUKBEST) 2026 bagi kategori Bola Sepak dan Bola Jaring yang berlangsung di Spacerubix, Puchong.
Ada yang berlari tanpa mengenal penat, ada yang berjuang mempertahankan gawang, ada yang berusaha menjaringkan mata, dan ada yang tidak pernah berhenti memberi semangat kepada rakan sepasukan.
Inilah semangat sebenar seorang atlet Bestari β berani mencuba, berjuang hingga wisel penamat dan sentiasa menghormati lawan. Menang atau kalah hanyalah keputusan, tetapi semangat, disiplin dan pengalaman yang diperoleh adalah kemenangan yang paling bermakna.
π Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, guru pengiring dan ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak SRIBEST Prima.
πΈ Sekarang... jom layan gambar-gambar aksi hebat mereka! Mungkin ada wajah anak anda yang berjaya kami rakam ketika beraksi. Jangan lupa LIKE β€οΈ, KOMEN π¬ dan SHARE π sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka.
π’ Tag ahli keluarga dan rakan-rakan yang anda kenal dalam gambar! Berikan kata-kata semangat kepada atlet-atlet kecil kita di ruangan komen. Mereka pasti gembira membaca setiap ucapan daripada anda. π
Ayuh, kita raikan semangat kesukanan dan terus menyokong Generasi Mukmin Bestari! ππ